Assalamualaikum / Good Day.....
Aku terpaksa menarik diri dari menghadiri mesyuarat di Langkawi minggu ini kerana perlu memenuhi hasrat anak-anak untuk bercuti. Lagipun dah lama tak ke destinasi ni.
Menanti feri di jeti
Hampir 26 tahun tidak menjejakkan kaki di lokasi ini, aku terpegun dengan keindahan yang masih kekal walaupun ada perubahan yang besar dari segi infrastruktur. Kehijauan tumbuhan dan kebiruan laut amat mengujakan.
Berbaloi bersama famili mengharungi Laut China Selatan selama 1jam 20minit menaiki bot dari jeti Syahbandar, Kuala Terengganu ke destinasi ini. Perjalanan dengan bot "Sejahtera" yang didaftarkan di Kuching ini, selesa dan selamat. Cuaca yang baik serta laut yang agak tenang melancarkan perjalanan kami. Kalau dulu aku ke sana menaiki bot nelayan yang disewa dan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai, kini dengan tambang RM30.00 sehala kita boleh bersantai sambil menonton tayangan VCD di dalam bot yang berhawa dingin. Gelombang dan alunan ombak pun tak terasa, sedar-sedar dah pun sampai ke destinasi.
Inilah destinasinya. Pulau Redang, Taman Laut Malaysia yang dilindungi dan salah satu pulau paling popular di Malaysia untuk aktiviti snorkelling dan menyelam kerana banyak dan kayanya kepelbagaian terumbu karang (coral reefs) dan lain-lain hidupan marin.
Waktu cuti sekolah begini ramai pelancong dalam dan luar negara yang aku lihat berbondong-bondong ke pulau ini.
Setelah berehat, solat dan makan tengahari di Pusat Koku JPN Terengganu, kami dibawa ke satu lokasi dekat Tanjung Mak Cantik bersama jurulatih renang pada jam 3 petang untuk aktiviti
water confidence. Aktiviti ini ialah bertujuan untuk memastikan kami berupaya
membenamkan kepala dalam air, terapung secara menelentang dan meniarap di atas air dengan menggunakan jaket keselamatan, terjun ke dalam air, berenang di laut dalam dan
menggunakan snorkel dengan betulLatihan water confidence sangat membantu semasa snorkeling
Kami berlatih hampir 2 jam di dalam air. Banyak tenaga yang diperlukan untuk aktiviti ini. Betullah kata orang, berenang merupakan satu senaman yang baik untuk tubuh badan kita. Malah Nabi Muhammad SAW menuntut agar kita ajar anak-anak kita terutamanya yang lelaki untuk memanah, berenang dan menunggang kuda. Walaupun meletihkan namun, pengalaman ini amat berguna semasa snorkeling nanti.
Berbot mengelilingi pulau - island hopping
Mengelilingi pulau atau island hopping yang mengambil masa hampir 2 jam amat menarik sekali. Biar pun panas membakar kulit, namun semua di atas bot masih ceria menikmati keindahan alam.
Tempat yang tidak akan dilepaskan oleh semua pengunjung ke Pulau Redang ialah Taman Laut. Di sinilah kemahiran snorkeling dipraktikan untuk menikmati keindahan terumbu karang di dasar laut. Pelbagai spesis ikan, hidupan laut serta batu karang yang berwarna-warni dapat dilihat. Kata orang, jika ke Pulau Redang tapi tidak ke Taman Laut maka lawatan ke sini dianggap tidak sah! Memang hebat terumbu karang di sini. Malangnya aku tidak ada Nikon, Subal, Canon, Pentax atau Bonica untuk underwater photography. Yang aku ada hanya Olympus Mju400 digital, itu pun tanpa underwater housing. Maka, tidak dapatlah aku abadikan keindahan alam dasar laut Redang di sini hanya terpahat dalam kotak fikiranku sahaja.
Redang menawarkan satu pengalaman snorkeling yang selamat untuk seisi keluarga. Lautnya jernih dan tenang. Kanak-kanak, warga emas dan 'newbies' boleh melakukan snorkeling. Pakai sahaja lifejacket, mask & snorkel terus terjun ke dalam air. Memang asyik semasa berada di dalam air.
Bot biasanya tidak boleh mendarat di jeti ketika air cetek, maka terpaksalah kita turun dan mengharungi air untuk ke pantai.
Selepas 3 hari 2 malam di Redang kami pulang dengan pengalaman baru. Semasa dalam perjalanan pulang aku tertarik melihat plastik berwarna hitam yang digantung dari siling bot. Lama juga memikirkan apa kegunaannya. Kemudian aku tersedar bahawa itulah sebenarnya beg mabuk laut! Itu satu pengalaman yang aku harap tidak akan aku lalui. Keletihan membuatkan hampir semua penumpang bot tertidor. Aku juga terlelap sambil berkhayalkan tentang ikan duyung yang tidak kutemui semasa snorkeling semalam. Mungkin di lain kali kot?
Nak tau lebih lanjut tentang Redang sila ke sini
Beib gembira dapat pergi...menjalankan aktiviti lua R
mungkin lain kali boleh belajar div E
berenang dan menyelam tanpa ha D
menjelajah dasar laut melihat keindahan ciptaan Yang Maha Kuas A
sambil mengambil iktibar dan pengalama N
dari memerhati ikan, tumbuhan serta batu karan G
5 comments:
Subhanallah..cantiknya Pemandangan Pulau Redang tersebut.Entahkan bila ila & keluarga akan dapat peluang seperti cikgu sekeluarga.
Ila kena cari juga masa dan peluang untuk pergi ke PR kalau tidak rugi dok M'sia...heheh
3 hari 2 malam di pulau pasti membuatkan mad redo1 bersalin kulit... hehehe...
Lovely ambience,gr8 for sunbathing I guess as long as not to forget your sunscreen,otherwise not only tanned but sunburn:)
Thanks for your comment in my blog..Portugal was so sloppy that day, and Germany deserved to proceed.
p/s I'm not bloghopping as I used to,but definitely will try to catch up with those who visiting my blog and especially those who leave a word or two...appreciate that and enjoy your weekend/holiday..take care.
pulau redang di sama ertikan seperti maldives malaysia...
dengan adanya penyu coral nemo dan airnya sangat jernih
Post a Comment