Sudah lebih 3 minggu aku tak jengok ke LamanNyaman.
Aku tinggalkan selama 12 hari untuk ke Sawahlunto, Sumatera Barat, kemudian 10 hari balik Anak Bukit jumpa Mak.
Laman aku tinggalkan terbiar.
Musim tengkujuh yang melanda KT dengan hujan yang melimpah ruah menyuburkan pokok-pokok di Laman.
Sesekali terasa seperti berada dalam hutan belukar. Daun yang semakin menghijau dan menjalar liar membuatkan aku turut risau takut-takut ada penghuni yang tidak diundang datang bertandang.
Berudu yang banyak di dalam kolam tentu saja beribu dan berbapa disekitarnya. Ini mungkin mengundang sang jelir yang turut mencari makanan.
Sesekali patut juga kita menjamah tanah. Tanah dan lumpur memang baik untuk kulit. Tanah tidak kotor malah merupakan sebahagian dari kita.
Sambil-sambil itu harus juga menjaga tapak tangan supaya tidak jadi kasar.
Seorang teman menasihatkan agar menggunakan sejenis losyen bayi yang popular yang ada di pasaran.
Lumur dan sapu di tapak tangan serta jari untuk mengelakkan ia menjadi kasar. Selain dari melembutkan kulit dan jari, bau losyen itu juga menyegarkan.
Hmmmm...aku nak cuba amalkan selepas ini...terima kasih teman.
Sebelum itu, sarung tangan adalah pilihan terbaik untuk menjaga kulit tapak tangan.
Proses merumput, memotong lebihan daun dan batang terpaksa dibuat berhati-hati bagi mengelakkan tanaman dari terbantut dan rosak.
Rumput mutiara yang melatari laman juga perlu diberi penjagaan yang sepenuhnya agar tidak dimusnahkan oleh rumput asing dan tumbuhan liar yang lain.
Ketika inilah kemahiran dan kesabaran teruji.
Ini satu lagi nilai baik yang aku pelajari semasa menjalankan aktiviti berkebun/bertaman.
Aku harap tumbuhan di LamanNyaman yang baru berusia setahun ini akan terus membiak dan subur segar menyerikan persekitaran dengan bantuan KakWan.
3 comments:
subur menghijau...
anntaj
Terima kasih...
Kehijauan sentiasa menyegarkan jiwa..
salam cikgu..
wahh..berbudi pada tanah ada hasilnya..walau bukan pokok buah yang ditanam..panorama hijau pasti suatu terapi dan memberi kedamaian yang cukup menenangkan.
pejam mata dan bayangkan suasana yang hijau..aroma harum yang begitu menyelesakan..pasti lena kan dibuai mimpi..
Post a Comment