Monday, December 22, 2008

Langkawi: Hilang seri

dari jendela bilik hotel, Langkawi dah berubah

Assalamualaikum / Good Day.....

Dah 2 hari aku di sini.
Aku tak banyak berjalan keluar ke mana-mana melainkan ke Pekan Kuah sahaja.
Sambil berjalan aku perhatikan banyak bangunan kedai yang masih dan telah kosong.
Masih: kerana bangunan baru siap dibina dan belum berpenghuni.
Telah: ada yang nampaknya kelihatan seperti berpindah atau ditutup terus (bankrap).

Kuah kelihatan bermaya sedikit kerana cuti sekolah masih berbaki 2 minggu lagi.
Kata Abang Mad, pemandu teksi yang aku tumpangi, " cuti sekolah ni ghamai la yang mai Langkawi, 2 minggu lagi senyap sunyi.."
Aku faham apa maksudnya.
Langkawi, yang aku tahu, hanya aktif pada musim cuti sekolah sahaja. Di luar musim ini, ia kelihatan hidup segan, mati tak mau. Apa sebabnya? Aku sendiri tidak berapa pasti.

Adakah harga barang bebas cukai mahal dan tidak sebagaimana yang diuar-uarkan?
Mungkin juga barangan yang ditawarkan sudah ketinggalan zaman? atau
barangan kraf yang dijual tidak menampakkan ciri-ciri tempatan, mirip kepada budaya Indonesia, India, Vietnam serta negara-negara Asia yang lain?
Datang dan lihat sendiri.

Sejak akhir- akhir ini, aktiviti bertaraf nasional atau antarabangsa agak kurang dijalankan di sini.
Kalau sekadar mengharapkan LIMA sahaja tidak mencukupi untuk menarik pelancong asing ke sini. Lagipun, LIMA diadakan berselang tahun.
Aku diberitahu bahawa pertandingan lumba basikal bertaraf dunia, Le Tour de Langkawi yang diperkenalkan di sini dan biasanya diadakan selama 10 hari, melewati 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak melebihi 1,200 km tidak lagi diadakan di Langkawi seperti tahun ini.

Begitu juga dengan Langkawi International Nature Challenge (LINC) yang melibatkan cabaran fizikal dan emosi selama 36 jam.
Pertarungan cabaran maraton ini melibat 12 disiplin termasuk berenang, kayak, trekking, mounting biking dan cabaran halangan yang meliputi jarak sejauh 400km dan 14 pulau di sekitar Langkawi.

Jika acara-acara bertaraf dunia sebegini tidak diadakan maka kuranglah pengunjung ke pulau sumpahan Mahsuri ini.
Mungkin acara Royal Langkawi International Regatta 2009 yang akan berlangsung pada 4-10 Januari 2009 dan Ironman Malaysia Langkawi Triathlon 2009 yang akan diadakan pada 28 Februari 2009 nanti dapat mengembalikan kerancakan suasana di pulau bebas cukai ini.
Sepanjang perjalanan dari pekan Kuah ke hotel aku lihat sekeliling dan merasa terharu memikirkan pantai dari jeti Kuah meliputi CHOGM park sehingga ke pekan Pokok Asam telah ditambaktambun hingga tiada lagi pemandangan asli pantai berselut serta pokok bakau.

Aku rindukan suasana itu.
Pantai, hutan bakau, ikan belacak, sampan dan bot nelayan, kulit kerang dan siput bertaburan di persisir pantai serta deru ombak.
Yang tinggal kini hanya kenangan.
Yang ada hanya bangunan konkrit yang masih lengang, kaku, keras, menanti penghuni dan pengunjung bertapak di bekas pantai dan laut.
Telah hilang keaslian dan kecantikan semulajadi bumi Langkawi.


sebait Haiku dari ku..

ombak memukul pantai,
pasir menangis
tak siapa yang tahu..


Beib rindukan keaslian...
bumi Langkawi Permata Kedah - LPK
yang sangat berbeza kini dari dahul U
kerana mengikut peredaran mas A
menjalani perubahan setelah tamat tempoh disumpa H

7 comments:

azza_irah said...

ombak memukul pantai,
pasir menangis
tak siapa yang tahu..


sangat puitis dan mendalam..
dapat idea di langkawi ke..hehee..

70an, 80an dan saat ini..satu zaman yang berbeza. terkenalnya langkawi kerana sumpahan mahsuri. zaman berganti, kemajuan mengintai..mengorbankan separuh dari keaslian.

biar tak lagi nampak di mata, namun kenangan cikgu di zaman dan ketika itu tetap hidup segar dalam ingatan kan..

dengan adanya kenangan, kesedaran dan orang2 seperti cikgu, pasti langkawi takkan 'mati'..walaupun kini umpama hidup segan mati tak mahu..

mad redo1 said...

langkawi
hanya dua kali dijejaki setakat ini
kedua-duanya memberi kenangan asli
semoga akan muncul kembali
saat untuk ke sana lagi
semoga tidak kecewa di hati
dek pembangunan yang tak henti-henti

a.b geldofg said...

meriah..salam bro

BEiB said...

azza..
Yaa...terkenalnya langkawi kerana sumpahan mahsuri.
Adakah sumpahan Mahsuri turut memangsakan keaslian sejati tanahnya?
Korbannya Mahsuri turut mengorbankan jatidiri Langkawi.
Kenangan hanya dibawa pergi dlm minda,kemajuan membawa pergi segala..
Langkawi sudah hilang jatidiri.

BEiB said...

mad redo1..
kenangan memang asli,
perubahan tetap terjadi,
bila mad redo 1 kembali ke Langkawi,
ia sudah tidak asli lagi,
ditambak dari Kuah ke jeti,
hilang pantai, lesap pergi...

BEiB said...

ab geldofg..
Salam....terima kasih.
Kunjungi lagi.
BTW...blog ni apa kategori?
heheheh

a.b geldofg said...

ko ktgori best bloggers....:)