Thursday, November 12, 2009

Luhur...Ikhlas... Niat...

Panel kertas konsep...

Assalamualaikum / Good Day.....

Bila bercakap tentang pencapaian murid sekolah rendah dan menengah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) di negeri Terengganu, aku turut merasakan tempiasnya.

Sejak 1980 sehingga kini, aku masih mengajar BI selain dari Pendidikan Seni Visual (PSV). Aku menyaksikan perkembangan yang ketara dalam penggunaan BI sejajar dengan hasrat dan aspirasi negara. Sebagai lingua franca dan bahasa ilmu masa kini , BI terus mendapat perhatian.

Berdasarkan kepada analisis, tahap pencapaian murid di Terengganu agak memuaskan. Pada tahun 2008, murid-murid yang lulus BI dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut:
UPSR - 76.9 % PMR - 71.3 % SPM - 72.5 %

Namun begitu pencapaian ini tidak menggambarkan situasi sebenar berkaitan dengan keupayaan dan kemahiran menggunakan BI dalam komunikasi seharian murid-murid di Terengganu.

Penggunaan BI amat terhad. Rasa malu, segan, takut dan kurang confident melanda hampir semua murid. Senario ini pernah aku jelaskan dalam syarahanku di sini.

Lantaran itu, amat jarang kita dengar murid-murid sekolah di sini bertutur dalam BI antara satu sama lain atau dengan sesiapa sahaja di tempat awam.

Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk menggalakkan penggunaan BI dalam komunikasi. Amat malang kerana pengajian selama 11 tahun di sekolah rendah dan menengah masih tidak mampu membolehkan murid-murid bertutur dan memahami BI dengan baik. Niat dan hasrat kita terbantut dek sikap diri sendiri.

memeta konsep

Di mana silapnya? Tidak guna menuding jari mencari kesilapan sahaja. Kalau ia suatu masalah, mari kita sama-sama cuba atasi dan selesaikan. Kita perlu bersikap positif dan proaktif.

Sesuatu perlu dilakukan. Dengan segala kemudahan yang ada di alaf ini, kita sepatutnya berupaya memantapkan penguasaan BI di kalangan anak-anak kita.

Antara langkah yang berkesan yang boleh diambil ialah dengan memperbanyakkan aktiviti ko-akademik di sekolah. Ruang dan peluang yang ada akan membolehkan murid memahirkan diri dalam BI secara lisan.

Sebelum ini, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah seperti Public Speaking, Pidato BI, English ala Parliamentary Debate, Choral Speaking dan One Act Play diadakan bagi menggalakkan penggunaan BI. Ini adalah proses pengkayaan selain dari aktiviti formal dalam bilik darjah.

Menyedari pentingnya aktiviti sokongan seperti ini, Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah mengorak langkah untuk membiayai beberapa aktiviti tambahan yang telah disenaraikan. Antaranya, Speech Choir - in betweens Choral Speaking dan Choralsical - Story Telling, Action Song dan English in Camp.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) akan membantu dan mengelolakan aktiviti-aktiviti ini.

Diharap Program Galakan Penggunaan BI di kalangan murid ini dapat melonjakkan penguasaan BI untuk komunikasi.

Menjunjung Kasih dan tahniah kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan atas keprihatinan dan dokongan. Keluhuran pihak istana memungkinkan semua aktiviti yang dilaksana dengan jayanya.

Sebagai salah seorang panel penggubal kertas konsep untuk aktiviti Speech Choir (nama yang belum dimuktamadkan lagi), aku bersama Mr. Yzel Sumarno, C.K Zarina dan Estee amat berharap agar peruntukan kewangan yang dianggarkan sebanyak RM177,000.00 dapat membantu meningkatkan penguasaan BI di kalangan murid sekolah di Terengganu.

Mesyuarat selama sehari bersama Tn. Hj. Mohd.Tamidi Sidek dan Pn. Siti Rohaya, dari JPNT yang berlangsung di PPD Hulu Terengganu memberikan aku gambaran betapa perlunya anak didik kita diperkasakan dengan penguasaan BI.

Sumbangan kecil ini membuatkan aku rasa selesa dan bahagia. Pengorbanan yang tidak seberapa ini memungkinkan anak bangsa berjaya dalam hidup.

Aku cuba lari sebentar dari PSV untuk mencari pengalaman baru. Setiap hari adalah perjuangan yang mesti dihadapi. Perjalanannya masih jauh, umpama melalui lebuh raya.

Online walaupun ikon putih...

Seperti seorang teman yang keluar dari rutinnya mengadap laptop dan mengambil langkah berani untuk merempuh halangan dan menentang fobia, aku juga perlu yakin dan cekal memasang tekad.

Walau tanpa pelindung dan pemantau jarak jauh, aku yakin dengan keiklasan kerjaku. Aku bangga menjadi sebahagian dari entiti baru Speech Choir sebagaimana aku menjadi perintis Choralsical.

Beib sentiasa yakin keikhlasan kita bergantung kepada...
... hati yang suci dan ama N
tanpa prejudis dan dengk I
atau sifat-sifat cel A
yang membuatkan kita merasa hidup itu nikma T

Lahirnya Saya di Penang...?

anak Papa dah besar

Assalamualaikum / Good Day.....

Dua dekad yang lalu bila Mama awak disorong masuk ke wad bersalin Aman Maternity Home and Polyclinic, Gelugor, Pulau Pinang, Papa dipelawa oleh salah seorang doktor yang bertugas untuk masuk menyaksikan kelahiran awak. Papa enggan. Darah boleh membuatkan Papa lemah lutut atau mungkin juga pengsan. Papa menanti di luar wad dengan penuh harap.

Dua puluh minit kemudian, terdengar tangisan awak. Mersik dan nyaring. Awak dibalut dengan kain muslin dan diserahkan pada Papa untuk diiqamatkan. Tak sedar airmata Papa mengalir kegembiraan. Begitu juga Mama.

Sejak itu, awak jadi teman Abang Syafiq dan penghibur kami. Putih gebu kulit serta keletah awak menjadi perhatian ramai hingga ada yang panggil awak "Snow White". Siapa sahaja akan mencubit hidung atau pipi chubby awak yang merah jambu itu.
Alhamdulillah...anugerah Tuhan.

Nama awak yang pendek, ringkas dan bermakna memang telah kami sediakan walaupun dalam keluarga hanya dipanggil Qaqaq. Kini mau dikenal dengan misspqa..Hmmm..

Kini setelah 20 tahun berlalu, awak masih 'putih sepuk' walau pun tanpa chubby. Sudah bergelar siswa dan akan menuruti jejak langkah papa dan mama menjadi pendidik.

Bila tamat pengajian nanti, jadilah pendidik Pendidikan Khas (PK) yang berjaya dan bergaya seperti kenalan awak. Mungkin boleh jadikan dia teman dan model pendidik PK.

