Assalamualaikum / Good Day.....
Sejak balik dari Langkawi tempohari, aku tak keluar rumah. Cuma kelmarin pergi solat Jumaat di Masjid UDM KUSZA.
Pagi ni KakWan (KW) ajak keluar mencari sesuatu. Aku rasa macam nak rehat saja. Entah kenapa terasa sangat letih berjalan sejak kebelakangan ni.
Oleh kerana KW mendesak, akhirnya aku ikut saja. Lagipun, elok juga ambil angin luar.
Kami ke sebuah kedai jualan barangan terpakai di Manir. Kalau di Bandung, dalam lawatan kami ke sana 3 tahun lepas, ianya disebut BABE atau RANGKAS.
BABE bukan berbunyi dan bermaksud Beib macam nama aku, tapi ianya singakatan BArang BEkas. Begitu juga RANGKAS, bermaksud baRANG beKAS.
Unik kan bahasa Indonesia? Semua nak dipendekkan.
Bak kata Pak Sanusi, OTA (Orang Tua Angkat) aku semasa di Sawahlunto,
" Di Indonesia banyak perkara diringkaskan namanya."
Walikota menjadi Walkot (Datuk Bandar)
Pendidikan Nasional = Diknas
Bandar Udara = Bandara (Bandara Internasional Minangkabau - BIM)
Banyak lagi yang tak mampu aku nyatakan di sini.
Sebenarnya, kami ingin membeli kepingan karpet terpakai yang diimpot dari negara jiran untuk dipasang di dalam bilik Qaqaq menggantikan yang sediada yang agak lusuh.
Walaupun terpakai, ialah masih baik. Harganya pun berpatutan, cuma RM1.80 sekeping. Jika yang baru, harganya ialah RM 8.50 sekeping (18"x18").
Kami beli 80 keping dengan harga cuma RM210.00 sahaja. Bayangkan jika harganya RM8.50 sekeping, tentu sahaja RM680.00. Perbezaan sebanyak RM470.00. Banyak bezanya serta menjimatkan. Harap-harap ianya pilihan yang tepat.
Selesai dengan karpet, kami ke suatu tempat lagi di bandar KT.
Sudah lama ingin ke sini cuma masa dan kesempatan agak terbatas.Benda yang hendak lihat dan dibeli telah sediada. Bukan terpakai atau BABE tetapi brand new. Harganya juga berpatutan dengan tawaran yang istimewa. Tertarik kami.
Setelah berbincang dan mencuba, akhirnya kesepakatan tercapai. Esok kami akan datang dengan bayaran serta segala dokumen yang diperlukan.
Bayangkan dengan bayaran proses sebanyak RM300.00 benda ini akan dapat dimiliki dan pasti menjadi bualan ramai teman dan kenalan.
Sesekali terasa macam membeli barang di pasar malam sahaja. Mudah sangat keputusan dibuat.
Seperti karpet tadi, ianya buatan luar negara dan harga pun sangat berpatutan. Perbezaan harganya amat ketara dan menjimatkan dalam jangka masa panjang.
Aku perlu balik, merangka strategi serta memastikan pilihanku ini tepat dan berbaloi.
Ini sebenarnya ialah gantian pada suatu benda yang akan diserahkan kepada Abang, anak sulungku. Dia akan bawanya kembali ke kampus minggu depan. Lantaran itu, aku perlu pengganti kepada benda tersebut.
Apakah bendanya itu? Tunggu di lain entry.
Tapi sebelum itu, anak-anak sudah menelefon ajak bermain boling. Dah lama tak main boling, hampir setahun dah. Rujuk sini.
Molek juga. Dah lama tak beriadah.
Apa susahnya leretkan bola boling?
Kalau nasib baik tepat, dapat STRIKE!
Jom boling!
Beib sering berdoa agar pilihan sentiasa...
baik dan mencapai matlama T
tidak kira benda itu baru atau BAB E
semuanya mahu diperolehi dengan penuh hara P
samada buatan tempatan atau luar negar A
yang pasti, berbaloi dan jima T
tidak kira benda itu baru atau BAB E
semuanya mahu diperolehi dengan penuh hara P
samada buatan tempatan atau luar negar A
yang pasti, berbaloi dan jima T
12 comments:
riadah membantu mengeratkan hubungan. bagus lah sesekali mengambil angin luar.
walaupun bowling bukan sukan yang menggunakan tenaga fizikal sepenuhnya, tapi tumpuan, pengamatan dan fokus perlu seiring agar bola yang digelek seiring dengan matlamat pin mana yang hendak dijatuhkan..
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
pssst...sexy babe! kaler hitam eh
salam perkenalan diambang penghijrahan ke alaf baru.
Hitam itu menawan :)
Salam Tahun Baru Pak Beib!!!
Hmmm..sudah tentunya sebuah keta baru bakal mnginap di vilamu & menemani vios dan kelisa di garajmu..
Hmmm..mungkinkah antara vios @ kelisa yg bakal mjadi milik si terunamu nanti ???
azza..
memang riadah mengeratkan silaturrahim.
Yaa...bowling perlukan fokus agar jatuhan pin sentiasa STRIKE..
arsaili..
Thanks..May the new Hijriah Year brings along continuous prosperity to us.
kaler itam? memang sexy..heheheh
DrSam..
Terima kasih atas kunjungan.
Moga tahun baru memberi kesejahteraan kpd DrSam.
*hitam memang menawan...heheh
Ila....
Salam Tahun Baru...
Bagaimana boleh membuat konklusi begitu? Tidak dinyatakan tentang pembelian mobil pun..?
Siterunaku memang mengidamkan sesuatu. hehehe...tungggggggggguuu..!
Beib... salam... OD datang ni. Mana tuan rumahnya? Isy isy isy... penat tau, OD panjat tujuh gunung sembilan lautan nak datang ke sini... keh keh keh. Alahai... cutenya setoking Kak Wan. Kat sini pun ada jual tapi tak sedap langsung teman memakainya. Jadi tak adalah teman beli lagi. Siapa menang boling? Harap-harap, geng Kak Wan yang menang. He he he...
duk di Kl...kene pakai keta kecik..br save minyak...kelisa seswai la...utk anak teruna.
Terima kasih berkunjung sini OD, Lama tak dengar berita dan cerita.
Stoking dari Jepun hadiah anak angkat.Mana pulak geng KW menang? kena pukulan maut...banyak 'melongkangkan' bola dari strike...heheheh
zizo...
memang...kereta kecik lebih agile dan nimble....
Minyak dan roadtax jugak murah..
zizo pakai apa?
Post a Comment