Thursday, August 20, 2009

Pulang membawa kasih, sayang, cinta dan rindu..

menanti mengharap kepulangan anak lelakinya

Assalamualaikum / Good Day.....

Ramadhan kembali lagi kesekian kalinya dalam masa 2 hari lagi. Sebagaimana biasa, kesyahduan menjelma secara tiba-tiba. Entah kenapa bila sahaja disebut Ramadhan, kita jadi nostalgik.
Kali ini, sempena Ramadhan yang kebetulan bermula dalam cuti sekolah, aku bercadang untuk balik kampung beberapa hari.
Bertemu Mak.
Sudah beberapa kali niatku ini tergendala akibat komitmen yang bertali arus.
Pernah kenalan baikku menganggap aku lebih pentingkan tugas dari Mak. 'Membelasah' aku dengan ayat-ayat yang pedih dan sinis kerana mahu mengingatkan aku supaya melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak yang baik. Berulang kali dia merayu aku pulang menziarahi Mak.
Katanya, Mak tentu sahaja menantikan kepulanganku. Sudah acap kali rancanganku tertangguh. Jangan hampakan Mak.
Kini, hampir 3 bulan tidak bertemu Mak.(rujuk sini)
Gembirakanlah hatinya. Jadikanlah Ramadhan ini sesuatu yang istimewa baginya.
Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Aku akur.
Aku sendiri tahu dan amat faham bahawa aku kadang-kala alpa dan lalai. Mengutamakan tugas duniawi tanpa menghiraukan Mak.
Kali ini, walaupun ada tugas Jabatan yang terpaksa dilaksana dari 19-21 Ogos di Sutera Beach Resort, aku akan memohon keizinan pihak urusetia untuk dilepaskan.
Tidak boleh tidak.
Alhamdulillah...
Esok, awal pagi aku akan memandu bersendirian selama 7 jam semata-mata untuk menemui yang disayangi dan dirindui.
Ahli famili yang lain akan menyusul pada Hari Lebaran nanti.
Mak...aku pulang membawa kasih, sayang, cinta dan nostalgia yang akan aku agihkan sewajarnya...

Beib...
pulang berbekalkan rasa ...
... pua S
bersua dengan yang tercint A
after a long dela Y
bagi memenuhi tuntutan jiw A
setelah sekian lama menaha N
kerinduan yang selama ini ditanggun G
*Jom kita balik jumpa Mak (Abah)...

6 comments:

Syfqa H said...

tula..kakak call tok, tok breeet sal papa. hehehe.. ;P

aliadijamina said...

Salam Ramadan buat cikgu Beib seisi keluarga. Sayu jer hati bulan ramadan nih,tambah-tambah teringat semua yang tersayang...tambah-tambah teringat kenangan di Anak Bukit...
shahdunya...
Drive safely..

azza_irah said...

kasih Mak tidak memilih..adil dan saksama..
sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..
kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..
dambaan Mak bukan hanya kini..tetapi hingga ke hujung nyawa..

BEiB said...

miss pqa...
Tok breet pasal dia sayang anak dia...
Cucu dia macamana? Tak sayang Tok..?

BEiB said...

Alia...
Teghima kasih...
Salam Ramadhan juga buat Alia sefamili.
Memang kalau bulan posa teghingat sangat. Sebab tu kena ghajin-ghajin balik AB. AB dah tak macam dulu..beghubah teghuih..Kena keghap balik takut nanti tak kenai AB lagi...heheh.

BEiB said...

Azza:
Mak adalah segalanya.
Dia adalah lambang kehidupan...
Kerap-keraplah ziarah Mak.
..tapi jangan pula lupa Abah...
* sering sebak kerana mereka..?
Selamat Berpuasa.