Dalam suasana hening redup pagi, Mak bertongkat gagah menuju ke pusara Pak.
Aku sudah 3 hari pulang menziarahi Mak sempena Hari Raya Aidil Adha. Mak buat korban pada tahun ini sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.Assalamualaikum / Good Day.....
Tapi pengorbanan Mak yang besar yang aku nampak ialah terhadap arwah Pak. Aku sering diingatkan tentang kisah-kisah Pak. Kasihnya terhadap arwah suaminya tak pernah putus dan lekang.
Sebelum tidur, Mak akan bercerita dan mengenangkan Pak padaku. Sebagai anak lelaki sulung, aku mendengar dengan penuh khusyuk. Adakalanya, aku terlelap oleh penceritaannya.
Pak meninggal dunia akibat kemalangan semasa balik dari rumah kakak untuk menunaikan solat Maghrib. Rujuk entry In memory of Pak.
Walaupun sudah hampir 4 tahun 9 bulan berlalu, ingatan kami terhadap Pak masih segar.
Pengorbanan arwah Pak dan Mak akan sentiasa aku sanjungi. Pak meninggal dunia dengan tenang tanpa keuzuran yang panjang. Tidak sedarkan diri selepas dilanggar dan terus menghembuskan nafasnya dalam koma.
Sewaktu dimandi dan dikafankan wajahnya berseri dan kudus sekali. Malah Tok Bilal Masjid Alor Madi, Hj. Shaari, ada mengatakan padaku,
"Tak dak la oghang lain yang macam Pak hang. Dia tak peghenah sakitkan hati oghang lain. Pi masjid (sebelum solat) baca Quran".
Aku bersyukur kerana arwah Pak seorang yang sangat dihormati.
Yang pasti, aku terjumpa tulisan Pak di dalam se buah AlQuran usangnya yang mencatatkan angka 177 kali khatam.
Moga itu diterima ALLAH dan Pak dimasukkan ke Syurga Al Jannah.
InsyaALLAH.
4 comments:
Al-fatihah...
sukar sebenarnya..utk kita lupakan saat2 bersama dgn orang tersyg..
kasih sepanjang hayat..
sukar diluah tapi tersemat..
kasih abadi yang tersimpan di hati pasti akan dibawa sehingga ke hujung nyawa..
moga arwah Pak tenang..dan Mak juga tenang dengan kehadiran anak2 disisi yang sentiasa memberikan sokongan dan kekuatan..
penuhi lah hasrat Mak sedaya mgkin..
ILA..
Terima kasih AlFatihah..
Memang, manakan sama ada dengan tiada...
azza...
kasih kekal..apatah lagi pada ibu dan ayah.
Mak gagah kerana Pak dan anak-anak.
Ketenangan mereka adalah ketenangan kita juga..
InsyaALLAH..selagi Mak ada, hasratnya akan dipenuhi..
Post a Comment