Sunday, December 21, 2008

Langkawi: secebis ilmu

Jeti Kuah tidak seperti dulu lagi
Assalamualaikum / Good Day.....

Kami sampai di jeti Kuala Perlis jam 9.30 pagi. Feri yang membawa kami ke Kuah bertolak jam 10.15 pagi dan kami selamat menjejakkan kaki di pulau lagenda sumpahan Mahsuri jam 11.00 Walaupun dalam keadaan letih setelah 14 jam perjalanan dari KT, semuanya masih dapat mengukirkan senyuman.
Rasanya bulan Disember ini aku telah menjelajah pelbagai ceruk rantau dengan perjalanan yang memakan masa berjam-jam dan menaiki pelbagai jenis kenderaan darat, laut dan udara.
Rujuk:
Kuala Lumpur,
Sawahlunto, Indonesia
dan Anak Bukit, Kedah.

Letih tapi masih mampu tersenyum
Alhamdulillah, segalanya selamat dan berjalan mengikut perancangan.
Jadual pada hari ini agak longgar. Kami dibenarkan berehat dan menikmati keindahan pulau ini sehingga petang.
Aku sebenarnya tidak ingin sangat menceritakan tetang apa yang ada di Langkawi kerana aku percaya ramai yang sudah ke sini. Mungkin blogger-blogger lain juga ada kisah menarik mengenai perjalanan mereka ke sini. Rujuklah di sana.

Zolphin, Puad dan Riduan turut sama

Aku hanya ingin berkongsi ilmu dari ucapan perasmian oleh Ketua Sektor serta sesi interaksi pada sebelah malamnya..
Diharap secebis ilmu dan input dari Langkawi ini dapat merubah corak pemikiran kita ke arah yang lebih positif dan bermakna.
Janganlah kita terus dimakan sumpah Mahsuri yang menyebabkan minda kita turut menjadi padang jarak padang terkukur.
Meyakini dan menghayati gerak hati serta minda adalah sesuatu yang boleh merubah persepsi dan situasi.

Konsep 165:
  • Akal hati yang baik adalah berdasarkan kepada kepercayaan pada SATU Tuhan.
  • Moral yang baik berdasarkan pada 6 Rukun Iman.
  • Tindakan yang berjaya berdasarkan pada 5 Rukun Islam.
Meyakini bahawa saiz hati/jiwa itu amat penting dalam melakukan sesuatu perkara.
  • The size of your body is NOT important
  • The size of your brain is QUITE important
  • The size of your heart is THE MOST important.
Dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini, perubahan perlu dibuat dengan memastikan hati dan jiwa terkeluar dari belenggu kejumudan.
Marilah sama-sama kita menghayati agar kita boleh merubah persepsi kita terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
Semua perlu dilihat dengan mata hati yang positif dan penuh hikmah. Kesilapan kita dalam menghayati serta membuat persepsi terhadap 7 perkara ini akan merosakkan hati/jiwa dan menjerumuskan kita ke kancah pemikiran negatif. Pemikiran yang menghitam gelapkan hati nurani kita.
Lihatlah sesuatu dengan pandangan yang tulus, luhur dan mulus.
Janganlah hati dan minda kita terus dirantai dengan sifat-sifat Mazmumah.

7 Shackles of the HEART
  1. Prejudice
  2. Way of life
  3. Experience
  4. Self Interest
  5. View point
  6. Comparison
  7. Literature
Selain dari itu, marilah sama-sama kita,

Take time to:

THINK - source of power
READ - foundation of wisdom
QUIET - opportunity to seek GOD
DREAM - it is what the future is made of
PRAY - it is the greatest power on earth

Beib berharap dapat berkongsi sedikit...
pengalaman di Langkaw I
agar hati, jiwa dan minda terus ceka L
dalam mengharung cabaran pancaroba ala M
moga selepas ini minda tidak terus jumud dan kak U

6 comments:

arsaili said...

salam..suka langkawi...especially Island hopping..menarikkkkk

Anonymous said...

langkawi dah pegi..tapi pulau kat negeri sendiri pon xpenah jejak laghikk...hahaha...bile member tanya..redang camne...tergamam nak jawab!..

BEiB said...

Wkmsalam..
Yup..nice experience..
"being there" is the key word...

BEiB said...

Tuler...
kena gi at least Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau Redang...
Ten most beautiful islands in the world ialah Pulau Redang.
Ambil cuti d sekali...

azza_irah said...

sesungguh nya kunjungan sy ke langkawi baru2 ini memberi satu pengalaman dan pandangan yang baru. sesuatu di minda sy yang telah sekian lama tersemat telah mampu diubah.

moga2 kunjungan ke mana2 destinasi kali ini akan lebih membuka mata dan minda bahawa kita harus sentiasa positif walau apa situasi sekalipun..

BEiB said...

Azza
Bak kata pepatah:
Jauh perjalanan banyak pengalaman.
Mata dan minda, dua deria yang perlu digunakan secara positif bagi merubah pandangan dan tanggapan.