Tuesday, December 9, 2008

A plate number or a plate of rice?

Antara plet kereta yang aku idamkan.
PAK 8I8
Terserempak semasa balik solat Eid Adha
Assalamualaikum / Good Day.....
Aku sebenarnya bukan kisah sangat pasal nombor-nombor plat kenderaan ni.
Tapi sesekali terasa ingin juga memiliki plet nombor vanity yang memberi impak yang pada diri. Bukan untuk membanggakan diri atau riak, hanya sekadar kepuasan diri. Boleh tengok kat sini.
Personaliti dan karektor yang digambarkan melalui nombor adalah sesuatu yang dicari oleh sesetengah orang. Ada yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri , Self satisfaction, samada dari golongan jutawan, ahli politik, tokoh korporat, kerabat diraja atau personaliti hiburan.
Bagi kaum Tionghua, ada yang berpendapat bahawa memiliki nombor tertentu boleh membawa tuah atau sial.
Percaya atau tidak, kadang-kadang harga sebuah nombor plat kereta itu lebih tinggi dari nilai kereta itu sendiri.
Walau apa pun, masih ramai yang ingin memiliki nombor-nombor yang istimewa ini. Ada yang mampu dan ada yang hanya berangan. Baca sini , sini dan sini.

Kereta kesayangan dengan nombor plet kesayangan

Perlu diingat bahawa kos untuk memiliki nombor istimewa begini tidak harus melibat perbelanjaan isi rumah atau perbelanjaan dapur.
Kalau teringin juga, ianya perlu dari dana yang tidak menjejaskan wang untuk keperluan seharian.
Tapi ada juga orang yang menganggap ianya satu pelaburan. Terpulang atas tanggapan masing-masing. Mungkin ada nombor-nombor tertentu yang dicari dan diminati oleh seseorang dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk memilikinya.
Lihat apa yang ada di JPJ. Nombor -nombor ini di kategorikan sebagai:
Nombor Bernilai Utama
Nombor Menarik
Nombor Popular
Nombor Semasa
yang semuanya dijual melalui tender atau dengan harga yang tertentu.
Untuk yang kaya, berharta atau super rich kos bukanlah halangan. Glamour dan identiti merupakan salah satu ciri kehidupan mereka.
Bagi kita yang marhaen ini, cukuplah sekadar menikmati melalui memerhati. Jika ada rezeki, mungkin kita juga berpeluang merealisasikan impian memiliki nombor plat istimewa ini.
Buat sementara ini, " a plate of rice is better than the plate numbers".
Beib berangan-angan juga nak dapatkan beberapa nombor...
kenderaan yang manta P
seperti dimiliki orang-orang terkena L
tapi ada perkara lain yang lebih utam A
perlu diberi perhatian dan dibuaT

BE I8
HA 8I8 - kena ada permit teksi
WAN 8I8

6 comments:

azza_irah said...

kalau nak ZA1301...jawabnya kena bawak trak askar la ke sekolah..hehee..

seronoknya kalau boleh memiliki nombor yang punya makna dalam hidup kita..
sstgh org sanggup berhabisan utk kepuasan..
tapi tak semua yang kita nak akan kita dapatkan..berpuas hatilah dengan apa yg ada mengikut kemampuan kita..

Anonymous said...

bukan ke dulu keta TR105 tu kaler maroon?...cat lain plok ka

BEiB said...

azza..
Malahan memang ada yang sanggup kerana mengikut nafsu.
Afdalnya,"ukur baju di badan sendiri"
Cadangan:
Dapatkan nombor yang diminati dan beli kereta kat Autocity.
Berbaloi..

BEiB said...

zizo..
Masih kekal kaler yg sama.
Silver metallic..
Eh...takkan colour blind kot..?
hehehe...

Anonymous said...

ooo....yg tu saga kot...lupa la..kami selalu tgk keta cikgu2 ni..kalo xdatang sekolah...merdeka la kami...yay!...

BEiB said...

zizo...
oooo...tgk keta untuk bukan nak tolong jaga...
nak beraya ek..
nakal sungguh anak murid saya ni...
heheh