Raya tahun ini tidaklah se sakan yang disangkakan. Bangun saja di pagi raya air paip pulak tak ada. Tak pasti samada paip bocor, terlalu ramai yang gunakan air atau catuan oleh pihak berkuasa. Tiada maklumat. Apa-apa pun aku sempat juga mandi sunat Hari Raya (HR) dan bersiap ke masjid untuk solat Aidilfitri. Isi rumah yang lain tak sempat nak mandi, air dalam kolah tak cukup. Basuh muka aja la. A dry HR..
Baju Melayu yang dipakai pada raya tahun ini pun adalah recycle 2 tahun lepas. Oleh kerana warna ni evergreen, sebenarnya warna hitam, taklah nampak lusuh atau out of date.
Teringat perihal seorang teman yang dalam keasyikan memilih aksesori pakaian di sebuah butik ternama, telah tertinggal 2 pasang baju raya kesayangannya. Di malam raya pula tu. Menggelabah backtrack ke butik tersebut. Nasib baik ada, kalau tidak...entahla. Tak sedondonlah dia dan pasangannya. Tapi orang perempuan biasanya banyak pakaian spare atau standby mereka. Tak de hal punya...
Selesai solat Aidilfitri, aku berpeluang bertemu ramai kawan-kawan lama yang pulang dari perantauan. Ada yang dah berjaya sebagai ahli korporat, konsultan, pegawai tinggi dan tidak kurang yang masih menetap di kampung menjalankan pelbagai aktiviti mencari rezeki.
Semua aku anggap berjaya dalam hidup dengan cara dan gaya masing-masing.
Balik ke rumah Mak, aku dan famili mula menziarahi sanak saudara terdekat. Emak dan bapa saudara, sepupu dan jiran berhampiran.
Cuaca yang mendung dan redup menyelesakan.
Seharian ber HR, meletihkan sebenarnya. Ketupat dan lemang kalau banyak dimakan, kata orang, boleh menyebabkan mengantuk. Aku sendiri tak pasti benar atau tidak. Tapi ini bukan kes makan banyak makanan tradisional tu, mungkin kerana banyak berjalan menziarahi kenalan dan saudara mara. Itulah sebenarnya yang meletihkan.
Aku mendapat khabar temanku yang seorang ini punya kaedah tersendiri bila balik berHR. Maklumlah jodoh setempat. Bergilir rumah, 2 hari sekali. Hari ini di rumah keluarga sendiri, lusa di rumah mertua yang jaraknya 30 minit berkereta. Silih berganti selama 8 hari merayakan HR.
Sakan dia.
Semua diziarahi. Tok, Mak dan Bapak saudara, sepupu dan hampir satu kampung.
Kalaulah aku dapat peluang macam tu, alangkah seronoknya. Tapi, aku tidak dijodohkan dengan orang se kampung macam dia. Aku terpaksa bergilir negeri yang jaraknya 7 jam perjalanan berkereta (456km sehala).
Walau apa pun, HR kali ini memberi makna yang tersendiri. Yang disayang dihubungi, yang dicintai sentiasa diingati.
Dengan cuti yang terhad, aku hanya mampu menziarahi beberapa keluarga saudara mara terdekat sahaja. Lima hari di kampung tidak cukup menziarahi semua.
Moga di HR tahun depan aku akan mampu melawat saudara mara yang lain pula.
Yang sendu dan syahdu ialah ketiadaan Pak dalam suasana menyambut Lebaran. Sudah 5 tahun Pak pergi meninggalkan kami buat selamanya. Kepada Pak, aku sedekahkan Al Fatihah dan Yaasin. Moga kau tenang di sana, setenang syahdu takbir Lebaran.
Beib sentiasa bersyukur bila menyambut Aidil...
...Fitri dengan iringan maa F
atas kesalahan dir I
yang telah dibua T
samada sengaja atau tidak seda R
moga turut diampuni Illah I
atas kesalahan dir I
yang telah dibua T
samada sengaja atau tidak seda R
moga turut diampuni Illah I
No comments:
Post a Comment