Assalamualaikum / Good Day.....
Dah hampir sebulan Peugeot (Pug) aku tak begerak. Sejak aku ke Sawahlunto lagi.
Kabel baterinya aku cabut supaya baterinya terus berfungsi. Ada sekali aku lupa cabut, akhirnya terus kong!
terbang RM250.00 untuk bateri yang baru.
Pug kena bergerak semula. Pug kena meronda.
Pug sudah hampir 18 tahun bersama aku, namun dia masih gagah.
Aku sentiasa percaya dan manjakan Pug.
Pug telah banyak berjasa kepada aku dan famili.
Semua anak-anak aku membesar dengan Pug.
Sekarang masanya Pug kembali merempit di jalanraya sebab Kelisa akan pergi.
Kelisa akan menjadi warga Wilayah Persekutuan KL.
Walaupun Kelisa warganegara Malaysia tapi Kelisa belum pernah menjejakkan tayarnya di KL.
Pug sudah, walaupun Pug berasal dari negara Menara Eiffel.
Jika selama ini Kelisa menemani Vios, mulai petang ini Pug akan berada di sisi Vios.
Pug pernah bertiga bersama Saga dan Charade.
Pug pernah bertiga bersama Saga dan Rusa.
Pug pernah bertiga bersama Saga dan Satria.
Pug pernah bertiga bersama Satria dan Pajero.
Pug pernah bertiga bersama Kelisa dan Trajet.
Pug pernah bertiga bersama Kelisa dan Vios.
Kini Pug akan bersama Vios sahaja. Kelisa akan merantau jauh.
Mana tahu mungkin nanti Pug dan Vios akan ditemani oleh yang lain pula.
Kelisa hanya akan pulang menzirahi Pug dari masa ke semasa.
Untuk sementara Pug waktu bersahabatlah dengan Vios.
Pug telah lama di sini dan akan terus bersama aku.
Aku sayang Pug.
Abang akan bawa Kelisa pergi
Moga Abang dan Kelisa selamat sepanjang masa
Senyuman anak teruna bersama Kelisa
Lambaian perpisahan sementara
Beib sentiasa yakin dengan...
enjin dan cengkaman Pug yang manta P
sesekali Pug dipecut laj U
membakar jalan gagah dan garan G
8 comments:
anak teruna tu dok mana kat Kl?...mana la tahu kot terserempak..
sayu juga ya berpisah dgn kelisa..walau kecil tentu banyak jasanya meredah jauh menuju destinasi..
p/s...
dah agak jwpn pd persoalan deposit RM300..
oh hensem
hahahaha
anak teruna tu dok blaja kat UniKL....kalau terserempak...tego lah dier...
Kalau ada fulus lebih, support ler dia.. hehhhehe
azza...
KEL ISA...
kecil-kecil cili api.
sentiasa bersama meredah lorong, jalan dan lebuhraya menuju destinasi yang menanti.
Kata kawan: This AUTO is suitable to drive in the town or in the CITY. amacam?
p/s..RM300 hanya umpan...heheh
nieja....
TQ...tapi siapa yaa...?
lerr ye kaa...stay kat sentul la tu...byk student uniKl situ
zizo...
anak teruna dok kat hostel Lembah Pantai..
jangan lupa support dia kalau juper..heehe
Post a Comment