Walau apa pun,
jadilah seorang insan yang berguna kepada semua.

SELAMAT HARI LAHIR
KE 20

We love you...misspqa
be the BEST in your own way

Papa ucapkan selamat untukmu di hari...
...ini dan terus keka L
sihat, gembira dan ceri A
dalam memburu segulung ijaza H
dan buktikan pada semua, terutama famili dan dir I
awak anak yang solehah yang tidak ingka R

Thursday, November 5, 2009

Perasaan Sentiasa Lekat...


Assalamualaikum / Good Day.....

Masih lagi terasa penatnya. Transit di KLIA selama lebih dari 5 jam membuatkan aku letih, fizikal dan minda.

Sambil menanti penerbangan pulang ke KT aku sempat mengisi masa dengan online. Bersendirian di kerusi rehat antara Pintu 2 dan Pintu 4 KLIA, aku belajar dan mengerti apa itu kerinduan.

Laptop teman setia.
Broadband penghubung rasa.
Segalanya indah dan nostalgik.
Sambil berlunjur menghilangkan kejang, aku menyedut 100 plus serta mengunyah snickers dan melayan perasaan.

Rupanya, berjauhan itu menyiksakan.
Walau di rimba, pulau, laut, gua atau pantai, jangan dilupa.
Harapanku, biar jauh di mata tetapi tetap lekat dan kekal di hati.

Jangan suka menganyam nyiru,
Nyiru dibawa dengan rakit;
Jangan suka menanggung rindu,
Rindu bawa jadi penyakit.

Beib mula faham erti...
...sabar dan deba R
yang sentiasa bergelora di dalam hat I
dan kadang kala tidak tertaha N
emosi diri tidak boleh di ha D
kerana lama menanggung di kalbU
*

Wednesday, November 4, 2009

Langkawi: Indah Nyaman...

Papantanda perkhidmatan Bro Mail yang ramah

Assalamualaikum / Good Day.....

Kita hentikan soal teknikal dan ilmiah mengenai kurikulum. Kita bersantai di Pulau Lagenda meronda di Pantai Cenang.

Bersembang dengan pemilik/pengusaha sewaan PWC -Personal Water Craft yang beroperasi di pantai ini amat mengujakan. Salah konsep dan silap faham tentang jentera ini membuatkan aku (kita) malu sendiri.

Harga sebuah PWC boleh beli rumah

Jentera ini dikenali sebagai PWC bukan Jetski atau Sea Doo. Kita selama ini menyebut jentera ini mengikut jenamanya bukan namanya!

Kekeliruan ini juga berlaku bila kita mengaitkan semua kenderaan pacuan 4 roda (4WD) dengan panggilan Pajero, Jeep atau Trooper suatu masa dulu.
Sedangkan Pajero, Jeep dan Trooper ialah jenama bagi kenderaan jenis 4WD.

Begitu juga dengan Kodak bagi semua jenis filem fotografi. Pampers bagi semua jenis diapers atau lampin pakai buang bayi. Mee Maggi untuk semua jenis/jenama mee segera.
Jahilnya kita!

PWC yang bernilai RM145,000.00 sebuah ini boleh disewa dengan kadar RM120.00 untuk setengah jam. Memang mahal tetapi berbaloi dengan enjin dan keupayaannya.

Inboard engine dan pump jet mampu memberi kuasa sehingga 260 horse power dan boleh mencecah kelajuan 110ksj. Kuasa dan kelajuan yang hebat bagi sebuah jentera air.

Dengan enjin Rotax 4 lejang serta fuel injection, PWC ini adalah yang tercanggih dalam kategorinya. Munasabahlah dengan harganya yang begitu tinggi.

Aku tidak mampu membelinya, hanya mampu duduk untuk posing sahaja.
Sedikit ilmu yang aku dapat dari pemilik PWC di Pantai Cenang.

Bangunan resort di belakang dikunjungi teman beberapa hari lalu...selisih.

Berbual dengan Bro. Mail (Ismail Kayak), yang berasal dari Kangar, seorang pengusaha pelancongan memang seronok. Keramahan dan santainya membuatkan sesiapa sahaja terpukau dengan gayanya.

Banyak yang diceritakan mengenai situasi Bumiputera di Langkawi. Berkaitan dengan perusahaan pelancongan serta perkhidmatan berasaskan pelancongan seperti yang dijalankannya. Naik turun perniagaan di musim-musim tertentu umpamanya di bulan Ramadan. Tidak ramai pelancong yang datang hingga menjejaskan perniagaan mereka di sini.

Syarikat Travel Agency yang begitu banyak menyebabkan persaingan yang sengit. Dia adalah di antara pengusaha yang tersepit kerana saingan perkhidmatan yang hebat.

Untuk lawatan ke Kilim Geopark (Fish Farm, Eagle Feeding, Bat Cave, Mangroove Swamp, Crocodile Cave dll.) dia menawarkan harga istimewa kepadaku sebanyak RM70.00 berbanding dengan harga standard iaitu RM85.00. Malangnya, aku kesuntukkan masa. Mungkin di lain kali aku akan rebut peluang itu.

Lain pula dengan seorang temanku yang beruntung kerana dapat melawat tempat-tempat itu tanpa sebarang bayaran. Bussiness and pleasure comes in a package. Malah dia berpeluang island hopping, ke Tasik Dayang Bunting dan menaiki cable car, free!
Rezeki dan tuah seseorang sukar diramal.

Aku tak mahu menjadi seorang pendengki, irihati atau cemburu. Tuhan berikan dia rezeki begitu dan aku yakin Tuhan akan juga berikan aku rezeki dalam bentuk lain. Syukur atas nikmat yang diberikanNya.

Kalau dapat honeymoon kat sini ok gak..
pemandangan sangat-sangat cantik....
ada yang sudi nak jadi suri? heheh...


Bersama kenalan, aku di bawa ke Awana Porto Malai. Tempat yang menarik, pemandangan yang mengasyikkan. Indah dan nyaman. Memang sesuai untuk bercuti atau bersantai.

Seakan Ha Long Bay, Vietnam di Quảng Ninh province, satu lokasi yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage, Porto Malai juga mempunyai landskap yang hampir serupa.

Latar belakang bukit bukau batu kapur memberi impak yang mempesonakan.
I wish I could be there longer.
Kesuntukan masa memaksa kami balik ke tempat penginapan.

Sesungguhnya, lawatan singkat ke beberapa lokasi membuka mata dan menambah ilmu dlam diriku.

Kursus dan mesyuarat yang dihadiri sebenarnya 'an eye opener'. Mata dan minda terbuka untuk pengalaman baru dalam hidup.

Oleh itu, buat teman yang hendak berkursus. Tempohilah dengan cekal dan tekal. Segala rintangan dan kesulitan ( berjemur panas, tak mandi seharian, basah kuyup kerana hujan, tiada komunikasi dll) adalah sebahagian dari latihan untuk mencekalkan diri.
Moga berjaya dan terpilih.
Biar rebah diri, jangan berubah hati.

