Monday, April 28, 2008

Ku Kembali Ke Kuching

Assalamualaikum / Good Day.....
Hari ini aku terbang lagi ke Kuching untuk melaksanakan tugasku bersama teman-teman panel. Aku akan berada di sini dari 28 April hingga 2 Mei.
Hampir 6 bulan lepas aku sudah ke sini menjalankan tugas khas untuk Sekolah Seni Malaysia. Sila baca entri lalu di sini.
Aku berharap agar tugas boleh dilaksanakan dengan jayanya dan sempat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuching untuk dikunjungi. Itu pun bergantung kepada keluangan masa.

Kuching...ku datang lagi!

Beib pergi kerana...

membantu memberi inpu T
sambil menambah ilm U
bertemu sahabat-sahabat di KUCHIN G
serta melawat tempat-tempat yang istimew A
agar pengalaman bertambah lua S

Friday, April 25, 2008

LamanNyaman yang aman

Kura-kura Adeq Albertfelienstain

Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lama tak update tentang LamanNyaman ku. Walaupun dah tujuh bulan siap, tapi belum matang sepenuhnya. Inilah antara foto-foto penghuni laman yang terbaru. Selain dari ikan koi, guppy, rama-rama, belalang, katak, burung, labah-labah ada juga seekor anak kura-kura yang bermustautin di sini. Nikmati seadanya. Foto bunga diambil oleh Acik.

Beib suka....

banyak ha L
tentang tumbuhan dan bung A
kerana ia membuatkan ala M
menjadi lebih sempurn A
dalam kehidupa N

Thursday, April 24, 2008

Kak Wan pi shopping

Assalamualaikum / Good Day....
Bila Kak Wan pergi out station barulah terasa gelabah. Makan, minum, pakai yang selama ini di uruskannya aku kena buat sendiri sebab tak ada pembantu rumah.
Baru la aku tau rupa-rupanya semasa aku tak ada di rumah inilah kerja yang dia kena buat.
Pagi tadi, aku kejutkan dua orang anak dara aku tu, Acik dengan Adeq. Siapkan makanan dan minuman. Roti, mini pizza, oren jus dan soya aku sediakan atas meja.
Selesai mandi, solat subuh, pakai uniform dan bersarapan aku hantar mereka ke sekolah. Orang Kedah kata "Ghenyah juga" (teruk/berat).
Untuk makan tengahari dah standby roti sebagai pengalas perut dulu sebelum aku balik. Pocket money dilebihkan supaya mereka boleh membeli makanan yang mengeyangkan di sekolah. Nasib baik anak-anak aku ni tak memilih sangat bila makan. Biasanya dia orang makan rojak ayam Terengganu atau nasi ayam saja. Kalau rajin, dia orang masak sendiri saja apa-apa yang patut. Minum petang dengan biskut saja.

Acik buat scramble egg
Adeq sedang membiasakan diri di dapur
Antara tugas yang leceh ialah menyidai kain baju yang baru dibasuh. Huh.. mula-mula kena ambil yang dah kering, lepas tu sidai yang basah pula.
Walaubagaimana pun, kena senyum sokmo. Bukan tiap-tiap hari kena buat tugas ni.
Bila dah angkut ke dalam rumah takkan nak biarkan saja? Melipatlah pulak. Bersilalah aku depan TV sambil menonton sambil lipat kain baju.

Sebenarnya aku dah biasa buat benda ni masa kecil dan semasa bujang dulu. Malahan sampai sekarang pinggan dan gelas aku basuh sendiri selepas makan atau minum.
Aku rasa ianya adalah satu tanggungjawab yang mudah yang dapat meringankan beban isteri.
Sesekali begini relax juga. Amacam, sanggup buat? Kalau sebelum ini aku yang keluar outstation dan Kak Wan bantu jaga anak-anak, kali ni aku pula yang duduk rumah jaga anak-anak. Harap Kak Wan enjoy shopping kat Langkawi sampai hari Sabtu ni sebab hari Isnin 28 April aku pula nak terbang ke Kuching. Hehehe...
Beib tak kisah buat kerja...
dapu R
kerana selama ni pun sudah membant U
tugas isteri pun kena faha M
takkan nak biarkan dia buat sorang saj A
apatah lagi kalau tak ada ama H

