Monday, January 30, 2012

Perasaan: Satu Luahan

gambar hiasan

Assalamualaikum / Peace be upon you..

What is Life without Love? 
Bermaknakah hidup tanpa cinta, kasih dan sayang?
Manusia kini berada dalam zaman kebendaan atau Material world. Sentiasa mengejar waktu, bekerja kuat untuk memiliki gajet elektronik yang lebih canggih dan mengimpikan kenderaan serta kediaman yang lebih hebat dan mewah.
Kita semua berlumba-lumba mencari dan cuba memiliki kebahagiaan, kasih sayang serta cinta. Namun, kita perlu sedar bahawa sebanyak mana pun wang dan harta yang kita miliki, ada sesuatu yang kita tak mampu beli, iaitu cinta.
Bila kita membeli sebuah kenderaan yang mahal dan mewah atau barang kemas yang berharga atau memiliki kekayaan yang melimpah ruah, kita mendapat kepuasan mental yang sering kita kait dan tanggap sebagai kebahagiaan. Kenyataannya, kebahagiaan tidak boleh dijual beli.
Perlu disedari bahawa jika kita ketemu cinta, kita akan memiliki kebahagiaan. Oleh itu, dalam mencari kebahagiaan, kita sebenarnya juga mencari cinta. Cinta dan cinta sahaja yang memberikan kita kepuasan dan kebahagiaan yang sejati.
Cuba bayangkan cinta pertama. Kali pertama bersua dengan seseorang yang kita rasa telah jatuh cinta, perasaan kita akan berbaur seolah-olah tidak keruan dan you had butterflies in your stomach. Mungkin ianya adalah perasaan infatuation atau rasa 'tergila-gilakan' seseorang. Mungkin juga rasa 'crush' atau jatuh hati. Untuk waktu yang sedetik itu, dikala kita rasakan tidak keruan, saat itulah wujudnya cinta sebenar atau true love
Begitu juga diwaktu orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, tidak menghiraukan atau ambil peduli pasal kita. Di masa kita bertelagah, berkonflik atau berpisah dengan yang kita cintai, tidakkah kita merasa sangat 'sakit' serta tertekan? Kita akan sentiasa mengharapkan agar semua 'kesakitan' itu akan berlalu dengan mendiamkan diri atau mengambil inisiatif untuk 'merujuk' melalui permohonan maaf. Semua ini dikaitkan dengan apa yang kita katakan the Magic of Love. 
Sejak Allah jadikan Adam dan Hawa, kita telah diperkenalkan dengan cinta. Walaupun kita sering mendengar atau lalui pelbagai situasi yang perit seperti perpisahan dan patah hati, manusia masih lagi jatuh cinta. Kita sangat maklum bahawa kita tidak akan benar-benar bahagia tanpa cinta.
Manusia dicipta oleh Allah dan semestinya Allah sangat memahami cinta antara mereka. Seringkali manusia menyerah kepada Allah untuk mendapatkan yang terbaik dariNya.
Walaubagaimanapun, cinta yang paling hebat ialah cinta Illahi dan diikuti dengan cinta Rasul. Cinta ini kekal dan kebal. Inilah yang dinamakan cinta agung.
Mampukah manusia menzahirkan cinta sejati sesamanya hingga akhir hayat dan 'ke sana'?
Hanya Allah yang maha mengetahui...
Kata beberapa cerdik pandai mengenai cinta:
The great tragedy of life is not that men perish, but that they cease to love.~ William Somerset Maugham 
All love is sweet, given or returned  ~Percy Bysshe Shelley
Beib dapat rasakan betapa nikmatnya cinta yang ...
...luhur, ikhlas dan heba  T
yang dipupuk sejak bertahun lal U
mengharapkan ianya keka L
utuh, kukuh dan pad U
bagai digenggam tak mau dilepa S

* kuhadiahkan salam sayang bersama AlFatihah yg penyayang.... 

4 comments:

cbm.. said...

Demi Dia yang menciptakan kita..ku semat di jiwa sehingga ke akhir usia..

Demi Dia yang mengurnia cinta dan rindu..harapan kita hingga ke sana...

HAYMM..
terima kasih utk doa saban hari seusai solat...moga kan ada petunjuk untuk semua ini..

BEiB said...

Segalanya tertulis di Loh Mahfuz...kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal. Segalanya dalam pengetahuan dan keizinanNya jua.
Tidak pernah putus harap dariNya. Terima kasih atas segala.

cbm.. said...

Aku & Cetusan Rasa...
alhamdulillah dan terima kasih..kasih DIA sangat benar..walau apapun..rintangan dan dugaan.. terima kasih..

BEiB said...

cbm...
walauapapun situasinya, DIA Maha tahu dan faham apa yg ada dalam isihati. Sesungguhnya apa jua yg berlaku, itu adalah yg terbaik dariNya. Kasih..sayang sepanjang hayat.