Beib nak tenangkan diri dengan...
... berehat dan bermalas-mala S
sambil menikmati suasana Pulau Lagend A
mengambil angin dan berjalan-jala N
ke tempat peranginan yang mana sempa T
kalau dapat nak ke pantai, gunung dan gu A
hmm...jika tak sempat, kena datang sekali lag I

Tuesday, November 3, 2009

Lestarikan Sistem Pendidikan..?

Panel Meja Utama: santai menyiapkan tugasan

Assalamualaikum / Good Day.....

Mesyuarat yang berkaitan dengan kurikulum PSV Tingkatan 1 ini memang berat. Pemetaan dan penggubalannya memerlukan pemikiran yang analitikal dan kritikal.

Semua sudut perlu diambil kira bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar serta menepati kehendak kurikulum itu sendiri.

Cadangan Pemetaan Modul Transformasi KBSM ini meliputi 4 Standard Pembelajaran:

1. Persepsi Estetik
2. Aplikasi Seni
3. Ekspresi Kreatif
4. Apresiasi Seni Visual

Ini semua didasari oleh model DBAE yang popular di USA.

"Discipline-based art education (DBAE) is an educational program formulated by the J. Paul Getty Trust in the early 1980s. DBAE supports a diminished emphasis on studio instruction, and instead promotes education across four disciplines within the arts, aesthetics, art criticism, art history and art production." - wikipedia

Dari kiri: Razid Karim, Dr. Halim, Nizam (terlindung)

Antara perkara yang ditekankan semasa perbincangan ialah pentingnya ahli panel memahami konsep kurikulum, falsafahnya, perkaitan dengan dengan PIPP, keperluan mengintegrasikan kurikulum dengan konsep 1 Malaysia dan halatuju kurikulum itu sendiri dalam masa 10 tahun akan datang.

Paling utama penggubalan ini mesti menepati kehendak Kurikulum Kebangsaan:

"...suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my).

Apakah yang mahu di transformasikan?
Penambahbaikan atau sekadar perubahan kecil?
...atau dilestarikan sahaja?

Akhirnya, draf Transformasi Kurikulum PSV ini dirangka melampaui kurikulum sedia ada tetapi sedikit mudah dari apa yang digubal untuk Sekolah Seni Malaysia.
Unit Pembelajaran PSV meliputi:

Bidang
Unit Pembelajaran - Pelbagai Modul
Standard Pembelajaran yang mengandungi 4 elemen di atas serta lajur-lajur:

i. Unit Pelajaran
ii. Hasil Pembelajaran
iii. Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Perinciannya tidak dapat aku paparkan di sini kerana ianya masih di peringkat draf dan sulit.
Maaf.

Buat teman di luar sana, walau pun kita bertugas di premis yang berbeza sama ada di lapangan atau di dalam bilik, matlamatnya masih sama untuk anak bangsa.

Hands-on dan minds-on kita integrasikan untuk pemantapan ilmu.
Sepatah kata teman:

"Walau di mana kita berada,
kita tetap memandang bulan yang sama."


Beib gembira kerana dapat meluahkan idea dalam pembikinan kurikulum walau pun masih di peringkat....
...permulaan, dan akan terus berteka D
untuk menyumbangkan buah fiki R
hingga berjay A
menghasilkan kurikulum peringkat global atau yang setara F

Monday, November 2, 2009

Langkawi: Indah...Nostalgik...


Assalamualaikum / Good Day.....

Aku ke Langkawi lagi. Pulau yang sentiasa menimbulkan sensasi nostalgik bak cinta Mahsuri. Perasaan itu tercatat di sini, sini, sini.

Pemergian kali ini ialah untuk meneruskan misi menyiapkan Transformasi Kurikulum PSV tingkatan 1 yang akan digunakan pada tahun 2010. Baca sini dan sini .

Amanah yang berat, tanggungjawab yang hebat. Lantikan dan jemputan yang tidak harus dilepaskan. Bukan kerana ianya diadakan di Langkawi, shopping haven bagi sesetengah orang, tetapi kerana tahap priority yang tinggi.

Air tangan sebelum bersara tentu sahaja menjadikan kita lebih mengerti nilai hidup.

"Leave something before you leave,
and make sure that its worth it."

Frasa ciptaan sendiri sebagai motivasi diri. Teringat juga kata orang tua-tua,

"Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama."

Secara fizikal, Langkawi tidak banyak berubah. Mungkin namanya sahaja yang di telah ubahsuai. Dahulunya, gugusan 99 pulau indah ini dikenali sebagai Pulau Langkawi. Kemudian pada 15 Julai 2008, sempena Jubilee Emas pemerintahan DYMM Sultan Abdul Halim ia dinamakan sebagai Langkawi Permata Kedah.

Sebelum itu, pada 1 Jun 2007, UNESCO telah memberi status World Geopark kepada Langkawi. Tiga lokasi yang popular iaitu Machincang Cambrian Geoforest Park, Kilim Karst Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park dikenali sebagai Langkawi Geopark.

Rebranding
atau penjenamaan semula ini menjadikan Langkawi makin gah di mata dunia. Selain dari terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai dan perlumbaan Le Tour de Langkawi serta Pameran LIMA , Langkawi kini mashyur dalam pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan warisan geologi alam sekitar.

Bertuahlah seorang teman yang dapat melawat serta menikmati keindahan landskap Langkawi Geopark ini entah ke berapa kalinya. Aku bercadang untuk mengunjungi lokasi ini di lain kali kerana kesuntukan masa dan kesempitan ruang.InsyaAllah.

Kalau Langkawi gah dengan warisan geologinya, Terengganu pula terkenal dengan warisan budayanya. Baca sini dan sini untuk maklumat lebih lanjut.

LT Sultan Mahmud, KT akan bertaraf antarabangsa dalam masa terdekat

Meninggalkan KT menuju Langkawi melalui KLIA membuatkan hati sayu. KT tempat aku menjalani hidup dan mencari rezeki. Langkawi, merupakan sebahagian dari negeri Kedah, tempat tumpah darah dan tanah kelahiranku.Kedua-dua jajahan ini amat terkesan di hati.

Dalam penerbangan selama 1 jam, aku terfikirkan masa depanku. Adakah bila aku bersara nanti aku dan kembali ke tanah tumpah darahku atau kekal menetap di tanah aku mencari rezeki?

LT Antarabangsa Langkawi venue LIMA 09

Persoalan ini aku biarkan berlalu tanpa kata putus. Bak kata orang "disana menanti di sini menunggu". Di bawah langit dan di atas bumi Allah ini, aku akan berikan tumpuan yang sepenuhnya untuk memastikan aku tinggalkan yang terbaik setakat yang aku mampu walau di mana aku berada.
"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

Mesyuarat kurikulum yang akan aku hadiri nanti merupakan sesuatu yang amat besar impaknya dalam pendidikan, terutamanya PSV.
Biarlah itu menjadi tumpuan utamaku setakat ini. Berfokus.