Sunday, April 20, 2008

Balik tengok Mak

Mak lepaeh semayang
Assalamualaikum / Good Day.....
Lepaih habih mesyorat di Kangaq aku balik ke Anak Bukit sat. Nak jumpak Mak. Lama dah aku tak balik, dekat-dekat 4 bulan dah...Tu pun aku balik masa kendughi sepupu aku. Cuba baca sini.
Kesah pasai Mak dah aku tulih sini dan sini.
Aku tak dan nak balik pasai kena pi buat kheja meghata. Kalau oghang dah minta tolong, kita pi la bagi bantuan. Esok-esok kita nak bantuan, ada pulak oghang lain tolong kita.
Daghi Kangaq aku naik teksi lalu kot Jalan Simpang Empat - Ayaq Hitam- Meghegong-Jalan Gunong-Anak Bukit.
Drebar teksi tu nama dia Zulbahar bin Musa, asai daghi Kampung Simpang Empat, Peghelih. Dia tak cakap banyak, dia cuma tanya sikit-sikit pasai hal politik Terengganu. Aku pun goreng la.
Dah 29 taon dok Terengganu, banyak la aku boleh cghita kat dia. Baghu dia tau hai-hai 'wang ehsan', Masjid Kristal, Monsoon Cup dan lain-lain. Ghupanya dia dok dengaq ceghita macam lain. Aku kata kat dia, kalau nak soheh pasai ceghita-ceghita ni, kena tanya oghang yang dok sana (Terengganu) bukan dengaq daghi oghang yang tak tau hujung pangkai!
Dia stuju. Aku pun bukan pandai sangat pasai politik ni, tapi ghajin juga dok dengaq oghang dok besembang di Kola Terengganu. Selain daghi baca kot internet, maklumat teghuih daghi oghang yang berkenaan aku dapat jugak. Jadi cengita aku ni kigha soheh la jugak.
Sat saja, tengah dok seghonok-seghonok ceghita, tut! tut! sampai dah ghumah Kak aku di Taman Aman, Anak Bukit. Dalam aku dok cenghita sakan pun aku kena bayaq sewa teksi lima puluh ghinggit.
Oih! banyak pulak cghita pasai naik teksi. Aku nak cghita pasai Mak aku...
Sampai saja ghumah Kak aku, aku bagi salam, masuk dalam ghumah, teghepa pi caghi Mak. Aku tak bagitau dia yang aku nak balik. Mak dok dalam bilik, tegejut tengok aku cueh masuk. Aku bagi salam, celapak pi kat dia, huluq tangan, salam, cium tangan, pipi dan peluk kemaeh.
Mak tak kata apa-apa cuma ayaq mata dia meleleh, seghonok tengok anak jantan dia balik.
Aku pun sebek jugak! Sedih sebab lama tak jumpa. Aku nak jaga Mak tapi dia tak mau ikut aku pi dok di Kola Terengganu. Besa la oghang tua. Seghonok boleh jumpak Mak.
Mak sebenaqnya tak sakit, cuma tak laghat nak mangkit pi jalan jauh-jauh. Mak pakai tongkat bila dia nak jalan kluaq ghumah. Umoq dia dah 82 taon. Makan nasi pun sekepai aja. Boh lauk ikan temenung goreng sikit, sayoq bayam sikit cukupla untuk tubuh dia yang kecik tu.
Yang aku sangat bersyukur ialah ingatan dia baik, tak nyanyok, ingat kenai habih ceghita lama-lama, mata ceghah, tak dak penyakit kronik -daghah tinggi ka, kencin manih ka, jantung ka. Cuma dia ada batu kaghang ja, tu pun dah buat operesyen dah.
Sakit belakang biasala bagi oghang dah berghumoq macam dia. Dulu dia kheja kuat. Pi bendang dok tolong arwah Pak.
Aku pun ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu dok tolong Mak Pak aku pi padang/bendang. Menggala, menyisiaq, menaboq, menanam, mengumput, membaja, paehtu mengeghat, mukoi dan lain-lain lagi. Teghukkan kheja bendang? Tu pun oghang dok komplen ghega beghaih naik. Depa buat kheja teghok bukan main, kita syok ja makan nasik. Dahla tu baziaq pulak bila makan terutama masa makan buffet. Ambik penuh pinggan, makan secoet!
Laani, aku cuma haghap Mak akan berehat dan beribadat. Toksah dok pikiaq hai-hai yang tak bekenaan. Jaga makan minum, makan ubat dan bitamin, solat, baca Quran, berehat banyak. Hat lain seghah kat anak cucu.
Dapat balek tidoq dengan Mak dua malam pun kigha oklaa. Lepaeh ghindu.
Doa aku lepaeh semayang moga ALLAH sentiasa memberkati dan melindungi Mak dari segala-galanya.
Teghima kasih Mak!
Beib akan terus berdoa untuk...
memastikan Mak tentera M
sentiasa sihat dan bahagi A
walaupun tidak lagi bersama Pa K

