Friday, April 13, 2007

Emak

Assalamualaikum...
Hari Ahad 8 April 2007 yang lalu, dah sebulan, aku bergegas balik ke Kedah, untuk menziarahi arwah 'pak penakan' (bapa saudara) aku, Pak Teh Ali atau Hj Ali bin Hj. Jusoh. Arwah yang berumur 69 tahun telah kembali kerahmatullah pada hari Sabtu 7 April 2007, jam 7.30 petang kerana sakit tua. Innalillah hiwainna ilahiroji'un.
Perjalanan balik aku telah tergendala kerana berlaku kemalangan yang tidak diduga ke atas diriku. Namun aku tetap bersyukur kehadrat ALLAH kerana aku tidak cedera. Cuma ego aku sahaja yang tercalar. Kereta Imagoku rosak agak teruk juga dan terpaksa di'bengkel'kan di Grik. Cerita mengenai kemalangan itu akan aku huraikan dalam episod lain.
Dalam pada menziarahi arwah Pak Teh Ali, balunya Mak Teh serta sanak saudaraku yang lain, aku juga berpeluang bertemu, bermesra, bermanja dengan insan yang amat kusayangi iaitu emak aku, Hjh Embon bt Hj. Jusoh. Emak sudah berusia hampir 81 tahun, namun dia masih sihat berbanding dengan insan lain yang seusia dengannya. Alhamdulillah!
Kesempatan bersua dengan emak original amat berharga dan emosional. Emak aku layan bagai minyak yang penuh. Bersamanya mengembalikan nostalgia semasa aku masih kecil dahulu. Setelah berjauhan kerana menuntut ilmu dan berkerjaya selama lebih kurang 28 tahun, balik ke kampung sekali sekala terasa amat hiba, apatah lagi kali ini terpaksa pulang untuk 'menghantar' Pak Teh Ali, adik bongsu emak. Melihat emak kehilangan seorang demi seorang adik beradiknya membuatkan aku terasa amat perlu bersama emak.
Doaku agar mak sentiasa sihat dan berbahagia meniti usia emasnya. Sempena HARI IBU aku ingin nyatakan bahawa MAK! Kaulah RATU HATIKU. Terima kasih di atas segalanya....Kasih sayangku akan kekal sehingga akhir hayat.
Beib kata...
Setiap mala M
aku sentiasa berdo A
agar Mak dirahmati ALLAH hingga ke akhir hayat kela K

No comments: