Terlebih dahulu diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA (HRAA) kepada semua rakan blog dan pembaca budiman. Buat korban tak tahun ni?
Pagi tadi sesudah selesai mengerjakan solat sunat Aidil Adha, jemaah Surau Al Muttaqin, Gong Badak telah mengadakan majlis korban. Empat ekor lembu tumbang.
Seronok juga bersama-sama merebahkan lembu, menyembelih dan melapah serta memotong daging untuk diagih-agihkan kepada yang berhak.
Aku dilantik sebagai 'tukang tompok daging'. Tugasku ialah membahagikan daging lembu kepada tujuh bahagian. Selepas dilonggokkan, daging ditimbang dan diserahkan kepada mereka yang mengambil bahagian. Letih juga tugas ni.
Patutnya hari ini aku berada di Anak Bukit, Kedah sambut HRAA di sana, tapi oleh kerana Kak Wan turut menjalankan ibadat korban di sini maka aku akan balik kampung esok.
Ihsan: WikiMapia
Rumah Arwah Pak (Hj. Rejab bin Man)
Untuk gambar satelit yang lebih jelas sila klik sini
Itu pun bergantung kepada cuaca. Maklumat yang diterima dari kampung menyatakan air sungai Anak Bukit dan mula melimpah ke tebing.
Itu pun bergantung kepada cuaca. Maklumat yang diterima dari kampung menyatakan air sungai Anak Bukit dan mula melimpah ke tebing.
Bukan kerana hujan sangat tetapi kerana air dari hulu yang mengalir dari selatan Siam.
Aku harap bah (banjir) tak melanda sedahsyat yang terjadi pada akhir tahun 2005 atau pada tahun 1986 dulu.
Walau apa pun, aku akan balik juga kerana mak saudara aku (makcik Bashah- adik Mak) nak mengadakan kenduri kahwin anak bongsunya pada hari Sabtu 22 Disember ni.
Itulah makcik aku yang sentiasa menjengok dan mengambil berat Mak semenjak Pak meninggal dunia. Kalau tak balik raikan majlis dia, tak sedap pulak rasanya.Aku berharap perjalananku esok pagi selamat dan sejahtera.
Beib pun nak balik jengok ...
kampung dua tiga mala M
makan kenduri, jumpa saudara mar A
makan kenduri, jumpa saudara mar A
bertemu adik juga kaka K
No comments:
Post a Comment