Thursday, April 17, 2008

Kangaq Peghelih

Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lama tak mai Peghelih. Dulu masa kecik-kecik dok lalu jugak kot Kangaq ni nak pi Padang Besaq. Masa zaman skolah menengah lagi la ligat, dok pi Padang Besaq sampai kadang-kadang tlajak pi Hatyaai, Siam. Hangpa jangan dok ingat bukan-bukan, aku pi sana pi shopping ja tau...
Las skali aku mai Kangaq bila aaa..? Isyhh...lama dah, 5 taon lebih dah kot? masa tu pi caghi pokok bonsai jeriti kat jalan Kaki Bukit. Masa tu bawak anak bini. Aku isi pokok jeriti tu sendat dalam Pajero aku.
Kat Penghelih ni pun ada juga memba aku dulu masa taon 70an.
Yang aku ingat depa dok di Arau, Syed Jamal Syed Ahmad (anak bekaeh ADUN Arau taon 70an dulu), laa ni dia dok Kola Lumpo dan Hisham Hassan (anak bekaeh imam masjid Arau). Aku taktau dia dok mana laa ni. Kalau terjumpa blog aku ni, tolong kontek aku balik.
Soghang lagi nama dia Mohd Saghir @ BOB. Memba masa dok Tanjung Malim taon 78-80. Sogha dia..fuhh! macam Breory @ Bob Tutupoly. Sebab tu oghang pangge dia BOB.
Dok mana tak tau dah dia ni. Asai oghang Kaki Bukit. Aku asai Anak Bukit. Kalau jumpa, aku nak sughuh dia nyanyi lagu Widuri... Kalau hangpa dengaq, lughuh jantung...
Laa ni pun bila tengok Kangaq macam dulu jugak. Tak banyak beghubah. Pekan dia santai jaa.
Empat haghi dok di Kangaq ni pun aku tak pi mana. Lepaih mesyorat aku dok dalam bilik, rehat.
Malam pun dok lepak dalam bilik jaa. Nak kluaq pun tak dak tempat nak pi. Dok sembang dengan room mate, Melton oghang Sarawak. Dak pun dok ngadap laptop, bertenet.
Minggu lepaih tujuh haghi dok KB pun camtu jugak. Dok melengkaq dalam bilik jaa. Habih-habih tughun kat lobi, bukak laptop, bertenet.
Mungkin sebab dah takda apa nak dicaghi kot? Lagipun satu haghi dok pulun mesyorat, malam kena rehatlaa..
Apa pun, Kangaq memang bandaq yang tenang dan santai....
Sesekali syok jugak dok sini...
Beib selalu...
berhagha P
dapat jumpa balik membe-memb E
yang sama-sama blaja R
bermesra, berkawan dan bergau L
untuk kembali mengingat I
saat-saat indah di kampu S

Monday, April 14, 2008

Kangar or Kangaroo..?

Assalamualaikum / Good Day.....
Belum pun sempat rehat dengan sempurna setelah selesai kursus PTK selama satu minggu, aku akan terbang ke destinasi lain pula.
Dari KT melalui KLIA ke Alor Setar terus ke Kangar mulai 14 -18 April.
Hopping from one city to another like a kangaroo.
Aku harap sumbanganku dalam mesyuarat nanti akan memberi manfaat kepada semua.
Kangar...aku mai!
Beib akan bersama
membantu untuk mengguba L
item-item yang mencapai taha P
bagi kegunaan ujian awa M

Sunday, April 13, 2008

Jumpa Abang Muizz

Bersama Dr. Raihan, adik Raina, Rusdi dan Abg. Muizz.
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari Sabtu ialah hari terakhir kursus PTK. Jam 11.36 pagi aku terima SMS dari Rusdi yang mahu berjumpa setelah aku selesai menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK). Aku bersetuju.
Kami dah beberapa hari lalu bercadang untuk berjumpa. Masa saja agak terhad.
Kini setelah selesai segalanya, aku teringin nak jumpa Abang Muizz dan Adik Rania.
Harapanku tidak dikecewakan. Jam 12.30 tgh Rusdi sefamili tiba di lobi hotel.
Terkejut Abg. Muizz melihat aku. Nampak dia tergamam. Mungkin masih belum kenal atau cuba hendak mengingati di mana pernah tengok rupa pakcik ni. Papanya cuba memujuk dengan mengatakan "Ni uncle Beib kat dalam blog tu"... Abang Muizz masih tidak yakin.
Rupanya dia ni aktif, ligat dan petah. Payah juga nak pujuk dia untuk mendukungnya. Adik Rania juga begitu. Attached sangat dengan mamanya. Tengok aku senyum kemudian menangis, memeluk kemas mamanya.