Aku tidak sanggup untuk hadir ke mesyuarat sebagai passengger, tanpa memberikan sebarang input dalam mesyuarat atau sesi perbengkelan.
Hanya menanti waktu untuk keluar berbelanja di H.I.G atau di Idaman Suri.

Golongan ini biasanya dikenali dengan akronim C.H.O.G.M.
yang bukan bermaksud Commonwealth Heads of Government Meeting tetapi Come Holiday On Government's Money!

Sanggupkah anda menjadi golongan ini?

Beib teringin nak ke...
... Geopar K
salah satu destinas I
yang menceritakan banyak ha L
mengenai struktur geolog I
dan kejadian ala M
*Gua ke Gua...Pulau ke Pulau...air bukan lagi fobia.

Saturday, October 31, 2009

I'm Russian, Always Happy

Makarov Sergey dan Krasnov Roman, tetamu dari Russia..

Assalamualaikum / Good Day.....


Aku menerima SMS dari teman pagi tadi yang meminta aku hadir ke majlis sambutan tetamu dari luar negara di balairaya Teluk Ketapang (BRTK). Aku difahamkan tetamu ini dari Russia. Aku tidak mengharapkan mereka bertandang ke rumahku kerana mereka tidak ramai, hanya 11 orang. Mungkin ahli Homestay yang lain diberi keutamaan.

Sesampainya aku di BRTK, aku dimaklumkan bahawa dua orang warganegara Russia ini akan diserahkan kepadaku sebagai tetamu selama 2 hari 1 malam.
Aku tergamam.
Dari Russia..? Hmmm....

Setahu aku mereka adalah ahli rombongan agensi pelancongan dari Moscow. Kedatangan mereka adalah untuk meninjau peluang mengadakan pakej pelancongan dengan Homestay Teluk Ketapang (HTK).

Sambutan meriah diberikan kepada mereka mengikut tradisi Melayu siap dengan silat pulut, bunga manggar, taburan bunga rampai dan gendang silat.Terpegun mereka melihat sambutan yang begitu hebat.

Leonid Isaev, selaku ketua rombongan begitu kagum dengan layanan dan resepsi yang diberikan. Dia menyatakan terharu melihat persembahan yang menarik meraikan kedatangan mereka ke sini.

Sudah seminggu mereka di Malaysia, melawat KL, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi. Sambutan di sini amat mengujakan, katanya.

'Anak angkat' dewasa dari Moscow

Selepas ucapan aluan diadakan majlis penyerahan ahli rombongan kepada keluarga angkat.

Aku menerima Mr. Krasnov Roman dan Mr. Makarov Sergey. Kedua-duanya dari Moscow. Walaupun penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak terhad, kami cuba berhubungan dengan bahasa isyarat dan gesture. Aku yakin mereka memahami walau pun tidak sepenuhnya.

Selesai majlis, mereka dihidangkan dengan pelbagai kuih muih Melayu Terengganu serta pertunjukan kraf tradisi Terengganu. Demonstrasi lukisan batik lukis (canting), menyirat jala, melukis inai, permainan congkak, sepak raga bulat dan kraf lidi kelapa menarik perhatian mereka.

Acara kemuncak ialah upacara bersanding olok-olok yang sangat memikat ahli rombongan dari Russia ini. Apatah lagi apabila diberi peluang untuk merenjis air mawar serta dihadiahkan dengan bunga telur.

"Its nice, its beautiful", kata Ms Isaeva Svetlana, isteri Leonid yang juga General Manager sebuah syarikat pelancongan terbesar di Moscow.

Kelulusan dan persetujuan Leonid dan Isaeva akan memungkinkan HTK sebagai destinasi pelancongan bagi warga Russia ke sini.

Sambutan meriah rombongan dari negara terbesar di dunia

Kami warga HTK, berharap agar kunjungan wakil-wakil pelancongan Russia ini dapat membuka mata dan minda orang-orang Russia tentang keharmonian rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khasnya.

Roti canai dan teh tarik hidangan untuk tetamu istimewa

Roman dan Sergey yang menjadi 'anak angkat' aku terpegun dengan kemajuan dan keindahan sekitar KT.

Walaupun penguasaan BI mereka agak terhad, mereka menyatakan bahawa taraf kehidupan di sini jauh lebih baik dari di Russia.

"Teacher here rich, teacher in Russia no money", kata Roman sambil thumbs up untuk rakyat Malaysia. Aku merasa terharu dan bangga dengan kenyataan iklas Roman. Dia memberikan komen itu setelah aku maklumkan bahawa ramai jiranku adalah guru. Dia tidak sangka rumah guru sehebat yang dilihatnya.

Aku nyatakan bahawa rumahku bukanlah hebat mana berbanding dengan rumah guru lain disekitar kawasan perumahanku. Dia tersenyum.

Di Russia, bukan sahaja guru malah pegawai kerajaan Russia yang lain tidak mampu memiliki kereta apatah lagi rumah yang sehebat yang dilihatnya di sini. Aku katakan kepada Roman dan Sergey bahawa semuanya blessings from God.

Aku harap mereka faham dan terima walaupun aku sendiri tidak tahu pegangan agama mereka.

Cenderamata dan tanaman pokok sebagai kenangan

Pengalaman selama 2 hari bersama warga Russia amat berharga walaupun komunikasi agak terhad.

Pertemuan dan perkenalan yang singkat dengan tetamu dari negara bekas USSR ini memberi banyak pengajaran kepadaku. Erti kehidupan menjadi lebih bermakna. Moga kita bertambah kesyukuran bila membandingkan kehidupan di negara kita dengan negara mereka.

Susah payah kehidupan di bawah pemerintahan Russian Federation tidak diperlihatkan oleh kedua tetamu aku ini. Mereka tetap kelihatan ceria dan puas. Itu yang aku nampak. Di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.

Namun sepatah kata Roman, " I always happy".

Beib harap akan dapat lagi tetamu dari....
...negara lua R
supaya dapat menambah pengetahuan dan ilm U
mengenai kehidupan pelbagai ra S
disamping berkongsi pengalaman mani S
merai tetamu di rumah sendir I
bersama dengan ahli keluarg A

*ada seseorang happy nak pergi berkursus...moga selamat...makin cekal...dan berjaya menjadi JL!

Friday, October 30, 2009

Zahirkanlah...

dengan power tools dan toolbox

Assalamualaikum / Good Day.....

Jumaat, hujung minggu di sini. Ada kalanya sambung rehat dan santai selepas subuh. Dalam waktu yang lain, mungkin menyelesaikan sesuatu yang tertangguh di minggu sebelumnya.

