Saturday, November 3, 2007

Homestay like staying at home

Memunggah pokok hiasan taman
Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi tadi aku terima panggilan dan mesej dari Kak Long(KL). Oleh kerana telefon sedang dicaj, aku tak perasan. Maka, tak terjawablah.
Semasa aku kat nursery mencari pokok-pokok yang sesuai untuk laman aku, aku terperasan miss call KL lalu, aku kembalikan panggilannya. Tak sangka, lembut suaranya memaklumkan dia dah nak bertolak dari Muzium Negeri Terengganu ke Pasar Kedai Payang. Shopping sakan aku rasa Kak Long ni.
Walaubagaimana pun, terima kasih Kak Long kerana sudi maklumkan padaku akan kehadiramu di KT. Maaf, kerana jadual agak ketat sehingga tak sempat nak bertemu muka. Lain kali, InsyaALLAH.
Kelisa yang sendat dengan pokok
Selesai memunggah pokok-pokok hiasan taman, aku bergegas menghadiri kursus pengendalian homestay yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Teluk Ketapang (MAYC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.
Kursus ini perlu untuk mendapatkan sijil yang membolehkan aku menjadi seorang pengendali homestay yang bertauliah.
Menjamu selera bersama penceramah dan peserta kursus
Penceramah jemputan, En. Abdul Manaf Shariff, telah banyak memberi input yang berguna mengenai hospitaliti dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengendalian homestay.

Fasilitator sedang memberi input

Aku berharap kursus 2 hari yang akan kami hadiri memberi manfaat dalam memajukan industri pelancongan dalam negara kita.

Kak Wan turut hadir

Selepas ini, kalau ada member bloggers yang nak datang ke KT boleh hubungi aku.

Beib mesti menjadi lebih...
saba R
mesr A
faha M
bertimbang ras A
dan pemura H

2 comments:

ILA said...

pic yg last tu, mcm muka pelakon.yer ker??
Amboi2!!byak projek en beib yeakkk!!SEMOGA BERJAYA!!!

BEiB said...

terima kasih...muka macam pelakon mana pulak..? MGR, Kamal Hasan, Jakie Chan, Man Sentol atau Risyam Nor?..heheheh..
Tak derlah projek suka suka jer...