Saturday, December 20, 2008

Langkawi: elusif, eksklusif, nostalgik

Looks familiar

Assalamualaikum / Good Day.....

Malam ini aku ke Langkawi lagi untuk kesekian kalinya.
Pemergian kali ini adalah kerana tugas rasmi arahan jabatan mulai 20 - 24 Disember 2008.
Aku akan menginap disini.

Aku sendiri tak ingat entah berapa puluh kali aku ke pulau lagenda ini.

Pertama kali aku ke sana ialah pada tahun 1973, menunggang basikal bersama 2 orang teman dari Anak Bukit ke Kuala Perlis dan
seterusnya menaiki bot ke jeti Kuah, Langkawi.
Kami ke sana setelah selesai menghadapi peperiksaan LCE di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Kedah.

Helmi dan Syukri, merupakan temanku berbasikal. (entah di mana mereka sekarang)
Kami berkhemah dipelbagai lokasi di sana selama seminggu.
Seluruh pulau kami kelilingi dalam musim hujan di bulan Disember.
Mencari pengalaman, menelusuri sejarah.

Pengalaman itu membuatkan aku lebih matang dan berani menghadapi cabaran.
Rentetan dari itu, aku ke sana lagi tahun demi tahun sehingga 1985 bersama teman-teman sekelas dan sekuliah.

Antara yang kerap menjadi teman berkhemah di sana ialah Hj. Ahmad Hulmi bin Hj.Ismail, yang kini merupakan Timbalan Yang Di Pertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM).
Kami sering berkhemah di pantai-pantai di sekitar utara Malaysia seperti Pantai Tanjung Rhu, Pantai Syed Omar bersebelahan jeti Kuah, Langkawi; Pantai Merdeka, Kedah; Pantai Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan Casuarina, Pulau Pinang.
Mencari identiti diri, menghayati alam.

Aku tak mahu panjangkan cerita tentang pengalamanku bersamanya dan teman-teman lain. Mungkin di lain kali.

Paling nostalgik ialah berbulan madu di sana pada 3-5 Disember 1985.
Kami ke sana mencari nilai cinta Mahsuri.
Itu lain cerita.

Pertengahan tahun ini aku sepatutnya ke sana atas urusan rasmi kementerian tetapi menarik diri di saat akhir kerana bercuti dengan famili ke pulau lain. Sila rujuk sini.
Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya acapkali aku ke sana kerana tugas rasmi jabatan, kementerian atau menghadiri LIMA.

Kali ini, selain dari tugas hakiki, aku ingin menggapai fantasi dan menjejaki realiti.
Aku berhajat menemui sesuatu yang elusif dan eksklusif dalam perjalananku ke pulau sumpahan Mahsuri ini. Doaku agar ianya dimakbulkan.
Tapi yang pasti, Langkawi sentiasa dihati kerana lagenda dan nostalgiknya pada diriku.

Beib berdoa agar dapat bertemu sesuatu yang indah di...
dalam jeja K
menuju pula U
indah dan seles A
tanpa resa H

2 comments:

azza_irah said...

selamat bermesyuarat, pasti idea dan bakti yang dicurah semakin membentuk kematangan diri.

menggapai fantasi untuk dijadikan realiti..mendalam sekali maksudnya. berusaha memang wajar kerana jika diam menunggu pasti takkan ada hasilnya. bidalan dulu menyatakan...jika tangan tidak tercapai, kelibat bayang sudah memadai..

BEiB said...

Terima kasih...
memang semua org cuba menggapai fantasi dan jadikan ia sebagai realiti.
Semuanya bermula dengan mimpi.
Betul..tidak semua mampu dicapai, namun kelibat bayang mampu melerai..