Banyak juga yang 'terbengkalai' atau on hold sejak akhir-akhir ini. Kesibukan dan tumpuan kepada perkara lain menyebabkan benda yang kecil ditinggalkan. Kecil tetapi penting walaupun tidak sangat mendesak.

Teringat aku akan time management matrix yang dipelopori oleh Stephen Covey melalui bukunya “First Things First”.

Apakah yang penting dalam hidup kita? Adakah ianya diberikan perhatian, keutamaan dan masa yang sepatutnya diberikan? Berbeza dari buku pengurusan masa yang lain yang mengutarakan cara bagaimana menjadi lebih efisen, dengan kaedah singkat atau shortcut, buku First Things First menunjukkan bagaimana penggunaan masa dari sudut yang yang berlainan.

Teknik yang dipaparkan akan membantu kita mengimbangkan antara tanggungjawab personal dan profesional dengan meletakkan keutamaan dulu serta bertindak atasnya.

Proses pengurusan masa yang reka oleh Covey membantu kita untuk mengkategorikan tugas supaya kita lebih berfokus kepada apa yang penting dan bukan sekadar segera.

Pertama kita bahagikan tugas dalam kuadran:

(aku rasa elok dikekalkan dalam bahasa asal kerana ia lebih tepat. Sekurang-kurangnya kita belajar juga BI secara tidak langsung)

1. Important and Urgent (crises, deadline-driven projects)
2. Important, Not Urgent (preparation, prevention, planning, relationships)
3.Urgent, Not Important (interruptions, many pressing matters)
4. Not Urgent, Not Important (trivia, time wasters)

Kebanyakkan kita akan menghabiskan banyak dalam kuadran 1 dan 3, manakala kuadran 2 ialah di mana kualiti diutamakan.

Seperti kata Covey,"Doing more things faster is no substitute for doing the right things".

Dia juga menekankan keperluan sebenar manusia --"to live, to love, to learn, to leave a legacy"-- dan bagaimana mengimbangkan masa untuk mencapai hidup yang bermakna, bukan sekadar melaksanakan tugas dengan jayanya.

Oleh itu, bila menjalankan tugas, pastikan keutamaan dikenalpasti. Kesempatan yang ada di masa luang hujung minggu ini aku cuba selesaikan beberapa perkara kecil yang tertangguh selama ini:
1. Rail langsir di ruang tamu yang tertanggal.
2. Rak buku yang sudah 4 bulan tersadai dicelah kabinet dapur.
3. Lampu tidur bilik anak-anak yang dibeli 4 bulan lalu yang masih dalam kotak.

Ini semua memerlukan perhatian dan sekaranglah masa yang sesuai untuk menyelesaikannya. Aku bukanlah begitu mahir dalam DIY tetapi minat dan kesungguhan acap kali membolehkan aku melakukannya dengan betul. Ini pun berbantukan buku panduan dan manual.

Untuk Jumaat ini, aku berjaya laksanakan 3 tugasan di atas dengan baik. Ahli famili puas hati, aku gembira. Masa digunakan sebaiknya. Sambil bersantai tugas terlaksana.
Bagi aku, inilah satu cara menzahirkan bakat dan kemahiran yang ada, walau pun kecil.

Bak kata seorang teman:
Bertugas dan bersantai dua perkara yang berbeza. Namun kebijaksanaan mengendali mampu membuatkan keduanya berjalan seiring. Tugas tetap komited dan tidak terabai, bersantai mereda ketegangan sambil mencari erti diri..

Beib ingin memajukan diri dengan...
...pelbagai kemahiran, tanpa ha D
boleh buat segalanya sendir I
dan membeli bahan di kedai Cash and Carr Y

Tuesday, October 27, 2009

Pilihan Harus Pasti : Keputusan Cukup Kritikal

Tambatan D'Raja, KB...penanda bagi pasang surut emosi

Assalamualaikum / Good Day.....

Fax datang silih berganti hari ini. Kedua-duanya memerlukan kehadiranku. Satu di Kota Bharu (KB) dan satu lagi di Langkawi.Kedua-dua lokasi yang amat biasa diadakan mesyuarat dan bengkel. Pilihan mesti dibuat kerana tarikh yang bertindih, serentak. Keputusan agak kritikal kerana melibatkan logistik, kos dan personel. Aku mulanya kaget, kemudian reda kerana terfokus.

Jabatan mengadakan Mesyuarat/kursus Peningkatan Profesionalisme dari 1-3 November di KB. Kursus yang sentiasa diadakan hampir setiap hujung tahun. Ada kalanya klise. Namu kalau aku hadir, aku akan mencari kelainan yang ada dalam kursus tersebut manakala yang klise aku akan jadikan pengukuhan. Aku kena positif.

Siri ceramah dan perbengkelan akan memantapkan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di sekolah. Refresher course sebegini perlu agar peningkatan potensi dan kemantapan serta konsistensi pengurusan sekolah sejajar.

Ada yang ke sini...2 dalam 1...
tugas dan santai di lapangan...sangat beruntung

Undangan kedua, ke Langkawi dari 2 - 5 November. Ini dari salah satu Bahagian Kementerian. Pemetaan Transformasi Kurikulum PSV 2010. Ini yang aku dambakan. Lanjutan mesyuarat/bengkel sebelum ini.

Sangat teruja. Aku mahu tinggalkan sesuatu dalam dokumen penting pendidikan negara sebelum aku bersara. Baca sini dan sini.

Kurikulum dan Sukatan Pelajaran PSV, dua dokumen yang membantu membentuk insan. Menjadi panel think thank dalam penggubalan kurikulum baru PSV untuk Sekolah Menengah seluruh negara adalah satu penghargaan. Peluang yang jarang diperolehi. Pengalaman dan pengetahuan yang sekelumit ini mahu dikongsi dalam pembinaan kurikulum tersebut.

Kedua-duanya penting tetapi pilihan harus dibuat. Sebait kata Kenny, Remy dan Martin dalam lagu mereka, Suratan atau Kebetulan.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan

Mengapa sering terjadi

Pilihan tak menepati


Aku berharap sangat agar pilihanku tepat. Sumbangan tetap diberikan, namun prioriti perlu juga diambil kira.

Ada seorang teman yang dipelawa berulang kali untuk menyertai panel kejurulatihan tetapi kata putusnya aku tidak pasti.
Awalnya, dilema.
Dengar desas desus, terima.
Terpujuk, sentimen, accommodating, malu alah atau sudah di depan mata?
Tepuk dada, tanya hati.
Tugas lapangan dan santai....seiring, bersama.
Diri sendiri lebih mengetahui.
Moga kesejahteraan dan keselesaan ada bersama.

Aku?
Perlukah aku beristikharah?

Beib berharap tidak tersalah...
..atau sila P
dalam membuat pilihan yang seras I
berdasarkan aka L
bukan emos I
selainnya...serah kepada ALLA H

Monday, October 26, 2009

Aku...Lagu...Muzik...Ayam?

