Ramai di antara kita yang terlalu mengagungkan selebriti (artis dan ahli sukan) sehingga melampaui batas. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma agak terkilan kerana 'pemujaan' terhadap selebriti kadang-kadang mengalahkan cendikiawan atau ahli agama.
Budaya terlalu mengagungkan selebriti meninggalkan kesan yang negatif dan bahaya kepada generasi muda. Salah tanggap kanak-kanak terhadap kepentingan pendidikan/ pelajaran serta kerja keras membuatkan mereka leka dan hanyut. Mungkin bagi mereka, pendidikan bukan lagi penentu bagi kejayaan dalam hidup. Gagal dalam pelajaran tapi masih mampu menjadi popular dan dikenali ramai.
Bagi aku, kalau setakat popular tanpa ilmu tak ada gunanya. Glamour saja yang lebih, minda kosong.
Budaya menjadikan selebriti sebagai idola juga membantutkan usaha pelbagai pihak untuk menyemai cita-cita murni dalam mencapai kejayaan dengan cara yang betul dalam diri kanak-kanak.
Sebenarnya istilah idola itu sendiri yang sering digunapakai oleh massa, amat tidak sesuai dengan agama Islam dan mungkin boleh memesongkan akidah.
An idol is a man-made object that is venerated in some way. More specific terms include:
- Cult image, a religion-neutral term for a man-made object that is venerated for the deity, spirit or daemon that it embodies or represents.
- Idolatry, a term used in religion for the non-monotheism worship of cult images, termed idols.
- Idolization, (verb: to idolize): as an excessive admiration, devotion, envy or attachment to a person or thing.
- Murti, a point of focus for devotion or meditation in Hindu and Buddhist religion (not always man-made). sumber: wikipedia
Ramai yang beranggapan bahawa tidak lagi perlu kejayaan akademik yang tinggi kerana mampu untuk meraih kejayaan dan kekayaan dalam hidup dengan hanya menjadi artis: pelakon filem, penyanyi atau bintang program realiti televisyen.
Kanak-kanak juga mudah percaya dan mahu menjadi terkenal kerana terpengaruh dengan takrifan salah kejayaan yang dipaparkan selebriti.
Sebagaimana orang lain, aku juga bimbang anak-anak muda hari ini tidak dapat menyelami erti kejayaan sebenar dan susah payah yang perlu dilalui sebelum selebriti pujaan mereka itu mencapai kedudukan itu. Mungkin bagi mereka, kejayaan sebenar adalah dengan menjadi popular.
Oleh itu, kerana tidak popular atau gagal mencapai status selebriti seperti yang diimpikan apabila mereka dewasa, generasi itu akan mengasingkan diri, tersisih dan memiliki daya keyakinan diri yang amat rendah.
Tidak dinafikan ada selebriti yang mampu memberi inspirasi kepada anak-anak kita. Tetapi apa yang lebih kita risaukan adalah kanak-kanak yang percaya bahawa status selebriti itu mudah dan boleh dicapai sesiapa pun tanpa memikirkan kepentingan untuk belajar atau kerja keras yang menjadi asas kejayaan dalam hidup.
Kegilaan anak-anak terhadap selebriti kegemaran mereka boleh menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak termasuk ibubapa, guru serta masyarakat yang prihatin yang khuatir kesan pengaruh selebriti itu kepada bentuk aspirasi kejayaan yang mahu diraih oleh anak-anak.
Apa fikiran anda?
Peringatan buat anak-anak ku....
Hidup mesti berilmu dan berjasa.
Jangan harapkan populariti dan glamour...
*foto sekadar hiasan, mereka diminati bukan di idolakan oleh aku!
Beib bimbang dengan istilah...
yang digunapakai oleh orang rama I
yang boleh mengakibatkan syirik dan murta D
jadi, janganlah diguna secara semberon O
menampakkan kita ini jahi L
jika was-was, kita rujuk pakar agam A
yang boleh mengakibatkan syirik dan murta D
jadi, janganlah diguna secara semberon O
menampakkan kita ini jahi L
jika was-was, kita rujuk pakar agam A
2 comments:
salam cikgu beib..
bukan hanya selebriti patut dijadikan idola. kadangkala kita manusia biasa juga mampu menjadi idola kepada org lain. bukan hanya aspek fizikal yang dipandang, tetapi juga dalaman dan hati budi kita yang luhur yang mampu menjadikan kita idola bg individu lain.
kadangkala kita tidak sedar ada org menghormati dan memandang tinggi pada kita dalam diam..
azza...
betul... dalam tidak sedar kita mungkin menjadi perhatian kerana sifat dan sikap yang ditonjolkan.
wbgmanapun, janganlah di idolised kan kerana kita tidak sempurna. Biarlah berpada dan sederhana....
Post a Comment