Solat Tarawih di masjid Alor Madi...nostalgia tahun 60 dan 70an
Assalamualaikum / Good Day.....
Masih tak puas menceritakan tentang kampung halaman yang lama ditinggalkan. Sesekali balik terasa sangat nostalgiknya. Kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Rujuk sini, sini, sini, sini dan sini.
Tiga hari berkelana di kampung sendiri membuatkan hati tenang dan tenteram. Keselesaan dikelilingi kehijauan melega dan meredakan tapi perasaan rindu pada yang disayangi tetap bergelora.
Bagaimana nak atasi?
Aku sendiri tidak tahu. Mungkin berada di sisi setiap masa akan jadi pengubatnya.
Kereta sub compact inilah yang membawa aku balik kampung. Ia sebenarnya sarat dengan rindu dan kasih sayang. Itulah penemanku selama lebih kurang 7 jam sewaktu aku memandu berseorangan sejauh 456 km. Sepanjang jalan, kenangan dan ingatan berlegar di minda.
Masih samakah?
Masih pristine kah?
Tenang dan damaikah?
Bagiku, kasih sayang yang mekar di hati dan jiwa tetap kekal walau apa pun yang terjadi. Aku mungkin dianggap tidak rapat lagi seperti dahulu. Tapi bila sudah melekat di hati, jiwa dan minda tidakkah itu buktinya ia tidak berubah dan akan terus kekal hingga ke akhir hayat?
Sungai Anak Bukit yang menyimpan beribu kenangan semasa kecilku terus mengalir tetapi lesu.
Ia mengingatkan aku tajuk novel karya Sasterawan Negara, A. Samad Said, Sungai Mengalir Lesu, yang jalan ceritanya adalah mengenai sekumpulan manusia antaranya, Mak Buruk, Dalim, Tuminah, Zainab, Topang, Basir dll. yang mengharungi pahit getir kehidupan di pinggir sebatang sungai akibat bencana perang.
Sungai yang digarapkan dalam novel tersebut sangat kotor. Sungai Anak Bukit tidak begitu, cuma airnya tidak lagi jernih, menghijau kebiruan seperti duhulu.
Teringat semasa kecil, aku mandi manda, berenang menyusuri dan menyeberangi sungai ini. Menjala, memukat, mengail (menyua) serta menyelam menangkap ikan dan udang adalah mainan aku dan kawan-kawan masa dulu.
Yang tinggal kini hanya kenangan abadi.
Sebak dan sayu memikir dan mengenangkan saat-saat indah itu.
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah yang baru dirasmikan berhadapan dengan rumah arwah Pak, diseberang sungai, kelihatan tersergam indah.
Dulunya tapak kilang padi yang dikenali sebagai Government Rice Mill (GRM). Ianya wujud sejak sebelum perang lagi. Gudang padi dan beras terbesar di negeri Kedah.
Kemudian, ia dikenali sebagai Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan di swastakan pada Januari 1996 selepas diambilalih oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Kompleks yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya di atas tapak seluas 16.1 hektar, melibatkan 2 fasa. Mempunyai 7 blok setinggi 6 tingkat dan berharga RM151 juta. Baca laporan di sini.Siapa pernah sangka satu projek kompleks sebesar dan cantik itu dibangunkan di depan rumah arwah Pak?
Sedihnya, Pak tidak sempat melihat kemajuan dan pembangunan yang tersergam di depan rumahnya.
Serenity yang tergambar memang menenang dan mengujakan. Pandangan dari bekas tapak pangkalan perahu semasa aku kecil dahulu. Disinilah aku belajar berenang, mengayuh perahu dan berakit. Mandi manda sepanjang hari hingga merah menyala biji mata.
pangkalan perahu yang meninggalkan nostalgia
Tidak akan kembali lagi segala yang sudah berlalu. Ia akan hanya dikenang dan terpahat dalam memori. Kadang-kadang kita rasa amat perit, pedih dan sakit mengimbau sesuatu yang sepatutnya kita miliki. Kemudian, kita tersedar bahawa itu bukan milik kita. Ianya berada didepan mata, tetapi tak dapat disentuh atau digapai. Lelehan airmata, waima berdarah sekali pun, tidak akan dapat merubah keadaan. Doa sebagai penenang dan pengubat rasa.
Nostalgia dan pengharapan menusuk jiwa dan raga.
Aku cuba menjadi seorang optimis. Mengharap agar masa lalu dan masakini dapat berbaur dengan harmoni.
Mustahil hanya sifat yang ada pada kita tetapi tidak pada Allah. DIA lah yang Al Wahhab, Al Muqit dan Al Mujib. (rujuk sini).
Seperti kata seorang teman baik, "...merindu sepanjang hayat.."
Beib rindukan....
Nostalgia dan pengharapan menusuk jiwa dan raga.
Aku cuba menjadi seorang optimis. Mengharap agar masa lalu dan masakini dapat berbaur dengan harmoni.
Mustahil hanya sifat yang ada pada kita tetapi tidak pada Allah. DIA lah yang Al Wahhab, Al Muqit dan Al Mujib. (rujuk sini).
Seperti kata seorang teman baik, "...merindu sepanjang hayat.."
Beib rindukan....
... kampung dan segala isiny A
mahu lihat pembangunannya seimbang dan menjadi satu hu B
mahu lihat pembangunannya seimbang dan menjadi satu hu B
2 comments:
umpama lirik lagu Samsons..
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah..
..biar di mana kita berada kita tetap menatap bulan yang sama..
walau KT dan AB beribu batu..kenangan yang terlakar indah tetap takkan luput..terus segar dan mekar.
**senyum lah jika hati dilanda resah gelisah..kerana senyuman itu kan jd penawarnya..
azza:
Terima kasih.
Indah lirik lagu tu.
Memori dalam apa jua situasi, emosi dan lokasi tetap kekal abadi dalam lubuk hati sampai mati.
Ya...di mana jua kita (Muslim) berada, tetap mengadap Kiblat yang sama.
*Senyum itu juga sedekah...
Post a Comment