Koir KOMSTAR...a class of its own

Assalamualaikum / Good Day.....

Aku sebenarnya tidak terlibat dengan persembahan koir ini secara langsung. Aku hanya diminta untuk membantu peserta koir dari segi moral dan semangat. Aku sanggup kerana aku yakin dapat memberi sumbangan walaupun sedikit. Aku keluar menjalankan tugas dengan kebenaran. Tolong jangan salah anggap.

Muzik dan nyanyian sebenarnya ada dalam jiwaku. Sebagai seorang yang terlibat dalam seni visual, aku juga meminati seni persembahan, seni lakon, fotografi dan muzik.

sesekali petik juga gitar tua

Kehadiranku diharap sekurang-kurangnya dapat memberikan semangat kepada ahli koir untuk membuat persembahan terbaik dalam Pertandingan Koir SM dan SR Peringkat Negeri Terengganu - Lagu Sekolah dan Lagu Tema "Negeri Bersih, Rakyat Sihat" yang diadakan di Laman Budaya, Kuala Ibai, KT.

Aku: barisan belakang, 4 dari kanan

Ini mengingatkan aku kepada persembahan yang aku sertai beberapa bulan lalu iaitu, Choralsical. Persembahan yang mengujakan Menteri-Menteri Pendidikan serta delegasi dari negara-negara Commonwealth. Baca di sini, sini dan sini.

Penyertaan pasukan dari 8 buah daerah di negeri Terengganu membuktikan bahawa koir sudah mendapat tempat di hati pelajar dan pendidik.

Latihan berbulan-bulan dibawah kelolaan En. Azlan Selamat dan dibantu oleh Pn. Hjh. Noraini Muda dan Pn. Latifah Mohammad, menampakkan tahap keyakinan yang tinggi di kalangan ahli koir. Syabas kepada semua.

Sebelum ini, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan muzik dan kesenian agak kontrovesial bagi sesetengah orang. Walaupun seni nyanyian ini merupakan salah satu cara menzahirkan bakat dan mengukuhkan disiplin, ada juga orang yang berpemikiran jumud serta sempit menganggap ianya membuang masa.

Malah di tempat aku bertugas ada juga suara-suara sumbang dan tidak kurang yang mencebik bila isu muzik timbul. Bagi aku, mereka ini adalah dari golongan orang yang pertumbuhan serta perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial yang tidak seimbang. Cukuplah dengan ayat itu untuk mereka. Marilah kita kembali bercakap tentang muzik dan koir.

Koir ialah a musical ensemble of singers who perform together, samada dengan iringan muzik atau pun tidak.

Koir merupakan satu kemahiran menyanyi dalam ensemble vokal secara unison. Ahli kumpulan akan menyanyi secara berharmoni dalam lapisan suara atau vokal soprano, alto,tenor dan bass. Bacaan lanjut di sini.

Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Kesefahaman, setiakawan dan kerjasama yang utuh selain dari vokal yang mantap.

Bila bercakap tentang koir, kita sekurang-kurangnya perlu mengetahui serba sedikit mengenai muzik.

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan kita yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia seolah kosong. Muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Sesiapa juga akan memberi respons kepada muzik mengikut emosi samada ceria atau muram. Mereka akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik.

Konsep muzik yang merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi perlu difahami. Ia akan memberi keyakinan kepada kita bila bercakap tentang muzik.

Sebagai guru seni, aku juga berperanan memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan kecerdasan sebagaimana yang disarankan oleh Howard Gardner melalui Multiple Intelligences atau Kecerdasan Pelbagai terutamanya musical dan visual spartial.

menikmati persembahan koir

Kefahaman seni menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreatif. Kefahaman seni yang mendalam itu akan membantu seseorang individu untuk mencipta dan menjana perkembangan ilmu ke arah yang lebih berkesan .
(Lois Fichner-Rathus, 1994)

Walaupun kumpulan koir ini tidak menjadi juara dalam pertandingan ini, mereka telah membuktikan sesuatu. Mewakili daerah KT ke pertandingan peringkat negeri adalah pencapaian yang hebat. Mereka bukanlah kumpulan koir 'Cap Ayam', gelaran yang diberikan kepada mereka oleh orang yang buta seni dan muzik. Pada aku, orang yang melabelkan mereka itulah sebenarnya Cap Ayam!.
Apakah sebenarnya sumbangan pelabel cap ayam?

Istilah 'cap ayam' adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.

Aku telah menjalankan tugasku sebaik mungkin. Memberi sokongan moral dan motivasi kepada ahli koir. Juri menghakimi pertandingan. Keputusan terletak di tangan mereka.
Kalah menang adat pertandingan. Kalah untuk mendapatkan tempat tetapi menang dari segi moral dan komitmen.

Aku tertarik dengan kata-kata seorang teman yang menegaskan bahawa dia kini berada sebuah pulau peranginan kerana menjalankan tugas dan bukan untuk 'bercuti'. Satu pernyataan yang tulus. Aku kagum.

Selepas ini, aku akan keluar lagi. Menjalankan tugas juga. Ke Kota Bharu dan Langkawi. Aku nak jadi macam temanku itu, komited!

Beib sering teruja mendengar alunan lagu...
... berharmoni walaupun tanpa muzi K
berkumpulan atau sol O
kerana ia melibatkan kreativiti dan ekspresi dir I
terasa: nikmat dan sega R

Friday, October 23, 2009

B.I.Berkesan dan LINgua franca

'man of the moment'

Assalamualaikum / Good Day.....

Dalam dunia globalisasi hari ini, penguasaan Bahasa Inggeris (BI) yang baik memberi banyak kelebihan dan menguntungkan. Keupayaan berkomunikasi dalam lingua franca ini memberi faedah dan kesan yang hebat kepada penuturnya, seperti mendapatkan kerja, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dan juga membuka ruang yang luas serta peluang perniagaan dalam pasaran antarabangsa.

menekankan perlunya penguasaan BI

Mungkin kepada guru dan staf sokongan sekolah, kerjaya lain atau menceburi bidang perniagaan tidak relevan pada saat ini tetapi ia amat sesuai dipanjangkan kepada anak didik atau anak-anak di rumah. Walau bagaimana pun, tidak mustahil ada di antara mereka ini yang akan mengorak langkah menceburi bidang perniagaan kerjaya yang lain.

Untuk mencapai objektif ini, semua perlu berusaha dan mencari jalan untuk menguasai BI.

Para pendidik dan staf sokongan perlu ketepikan rasa malu untuk bertutur dalam BI, dan salah satu caranya ialah dengan membaca hasil penulisan serta rencana di buku, akhbar dan majalah.

sebahagian dari perserta yang tekun mendengar

Banyak membaca akan menjadikan semua lebih berani untuk bertutur dalam BI. Mereka boleh fasih berbahasa Inggeris dengan syarat kerap menuturkan bahasa itu. Program ini diharap akan membantu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penguasaan BI dikalangan semua staf.