Renungan tajam Abg. Muizz dan Adik Raina

Abg Muizz sebagaimana kanak-kanak lelaki yang lain, cegas dan penuh dengan tenaga. Papanya pun payah nak pujuk untuk bergambar.
Biasala...kanak-kanak bijak begitulah karektornya.
Rusdi dan Raihan...Terima kasih di atas pemberian cenderamata dari Sheffield.
Terima kasih kerana sudi menjengok aku. Moga persahabatan berkekalan.

Beib harap Rusdi berjaya menamatkan PhD nya di...
Sheffield U
bahagia bersama isteri dan anak-ana K

Monday, April 7, 2008

Nak Naik Pangkat?

Assalamualaikum / Good Day.....
Dah tiga hari aku di KB menghadiri Kursus PTK TK3 PP44 Kohort 4/2008. Aku rasa tension dah mula meningkat. Menghadiri kursus dari 5 - 12 April terasa begitu berat bagiku. Mengikut sukatan yang diberikan, banyak topik mengenai dasar dan pengurusan akan didedahkan. Bidang yang aku jarang alami. Namun, aku harap ianya akan memberi manfaat pada kami, peserta kursus.
Sepanjang hari menghadiri kuliah berkenaan pelbagai topik yang berkaitan dengan profesion dari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Nasib baik slot malam tak ada kuliah atau taklimat. Lega sikit. Boleh rehat dan tonton TV.
Malam dikhaskan untuk sesi perbincangan sesama peserta kursus bagi persiapan untuk pengucapan awam. Bahagian inilah ramai peserta kursus rasa amat tertekan kerana ianya mesti dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Muka masing-masing nampak gelisah dan tension saja.
'Talian hayat' atau bantuan dari rakan/kenalan diperlukan bagai mereka yang kurang yakin. Mesin fax di kaunter receptionist bekerja keras menerima fax/teks dari pelbagai lokasi.
Pengucapan Awam atau public speaking ialah sesi syarahan selama 10 minit berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan. Syarahan mestilah dalam Bahasa Inggeris dan tidak digalakkan membaca dari teks. Ramailah yang cuba menghafal teks yang diterima melalui fax dan e mel. Namun di hari sebenar ramai juga yang membaca atau merujuk terus dari teks yang disediakan.
Aku, Alhamdulillah...bolehlah juga melalui ujian ini dengan hati yang puas. Tajuk yang aku pilih ialah One House One Computer.
Selepas sesi ini, pada hari khamis kami akan membuat persembahan individu berdasarkan kertas tugasan selama 10 minit. Persembahan power point digunakan. Pelbagai gaya dan teknik digunakan oleh peserta-peserta kursus yang rata-rata berusia 45 tahun ke atas. Seronok juga tengok rakan-rakan membuat persembahan. Malang sekali kami tidak dibenarkan mengambil foto atau video.
Hari Jumaat persembahan kumpulan berdasarkan tajuk yang diberikan. Kami diberikan tajuk mengenai perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di organisasi kami. Kumpulan aku seramai 9 orang mempersembahkannya dalam bentuk forum. Berjaya dan berkesan.
Sabtu ialah hari terakhir dan penentuan kami. Ujian Akhir Kursus (UAK) selama dua setengah jam akan diadakan. Empat bahagian dan empat soalan perlu dijawab. Moga kami dapat mengharunginya dengan jaya.

Bersama teman dan kenalan

Hadi, Yaacob, Azmi, Yusof, Mohammad, Alias, Che Othaman, Adib, Salleh, Md Nong...

Beib harap semua kenalan akan lulus....

melepasi taha P
terus naik pangka T
sekurang-kurangnya jadi GP K

Saturday, April 5, 2008

Tak habis-habis kursus......

Assalamualaikum / Good Day.....
Dalam seminggu ni aku mungkin tak akan update blog ni sebab akan menghadiri satu kursus kenaikan pangkat.
Banyak masa akan dihabiskan dengan kuliah, perbengkelan, pengucapan awam, persembahan tugasan individu dan kelompok. Mungkin yang tension sikit nanti ialah Ujian Akhir.
Walaubagaimana pun, dari 5 - 12 April ni aku akan sedaya upaya memastikan kursus ini dapat aku lalui dengan jayanya.
Doakan ya!
Kota Bharu here I come!
Beib harap berjaya dalam...
....kursus dan ujian sebagaimana yang dihara P
ini penting untuk kenaikan pangka T
semoga semuanya O K