Friday, September 18, 2009

Lebaran: Inilah Nikmat...

Rumah arwah Pak: Nostalgia berpanjangan

Assalamualaikum / Good Day.....


Tiga minggu lepas aku berseorangan balik bertemu Mak. Hajat utama ialah nak bersahur dan berbuka puasa dengan Mak. Alhamdulillah...termakbul. Baca sini dan sini.
Hari ini aku pulang lagi ke AB sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba dalam masa 2 hari lagi. Kali ini kepulanganku bersama famili. Aku berempat dari KT manakala Abang dan Qaqaq memandu dari kampus mereka di KL.

Objektif: Menyambut Lebaran bersama Mak/Tok
Destinasi: Rumah arwah Pak, di Anak Bukit.
Perjalanan yang santai, berselang seli dengan hujan , mengambil masa hampir 7 jam. Jalan yang aku tempuhi 3 minggu lepas dan beratus kali sebelum ini, mengingatkan aku kepada segala kenangan yang ada disepanjang jalan.
Melintasi beberapa pekan kecil mengembalikan nostalgia yang pelbagai.
Jerteh : keretaku pernah tersadai kerana over heating. Selamat sampai AB walupun terlewat beberapa jam.
Machang: Membeli belah kasut bundle dan menziarahi kenalan lama, Nik Rozak. Baca di sini.
Tanah Merah: Laluan TM- Machang selalu jam/macet bila musim raya dan pohon nostalgia, rimbunan kasih teduhan rindu, lokasi aku beristirehat disuatu petang.
Bukit Bunga: Membeli buah dan serba serbi buatan Siam.
Jeli/ Batu Melintang: Rehat/solat
Jalanraya Timur Barat: Kereta rosak, pancit, kemalangan. Banyak insiden sepanjang perjalanan sejak 1985.
Hentian Titiwangsa: Rehat
Hentian Perah: Rehat/ solat
Lain-lain lokasi aku jarang singgah.

Aku rasa kebanyakan lokasi di atas turut disinggahi oleh temanku yang pulang ke kampung halamannya bila ada kesempatan.
Laluan yang sama, haluan mungkin berbeza.
Ketika aku masukkan entry ini, temanku sudah pun sampai ke kampung halamannya dan telah seharian bersama Mak dan Abah. Melayani anak-anak saudara dan menziarahi Tok. Terasa kebahagiaanya.

Kami singgah di Kulim. Berbuka puasa bersama anak dan cucu saudara yang menetap di sana. Riuh rendah dan gamat bila sepupu dan anak sepupu bertemu sekali sekala.
Perjalanan ke AB diteruskan selepas Isyak dalam hujan yang mencurah-curah. Banyak kemalangan yang kami lihat di sepanjang lebuhraya Utara Selatan. Cuai dan leka.
Alhamdulillah... kami selamat sampai di rumah arwah Pak hampir tengah malam.


Rumah ini telah lama tidak berpenghuni sejak kematian Pak. Mak kini tinggal bersama kakak. Sesekali Mak akan datang bermalam bersama mana-mana cucu yang ada. Kasih Mak terhadap Pak masih tebal dan kukuh.
Mak amat rindukan rumah ini. Tidak sanggup disewakan. Kalau aku balik, Mak akan ajak aku ke rumah ini. Kami akan bersihkan dalam dan sekitar rumah. Ada kalanya kami bermalam di sini.
Di rumah inilah aku dibesarkan sehingga aku berusia 19 tahun. Bila aku melanjutkan pelajaran, aku tinggal di asrama dan rumah sewa. Pulang hanya di waktu cuti.

Catan dan karya seniku masih kekal tergantung di dinding.
Di sinilah aku akan menyambut Lebaran tahun ini. Segala nostalgia kembali terbayang.
Main mercun, bunga api.
Meriam kabaid, meriam buluh dan meriam tanah.
Masak baulu, samperit.
Mengayam ketupat.
Mengacau dodol.
Memasang pelita dan lampu kelip-kelip.
Menghampar karpet dan tikar.
Memasang langsir
Segalanya menyentuh rasa...
Gembira
Sedih
Pilu
Sebak
Terharu
saling berbaur.
Segalanya berlalu dan tak akan kembali. Hanya memori kekal dikotak fikir.
Kini, yang paling penting ialah kehadiran Mak di sisi. Kepulanganku terasa lengkap bila Mak ada. Bersama sekali lagi kami menjamah juadah berbuka puasa.

Sama-sama kami menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar Ramadan tahun depan Mak akan terus berada di sisi menikmati tamar dan rotab serta makanan untuk berbuka puasa.
Mak juga akan bersama meraikan Lebaran, dikelilingi anak dan cucu.
Inilah nikmat.
Inilah hasrat.
Kepada ALLAH jua kami berserah dan memohon moga kesihatan Mak terus terpelihara.
Berbuka puasa bersama Mak, Sony, Emi, Awisy, Izz, Abang, Adeq, Acik

Dan InsyaALLAH, aku akan kerap balik lagi. Bimbang dileteri teman yang prihatin...

Beib teruja sangat bila dapat.....
...bertemu Mak, yang merupakan salah satu seba B
aku akan berusah A
untuk pulang walaupun ada ha L
Inilah salah satu bakt I
yang boleh aku lakukan pada Ma K

2 comments:

kaklong said...

bagus lah tuh..klu tak dapat balik kerap pun,luangkan masa 5-10 minit semggu call tok..ayah ckap,golongan sebaya tok ni jiwa dia lebih sensitif..slagi ada hayat nya,knala hargainya.hidup kita hanya pinjaman..jgn sampai nanti dah terlambat,nyesal nya tak sudah..

BEiB said...

kaklong...
memang diluangkan masa untuk bertanya khabar...itu sahaja medium yang ada setakat ini. betul mereka sangat sensitif.
Sementara mereka masih ada, hargailah mereka. Syukurilah kehadiran/kewujudan mereka..
tanpa mereka siapalah kita..