Inilah yang aku sarankan dalam ceramah yang bertajuk The Importance of English di dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru- Guru dan Kakitangan sebuah sekolah menengah yang diadakan di Permai Inn, KT.

Ceramah selama 2 jam ini mengupas peri pentingnya berbahasa Inggeris, faedah serta kelebihan dalam dunia pendidikan, perniagaan, komunikasi serta mendapat maklumat dari ICT.

persembahan power point membantu pemahaman

Peserta kursus juga dimaklumkan beberapa isu yang membantutkan penguasaan BI di kalangan orang Melayu, seperti:
1. Vocabulary - (Perbendaharaan Kata)
2. Grammar - (Nahu/ tatabahasa)
3. Tenses - (Tatabahasa - Masa)
4. Pronunciation - (Sebutan)
5. Direct Translation - (Terjemahan)
6. Lack of Confidence - (Kurang keyakinan - Malu, Segan, Takut).

Selain dari itu mereka didedahkan dengan 4 kemahiran asas dalam penguasaan BI, iaitu:
1. Listening 2. Speaking 3. Reading 4. Writing

dan dari sumber mana mereka boleh mendapatkan kemahiran tersebut.

Pendedahan ini diharap dapat membantu serta meyakinkan peserta kursus bahawa penguasaan BI adalah sesuatu yang boleh dicapai. Keinginan serta keyakinan yang tinggi, akan membuahkan hasil.

Aku yakin ceramah yang diberikan atas dasar berkongsi ilmu, dapat membuka minda dan menjentik rasa, supaya peserta kursus berinisiatif untuk mempelajari BI.

SMS dari teman:
"Dalam meneruskan perjalanan hidup ini,
Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri,
kadang cemerlang gagal dicapai,
kadang sakit yang mendatang.
Namun, itulah yang harus dihadapi.
Lumrah kehidupan".

Beib yakin ramai yang akan dapat menguasai...
...lingua franca, bahasa glo B
yang akan meningkatkan harga dir I
*ada teman yang suka gunakan BI : watever...kiut!

Wednesday, October 21, 2009

Ini Rasuahkan... Akukan Hindari...

'Yang Arif ' untuk seketika

Assalamualaikum / Good Day.....

Jemputan dan tawaran ini sudah seminggu. Waktu itu aku masih berada di KL menghadiri mesyuarat kurikulum PSV. Aku memberi pengakuan untuk turut serta. Sudah 5 tahun aku mengikuti pertandingan pidato ini termasuk tahun lepas. Baca sini dan sini.

Usaha murni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), menganjurkan Pidato sebegini amat disanjung. Kolaborasi SPRM dan JPNT/KPM ini memberi manfaat yang besar kepada bakal mahasiswa. Bakat baru orator dapat dicungkil. Anak-anak muda remaja didedahkan dengan situasi yang mencabar dalam menyampaikan hujah dan fakta. Oratory skills dapat digilap.

Sejak beberapa tahun ini, Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah PraU BPR (SPRM) Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya mencungkil pemidato yang berbakat. Malah, tahun lalu pemidato yang mewakili Terengganu, Cheng Kin Song (SMK Sultan Ismail, Kemaman) telah berjaya menjadi juara peringkat kebangsaan yang diadakan di Johor Baharu.

Ketua Hakim tekun mendengar

Pertandingan ini merupakan satu usaha SPRM menjadikan pelajar sebagai golongan sasar untuk didekati bagi melahirkan masyarakat yang bebas daripada rasuah.

Peringkat sekolah menengah merupakan sebuah institusi pendidikan yang penting bagi membentuk dan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi dan membenci jenayah rasuah.

Ini juga merupakan salah usaha yang cuba dilaksanakan oleh SPRM dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan generasi muda dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai aspek pencegahan rasuah.

Bersama En. Ahmad Nizam (SPRM) dan Aimin - panel 'Yg. Arif"

Tajuk-tajuk pidato kali ini menarik dan bermakna. Semuanya berkaitan langsung dengan rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan akibatnya.

Tajuk pidato Bahasa Melayu:

1. Peranan Sekolah Dalam Pencegahan Rasuah.
2. Penyelesaian Rasuah Terletak Di tangan Masyarakat.
3. Rasuah Dipuja Hidup Merana.
4. Pemimpin Bersih Asas Negara Cemerlang.

Tajuk Bahasa Inggeris:

1. The Role of Schools in Combating Corruption.
2. Role of Community in Eradicating Corruption.
3. Condone Corruption Live in Misery.
4. Good Leadership is a Basis for an Excellent Nation

Seronok melihat pemidato-pemidato menggunakan masa 8 minit yang diberikan untuk menyampaikan hujah dan isi pidato masing-masing.

Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat. Ada gaya debat, public speaking dan bercerita. Penuh dengan mimik muka, intonasi suara dan pergerakan tangan.

Aku berharap agar ada di antara mereka nanti yang akan mengasah bakat dan terus menjadi pemidato yang hebat. Bukan itu sahaja, mereka juga diharap akan memperjuangkan gerakan anti-rasuah dan mengembalikan integriti serta maruah agama, bangsa dan negara.

Firman Allah Swt,
"Dan janganlah kalian memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil. Dan jangan pulalah kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 188).

Sesekali bila melihat aksi dan pidato mereka ini, aku teringat seorang teman yang hebat berhujah jika di provoke mengenai sesuatu isu. Ayat-ayatnya bernas dan menusuk. Pintasan dan bidasan membuatkan aku kelu. Kelu bukan kalah, kelu kerana tidak mahu memanjangkan isu.
Kau hebat! Aku hormat.
Kita bahas terbuka sekali....nak?
Hehehe...

Beib benci sangat-sangat orang yang makan...
... harta orang lain secara halu S
meminta suapan untuk melaksanakan sesuat U
tanpa suapan, urusan tergendal A
dasar syaitan bertopengkan manusia....sungguh biada P

* ada orang yg. amat berharap nak makan bersuap...

Saturday, October 17, 2009

...k.O.s.O.n.G...


Assalamualaikum / Good Day.....

di depanku
ada sebiji gelas yang kosong
di depanku
ada sebiji cawan yang kosong
di depanku
ada sebiji piring yang kosong
di depanku
tiada apa-apa
hanya
kekosongan


Beib terasa sangat....
...sedi H
teman selalu bersalah sangk A
mengandaikan segala maca M
seolah aku yang banyak sila P
kalau ia pun, maaf... aku juga manusia, ada ras A

Friday, October 16, 2009

Aku Lestarikan Mimpi Abadi

Assalamualaikum / Good Day.....

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya:

"Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya,
jika dia bercakap dia berdusta,
jika dia berjanji dia memungkirinya
dan
jika dia bertelingkah dia celupar."


...Nauzubillah himin zaalik...

