Aku rasa sesiapa pun akan cuba mengelakkan diri dari bertemu doktor gigi walau gigi sakit macamana pun.
Ramai yang beranggapan, berdepan dengan doktor gigi amat menyakit dan mengilukan. Pengalaman mengangakan mulut pada doktor gigi memang perit. Rujuk sini.
Oleh kerana, perlu memeriksa gigi secara berkala, aku terpaksa gagahi juga bertemu doktor.
Adeq ikut juga.
Adeq tiada masalah kerosakan gigi. Doktor menasihatkan agar Adeq menjaga gigi dengan baik. Kalau dibiarkan tanpa pemeriksaan atau penjagaan yang rapi, ada potensi gigi akan rosak.
Pertemuan ini adalah untuk membaiki filling gigi hadapanku(maxillary central incisor) yang telah retak.
Kali terakhir aku restore gigi ini ialah pada tahun 1988-89. Dah hampir 20 tahun dulu semasa aku di Gelugor, Pulau Pinang.
Kata orang "it's high time" aku pulihkannya semula.
Lagipun ianya penting untuk penampilan diri.
Siapa yang tidak mahu senyumannya kelihatan menarik?
Hehehe.....
Memang banyak coklat yang Adeq makan minggu ni sebab Papanya banyak beli masa ke Langkawi tempohari. Hehehe....
Moga segala nasihat Dr. Sam dapat diamalkan oleh Adeq.
Beib berharap kita akan menjaga dengan baik...
anugerah Tuhan yang berharga dan agun G
ini hingga akhir nant I
agar tidak rosak, sakit atau berluban G
moga ia terus berfungsi I
ini hingga akhir nant I
agar tidak rosak, sakit atau berluban G
moga ia terus berfungsi I
11 comments:
salam ..memang berjumpa dr gigi amat menakutkan...takut sungguh dgn jarum....tapi cuba berjumpa dr gigi every 6 mths untuk memasti kan kesihatan gigi yg sihat
arsaili..
You're right..need to see the dentist every 6 months for sake of the health of our teeth...
"the drill is the thrill"..heheh
salam persinggahan
gigi saya 90% rosak semua!
mailah visit saya kalu senang...
kot kot suka...
www.cabai-kering.blogspot.com
salam pergigian,
memang seriau bila jumpa dr gigi. entah mengapa. telah air liur pun rasa pahit :)
disclaimer: I am not that Dr. Sam as depicted in this entry ;)
salam cikgu beib..
ngilu sesekali tidak mendatangkan mimpi ngeri..senyum yang terukir manis hasil dari gigi yang tersusun rapi..tentu saja mampu memikat sesiapa yang memandang.
keyakinan diri juga bertambah apatah lagi bila kita sering berdepan dengan klien.
dan sy pasti cikgu beib seorang yang mempunyai ciri2 sebegitu..
salam BEiB..
Selamat Tahun Baru ya..
saya suka cabut gigi ..
pantang rasa tak suka ngan gigi sakit atau belubang, mesti nak gi cabut..
:)
*takut tp suka..
CaBaiKeRinG
hmmm..90% rosak ?
tu dah serius tu...makan cabai banyak sgt kot..? heeheh
Tq kerana singgah..
Dr Sam..
Memang seriau nak jumpa Dr Gigi sebab dia bagi sakit dulu sebelum baik...hehhe...
azza...
Setuju dengan kenyataan itu...
gigi tersusun=senyum manis=memikat=tambah keyakinan diri.
hmm...cuba menepati ciri-ciri tersebut
TQ...
anntaj...
STB 2009..
Oih...nak cabut semua gg?
dahtu tinggal gusi aje..?
GG satu nikmat yg kita kena hargai. BAyangkan kita tanpa gg...?
adoiii sakitnya..tak tahan. adoiii.. (begitulah akan terdengar bila tgh sakit gigi...
Wah sempat juga ambik gambar ekk
Post a Comment