Monday, December 8, 2008

Korban dan Kemajuan

Berbaju Bukittinggi dan bersongkok Sikek
di depan Masjid Alor Madi

Assalamualaikum / Good Day.....
Selamat Hari Raya Aidil Adha
buat semua kenalan dan pembaca blog ini.

Semalam aku drive sendirian balik ke Anak Bukit. Bertolak jam 11 pagi dan selamat tiba jam 6.30 petang.
Letih perjalanan sehari sebelum ini masih terasa di mana aku terpaksa mengharungi 3 jam perjalanan dari Sawahlunto ke Bandara Internasional Minangkabau (BIM) Padang, Indonesia sebelum menaiki pesawat balik ke LCCT selama 1 jam dan meneruskan perjalanan balik ke KT selama hampir 10 jam. Jumlah keseluruhan perjalanan ialah 19 jam.Ahli keluarga yang lain tak mengikut balik sama kerana urusan korban di tempat kami. Mereka akan balik hari Rabu nanti. Itulah antara pengorbanan aku dan famili.
Kemahuan dan keinginan Mak tak mungkin aku bantah. Mak hendakkan aku bersamanya di Lebaran ini kerana Hari Raya Aidil Fitri lalu aku beraya di Gong Badak. Lagipun Mak nak buat korban juga tahun ini. Aku mesti berkorban demi Mak.
Nampak gayanya tukang tompok daging di Gong Badak terpaksa diambil alih oleh orang lain tahun ini. Rujuk entry ini.

Masjid Alor Madi, Anak Bukit yang mungkin menjadi korban kemajuan

Pagi ini aku solat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Alor Madi.
Masjid ini memang mempunyai banyak memori padaku. Masa zaman kanak-kanak dulu, disinilah tempat aku solat Jumaat dan solat waktu jika ada kelapangan. Paling terkesan ialah pada bulan Ramadan. Bersolat Tarawih dan more bersama rakan-rakan sekampung.
Imam Masjid yang baru ditauliahkan, Abang Don, memaklumkan bahawa kemungkinan besar masjid ini akan terlibat dengan Electrified Double Tracking Project iaitu projek landasan keretapi elektrik berkembar KTM yang dimajukan oleh sebuah syarikat kejuruteraan dan infrastruktur terkenal di Malaysia.
Aku dimaklumkan bahawa proses pengukuran serta pengambilan tanah sedang berjalan. Setakat ini, Masjid Alor Madi masih tersergam di tempat asal.
Adakah ia akan menjadi korban kemajuan atau kemajuan terpaksa berkorban mencari alternatif lain masih di luar pengetahuanku.
Aku berharap masjid yang terletak di atas tanah yang diwakafkan oleh tiga orang penduduk asal kampung ini akan terus kekal.
Tak sanggup aku melihat masjid yang berusia hampir 40 tahun dikorbankan begitu saja.
Doaku agar ia terus kekal bersama kemajuan dan bukan dikorbankan demi kemajuan.

Beib berdoa agar Masjid Alor Madi tidak menjadi....
mangsa kemajuan yang tama K
diusik secara hentam kerom O
tanpa perhatian yang sewaja R
bukan dikorbankan atas apa-apa seba B
kerana ia amat berjas A
lagipun tanahnya telah diwakafka N

12 comments:

arsaili said...

salam eid ul adha..hidup ini penuh pengorbanan..semoga di permudahkan oleh Nya

BEiB said...

arsaili...
terima kasih..
Bak kata P Ramlee: "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa"
Salam Eid ul Adha juga buat saudara.
Masih di negara Kangaroo?

nieja said...

salam aidiladha

ILA said...

Salam Buat Pak Beib...
manakan tidak dirimu kurus bgitu..
kehulu hilir kesibukan selalu;)

mad redo1 said...

semoga masjid itu tidak menerima nasib yang sama dengan masjid raja chendering...

BEiB said...

Nieja...
Salam AidilAdha..
lama tak dengar berita Nieja..
moga sihat walafiat..

BEiB said...

ILA...
Waalaikumsalam...
Tugasan memaksaku ke hulu dan ke hilir...
"Badanku kurus bukannya kurang makan...."
Kurus sihat itu yg penting..
TQ kerana perhatianmu...heheh

BEiB said...

mad redo1..
InsyaALLAH...ahli qariah akan memastikan masjid itu kekal sebagaimana adanya...
Terima kasih atas perhatian..

azza_irah said...

sesuatu yang nak dimilki memang perlukan pengorbanan..jarang org begitu bertuah miliki keduanya...satu dapat satu pasti terlepas...itulah namanya pilihan...pengorbanan..

moga hati mak semakin tenang bila lenanya tergenggam erat jemari anak lelaki yg selama ini jauh dari sisi..

moga cikgu sentiasa diberkati kerana telah menunaikan hasrat mak..

BEiB said...

Mz Azza..
Memang kita kena buat pilihan dan pilihan di tangan kita.
Yang dipilih memaksa kita mengorbankan yang tidak.
Hidup ini ialah pengorbanan, sedar atau tidak.
Terima kasih..Mak sentiasa ceria dan ayat-ayat Azza membuat saya bangga.

nieja said...

nieja sehat walafiat..
slalo masuk blog ni..
tapi tidak meninggalkan jejak
ehe..

BEiB said...

Neija...
terima kasih kerana sudi singgah.
sila tinggalkan momento..