Thursday, November 8, 2007

Terapi Minda


Menanam keladi gajah
(Alocasia macrorrhizos : Giant Taro, Elephant Ear, Ape flower)
Assalamualaikum / Good Day.....

Pagi semalam aku terbang balik dari Putrajaya sesudah selesai menghadiri satu mesyuarat di KPM. Mesyuarat penting berkaitan pendidikan anak bangsa. Biarlah menjadi agenda rahsia.
Mesyuarat sehari bersama pegawai pegawai KPM
Semasa disana sempat juga berjumpa dengan sahabat lama, KODENNE, anak jati Jitra, member Form six tahun 70'an dulu. Dia yang kini menetap di USJ, Subang Jaya menjalankan perniagaan event management dan menjadi jurulatih tenis profesional (sepenuh masa). Jarang anak Melayu berkebolehan macam tu.. Kodenne, you're one of a kind.. Go bro go!
Bila dah lama tak jumpa macam-macamla cerita lama yang keluar.Keakraban tetap utuh. Jokes makin matang. Gelak masih besar macam dulu. Semuanya terapi minda. Awet muda.

Kodenne, sahabat sejati
Ok..berbalik pada aktiviti masa petang aku. Aku habiskan dengan menanam pokok hiasan di laman. Kerja-kerja 'gardening' menggali lubang dan memasukkan pokok ni sebenarnya seronok walaupun meletihkan. Orang kata ia terapi minda. Entahlah, tapi aku rasa ada kebenarannya.

Keladi gajah siap ditanam

Segala masalah, kerunsingan dan keserabutan fikiran hilang bila kita beri tumpuan pada tanaman dan tumbuhan.
Hijau daun dan rumput menyegarkan. Aku terasa bagaimana tanah yang digali yang melekat pada jari dan tangan memberikan satu terapi pada kulit. Dah lama tak main dengan tanah. Teringat bagaimana zaman aku kecil dulu, di Anak Bukit, aku sering ke bendang menangkap ikan dengan menggunakan serkap. Kaki dan tangan, malah seluruh tubuh bersalut lumpur. Kata orang tanah dan lumpur baik untuk kulit. Betul juga, sebab kita manusia juga berasal dari tanah.
Pokok Rhapis yang turut ditanam dipenjuru laman
Pokok-pokok yang aku tanam ni sebenarnya dah beberapa hari tersadai kat tepi pagar. Oleh kerana kesuntukan masa, aku tangguhkan dulu menanamnya. Aku tunggu hingga aku benar-benar bersedia dan selesa mencangkul serta mengorek lubang untuk menempatkan pokok-pokok tu.
Selesai menanam pokok, aku bermanja dengan ikan-ikan koi yang jinak. Satu lagi cara mententeramkan jiwa. Satu lagi terapi minda.

Koi atau Nishikigoi (Cyprinus carpio)

Beib lakukan terapi ...........

dengan bercucuk tana M
memelihara ko I
menghias tama N
memaksimakan masa yang terha D
beriadah serta menghirup kenyamanan udar A

6 comments:

Unknown said...

Salam Beib...
Sesetengah orang berkata, menangis di atas sejadah adalah terapi minda. Betul. Tetapi, jika kita berkemampuan dan mempunyai minat/hobi/bakat, tidak salah jika kita menghilangkan rasa stress yang menghurungi minda dengan aktiviti/hobi yang kita gemari. Solat tu wajib... jadi, pasti kita tidak akan tinggal, bukan?
Semakin cantik laman rumah Beib. Mahligai Syahdu. Untung Kak Wan dapat suami yang rajin menghias laman. Untung Beib dapat isteri yang pandai serba-serbi seperti Kak Wan. Jadi, dua-dua untunglah... gegegegegeg... terapi minda OD, usik orang!

BEiB said...

Memang yg terbaik menangis atas sejadah kerana keinsafan dan kesedaran..Hobi salah satu supplement selain dari solat OD..
TQ..laman idaman sedang diusahakan..ikuti perkembangannya..
Untung juga OD dapat Anney..heheh atau anney untung dapat OD..? Terapi main main daaaa...heheh

Noushy Syah said...

LOvely!

Bagus2..nti dah siap keluarkan brochure..nti Noushy n Syah bole sewa with special discount rate kan kan?Mau double bed, ada aircond,ada heater, TV digital plasma,ada in house entertainment...and bla bla bla..hehhehhe

p/s make sure no noise pollution!

Orked said...

Saya dl dptkan keladi mcm tu, kat belakang balai polis serendah, masa suami buat kerja2 double track KTM...wahhh..angkut dgn storm gagah betul org tgok..he he he...bila dia dah beranak, potong je mak keladi tu , jgn sayang..so anak tu akan membesar ..kalo tak..mmg kemetot je nanti

mad redo1 said...

terapi minda mad redo1 - jenjalan dengan mortimer dalam hujan... hehehe...

BEiB said...

Noush..brochure dah siap...nanti guests je..ur most welcome...sema ada including WIFI..Noise pollution none!Gerenti!
Jie..nasihat diambil perhatian. Potong mak ambil anak...hmmm..heheh
Madredo1...jangan main hujan nanti demam...