Alhamdulillah...
Selamat sampai kepangkuan Mak petang semalam. Mak tergamam menyambut kepulanganku. Mak hampir tidak percaya aku akan balik juga.
Sebagai anak yang rindukan Mak, aku tetap pulang walaupun sekejap.
Terima kasih kepada teman yang mendoakan keselamatanku disepanjang perjalanan.
Salam teman kepada Mak telah aku sampaikan dan Mak menjawab dengan senang dan tenang.
Aku perasan wajah Mak yang sayu melihat aku berada didepannya. Riak gembira terselit di antara senyuman puasnya.
Aku tahu Mak sangat berbesar hati kerana aku balik menjenguknya. Aku juga sangat teruja berjumpa Mak.
Banyak perkara yang Mak bualkan denganku seolah-olah aku masih lagi anak kecilnya seperti dahulu.
Walau apa pun tanggapannya terhadapku, aku akur aku masih lagi anak Mak. Bagaimana sekalipun layanannya kepadaku, aku terima.
Dia kan Mak aku?
Jangan dibantah atau diderhakai.
Tidak bau syurga nanti!
Aku berbaring disisi Mak seperti biasa aku lakukan.
Mak luahkan segala apa yang terlintas difikirannya.
Aku menjadi pendengar yang sangat sedia dan setia .
Aku menyerap segala cakapnya.
Aku melayan karenah, cerita, rungutan, luahan rasa dan perasaan hatinya.
Mak perlukan seseorang untuk mendengar celotehnya.
Aku sedia mendengar.
Mak bercerita sehingga nada suaranya terasa puas dan lega.
Maaf Mak, ada kalanya aku terlelap, bukan kerana bosan memasang telinga menyerap kisah-kisahmu tetapi kerana keletihan.
Mak memang hendakkan perhatianku.
Anak lelaki Mak ada.....
Aku ada untuk itu.
Semua ini mengingatkan aku pada lirik lagu Ibu (Ito - Blues Gang)
dan Lagu Untuk Seorang Ibu (M Nasir - Kembara).
Lama tidak bersua, banyak ceritera yang Mak sampaikan.
Aku terleka dengan pengkisahan dan ingatannya.
Mak memang hebat!
Sudah berjela cerita Mak.
Kita tidor dulu Mak. Kita sama-sama letih. Mental dan fizikal.
Esok kita sambung lagi.
Cerita lain.
Kisah berbeza.
Aku sedia mendengar.
Malam ini kita tidor awal.
Kalau boleh aku nak tidor di bawah ketiak Mak sebagaimana waktu kecilku dulu. Enak dan selesa.
Lagipun Mak boleh kejutkan aku awal pagi esok.
Esok pagi kita kena bangun awal sebelum subuh.
Esok dah mula puasa Ramadhan.
Mak......kita bersahur dan berpuasa bersama-sama di bulan Ramadhan tahun ini.
Tentu sahaja Mak gembira bersahur bersama-sama. Macam dulu-dulu.
Aku juga teruja, sebab itulah aku balik untuk bersama Mak.
Nak meraikan Mak sambil bertanya khabar pasal Mak.
Kita berehat dulu Mak?
Kita masuk tido...
Hari ini hari pertama kita berpuasa.
Mak kelihatan masih gagah dan sihat menjalani ibadat puasa walaupun sudah berusia 85 tahun. Aku kagum dengan kesihatan Mak.
Alhamdulillah...
Setahu aku tarikh lahir yang tercatat dalam kad pengenalan lama Mak ialah 1924. Tetapi dalam MyKad telah dicatatkan sebagai 241120-02-****.
Moga Mak sentiasa diberkati.
Seharian berpuasa Mak tidak pernah bersungut tentang letih atau penat cuma sesekali menyebut tentang sakit urat dan lengoh-lengoh. Setakat ini Mak tidak dihinggapi sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain.
Alhamdulillah...syukur.
Mungkin kerana makanan Mak yang sederhana dan pantang larang Mak yang banyak.
Dalam keadaan bongkok, Mak masih mampu bergerak ke sana sini sendiri dengan bantuan tongkat yang setia.
Mak juga bukan jenis orang yang suka menyusahsulitkan orang lain.
Mak amat berdikari.
Aku kagum.
Aku bangga menjadi anak Mak.
Banyak lagi yang aku hendak tulis tentang Mak. Biarlah setakat ini dahulu. Lain kali aku akan tulis lagi pasal Mak seperti di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini , sini dan sini.
Sebagai anak, aku akan sentiasa doakan kesejahteraan Mak.
Moga ALLAH berkati hidup Mak selamanya.
Terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini...
Bak kata seorang teman:
Sesungguhnya, kasihmu sesuci EMBUN...
dan itulah juga namamu MAK.Beib...
ingat dan sayangkan...
...insan yang bertakhta di hati, siang dan mala M
kerinduan ini mendalam sentiasa dan setiap mas A
ku berdoa agar ALLAH berikan yang terbai K
kerinduan ini mendalam sentiasa dan setiap mas A
ku berdoa agar ALLAH berikan yang terbai K
9 comments:
huu...rindu kt tok n nak puasa dgn smua kt kampong... :(
Alhamdulillah, mak BEiB diberi keafiatan dan kekuatan olehNYA untuk terus bersama anak tersayang.
Salam Ramadhan almubarak.
salam... sayu baca entry ini...
nur...
jika ada peluang...pulang.
rindu akan terubat bila dapat bersua dengan mereka, terutamanya tok..
seronok tau...hehehe...
DrSam..
Alhamdulillah...syukur...
Anugerah ALLAH kepada Mak dan kita tumpang sama...
terimaksih kerana singgah sini..
Salam Ramadhan Al Mubarak buat DrSam juga.
<< s| tED| >>
Macamana nak sebut nama ni...hehehe..
Biarlah kesayuan itu menjentik hati nurani kita agar bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih pada mak.
salam Ramadhan...
tahniah..
akhirnya segala hasrat dan impian terlaksana..
sgt puas mendengar sendiri suara Mak menyambut salam setelah sekian lama hanya sayup di corong telefon..
sangat bermakna kan lena menatap jernihnya wajah Mak yang sarat dengan perasaan rindu dan sayang..
moga kan terus berpeluang lagi di Ramadhan yang akan datang..
kasih Mak sesuci Embun..
Azza:
Terima kasih.
Setiap anak wajib menyimpan hasrat dan impian untuk bersama Mak.
Sekadar suara tidak memadai, sentuhan fizikal dan tatapan manja amat bererti dalam pertemuan kasih ini.
Ramadhan...sentiasa dinantikan.
Kasih emak sesuci Embun...sehangat Merah.
;)
moga Allah sentiasa rahmati kehidupan kita.. Amin
sayangi mereka selagi mereka ada...
Post a Comment