Aku katakan yang aku tidak berjanji.
Aku hanya berhasrat.
Tapi aku tak dapat tunaikan hajat dan hasrat itu kerana musaqqah.
Adakah aku munafik?
Lantaran itu, terbit ayat " Tiada apa2 lg antara kita, lupakan ....
N".
Aku pasrah dan melihat hikmah disebaliknya.
Pedih perit ditanggung.
Yang terabadi hanyalah nostalgia.
Cita tak tergapai.
Hiatus!
Alasan kukuh untuk....
santai dan berpoya
buatlah semaumu.
Kan itu terapi?

Beib juga terkesan bila tak tercapai....
...impian kerana musaqqa H
tidak mahu salahkan diri atau sesiap A
mungkin Allah beri yang lebih bagu S
yang kita sendiri tidak seda R
hikmah di sebalik sesuatu perkar A
merupakan juga satu nikma T

Thursday, October 15, 2009

Lantas... Inilah Natijahnya - Pemetaan Transformasi Kurikulum Seni

Tugas yang hebat tetapi tanggungjawabnya berat

Assalamualaikum / Good Day.....

Selesai mesyuarat dan bengkel jam 10 pagi, aku bergegas balik ke bilik mengemas pakaian. Penerbangan balik ke KT sebenarnya ialah pada jam 7.45 malam - MH 1338.
Oleh kerana, tiada apa yang ingin aku lakukan di KL - aku sunyi dalam keriuhan- rasanya lebih baik aku dapatkan penerbangan yang lebih awal.
Bila dihubungi, MAS punya banyak tempat kosong dalam penerbangan MH 1336 jam 2.50ptg.

Aku dapatkan teksi dari Hotel ke Stesen KL Transit di Bandar Tasik Selatan untuk perjalanan ke KLIA.
Jam 12.oo aku sudah berada di pejabat MAS, KLIA menguruskan pertukaran penerbangan.

Selesai mengalas perut dengan sebiji burger, potato wedges dan milo ais, aku terus ke departure lounge gate A4. Sambil menanti waktu berlepas, aku sempat juga online dan menelefon teman untuk bertanya khabar.
Katanya: Penat. Ditinggalkan. Kesian. Dilema. Rehat @ shopping. Terapinya ada.

2.35ptg, penumpang dimaklumkan bahawa penerbangan tertunda lagi 10 minit. Kemudian, kami diarahkan bertukar pintu masuk (gate) B8. Aduh! hampir 1 km jauhnya.

Setelah 10 minit berada di gate baru, penerbangan tertunda lagi sehingga kami benar-benar berlepas pada jam 4.15 ptg.
Alhamdulillah...selamat tiba di KT jam 5.06 ptg.

lokasi yang nyaman untuk berbengkel

Bengkel yang aku hadiri membuka mata aku tentang peri pentingnya kurikulum yang relevan dan berkesan. Kurikulum ialah dokumen negara. Ianya melibatkan social engineering.
Kurikulum ialah, a specific learning program dan A curriculum collectively describes the teaching, learning, and assessment materials available for a given course of study.

Pengertian lain, A curriculum is prescriptive, and is based on a more general syllabus which merely specifies what topics must be understood and to what level to achieve a particular grade or standard.

Ini melibatkan masa depan generasi, anak bangsa kita. Kecacatan dalam penggubalan kurikulum akan membawa akibat dan natijah yang buruk kepada anak didik di masa depan.
Sesuatu yang tidak boleh diambil ringan dan enteng terutamanya ahli panel penggubal. Berat tanggungjawab dan amanahnya.

Selesai kami memurnikan HSP Seni Visual untuk Tingkatan 4 dan 5 bagi Sekolah Seni, kami diminta membantu membuat pemetaan kurikulum atau curriculum mapping bagi PSV T1 yang akan mula digunakan pada tahun 2010.

Curriculum mapping requires a cultural shift in certain schools. The curriculum needs to be perceived as a 'work-in-progress', a 'living and breathing' document, whose ultimate owners are students.
Teruja sangat aku.
Pandangan dan pendapat mengenai perubahan serta pindaan samada sedikit atau menyeluruh, tentu sahaja akan memberi impak yang besar terhadap P&P PSV.
Kami dilontarkan dengan persoalan:
i. Bagaimana mencorakkan kurikulum baru?
ii. Apakah penekanan utama?
iii. Content knowledge dan Learning Outcome - masih sama?
iv. Bagaimana dengan aktiviti dan subject matter - berbeza?

Seolah sebagai pasukan think tank kami cuba mendapatkan satu rumusan yang standard supaya transformasi kurikulum ini berkesan dan berfokus.

Beberapa faktor lain diambil kira dalam memeta kurikulum PSV ini, antaranya:
a. Pembahagian waktu - bagi 240 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang ada mata pelajaran Pendidikan Seni Musik, PSV diajar berselang minggu.
b. Mampukah sukatan pelajaran dihabiskan?.
c. Format mana yang sesuai? Lama atau diubahsuai.?
d. Rombakan atau Penambahbaikan?
e. Keperluan modul dalam membantu pengajar yang bukan option.
f. Adakah kurikulum Kesenian Sekolah Seni Malaysia dijadikan asas perubahan?
g. Kesimbangunan kurikulum Sekolah Rendah perlu diambil kira.

Persoalan ini kami cuba bincang bahaskan supaya satu resolusi dapat dibuat dengan tepat.
Kendati pun persoalan ini akan diperhalusi dalam sesi mesyuarat dan perbengkelan akan datang. InsyaALLAH.

Sebahagian dari panel

Bagi sesi kali ini kami berjaya menyelesaikan:
1. Kandungan Pemetaan dan Agihan Modul Mengikut Minggu untuk Sekolah Seni.
2. Menghalusi Unit Pembelajaran Lukisan, Seni Halus, Apresiasi dan Pengurusan Seni Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Seni.
3. Pemetaan Transformasi Kurikulum PSV Tingkatan 1.

Moga hasrat murni KPM berjaya dirangka dan dilaksanakan. Transformasi bukan sekadar nama, tetapi lebih kepada Transformation Design yang terarah kepada, a human-centered, interdisciplinary process that seeks to create desirable and sustainable changes in behavior and form – of individuals, systems and organizations – often for socially progressive ends.

Yang pasti sistem pendidikan Malaysia diharap berjaya melahirkan insan kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melalui transformasi kurikulum ini.

Beib bangga dan bertuah menjadi sebahagian dari ahli...
...panel yang bernia T
membawa perubahan kepada pelaja R
dari segi jiwa dan mind A
melalui tranformasi kurikulum pendidika N
berasa S
perubahan ala F
serata seanter O
sejaja R
dengan misi dan visi KP M
menjadikan pelajar insan muli A
selara S
dengan FPK yang menekan keseimbangan J E R I
* Terkilan... ada orang yang transform begitu cepat -ceriamajuk-