Sunday, September 27, 2009

Lisan Berbisa...

Landskap di Alor Madi, Anak Bukit
-belakang rumah arwah Pak -
yang nyaman boleh menghilangkan stress.

Assalamualaikum / Good Day.....

Bila kita mempunyai masalah atau konflik dengan teman maka kita sepatutnya bertenang dan bertanya kepada diri dimana silapnya. Kebiasaannya perbalahan antara dua insan ini bermula dari mulut (kata-kata). Kita sedia maklum bahawa lidah atau mulut merupakan satu senjata yang paling tajam di dunia.
Kata pepatah "Lidah itu lebih tajam dari mata pedang" dan o
rang-orang tua pernah berkata " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

Jadi, kita perlu kawal pertuturan kita. Jangan membiasakan diri mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Kawal perasaan marah dan elakkan dari berlawan kata diantara satu sama lain. Jika berlaku berbalahan atau pertelingkahan yang biasa atau kecil (mundane), berdiam diri tanpa mengeluarkan sepatah perkataan adalah yang terbaik.

Istighfar atau Selawat ada ucapan yang mudah sebagai doa untuk mententeramkan situasi dan mengawal kesabaran supaya syaitan tidak masuk menguasai hati. Adalah lebih afdal tidak membalas hujah orang yang sedang marah pada kita. Jika mahu 'difuse' suasana, angkatlah kaki dalam diam dan keluarlah daripada tempat dimana berlaku perbalahan atau pertelingkahan itu.

Dengan berdiam diri semasa orang memarahi kita, kita sebenarnya telah menang dalam perbalahan itu. Jangan disalahtafsirkan sebagai pengecut kerana tidak berani menjawab, membalas atau membidas. Kata orang "Silence is golden". Gunapakailah kata-kata ini dalam situasi yang sewajarnya seperti ini.

pertikaman lidah ada kalanya membawa kesan positif

Sedarlah bahawa kadang-kadang apa yang dikatakan orang yang memarahi kita itu akan kena pada dirinya kembali, seperti cermin atau bak kata bidalan yang berbunyi " Mengata dulang, paku serpih. Mengata orang aku yang lebih." It reflects the mentality of the speaker.

Untuk waktu itu, jadilah seorang pendiam kerana antara manusia yang sangat merbahaya ialah orang yang pendiam. Mereka dikurniakan banyak kelebihan daripada orang yang suka bercakap atau berkata-kata. Permohonan mereka insyallah, mudah untuk perkenankan kerana
orang yang pendiam akan memohon terus kepada Allah swt.

Konsep persaudaraan perlu dalam situasi yang genting begini. Kita wajib berbalik kepada landasan Islam.

'Biduk berlalu kiambang bertaut'.
'Carik-carik bulu ayam'.
'Buang yang keruh ambil yang jernih'.
Demikianlah pepatah Melayu yang melambangkan kehalusan budi untuk memelihara hubungan persaudaraan.

Biasanya suasana tegang begini berlaku setiap kali ada perselisihan pendapat atau pandangan. Adakalanya, salah anggap atau silap faham.
Ada waktunya perkara remeh temeh diperbesarkan dan menjadi isu yang mengeruhkan suasana. Walhal puncanya kecil saja.

Prinsip yang boleh digunapakai bagi mendamaikan dua insan yang berselisih faham atau bertegang urat ada tiga langkah:

1. Kedua-dua pihak mesti menghentikan kekerasan (kena mengena) ke atas satu sama lain. Siapa yang memulakan perbalahan/kesilapan/perselisihan tidak penting, apa yang penting perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.

2. Jika satu pihak berkeras dan tidak mahukan penyelesaian, maka pihak yang mahukan damai hendaklah cuba beralah.

3. Apabila pihak yang berkeras sudah berjaya ditundukkan, maka rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.

Mudah-mudahan aku tidak terjebak dalam kancah konflik ini. Jika berlaku juga, aku harus bersabar, beralah dan mencari jalan tengah untuk menteram dan menyelesaikannya.

Buat teman, apa yang kita lalui selama ini mematangkan kita. Perselisihan hanya meletih dan memenatkan.
Kita stop... ok?
Sama-sama kita muhasabah diri dan ambil iktibar dari perbalahan itu...

Beib tahu bahana jika tidak diawasi...
... tutur kata yang boleh menimbulkan salah faha M
di antara dua insan atau ayah dan ib U
konflik akan berterusan jika gagal dikawa L
Hanya agama serta ilmu dapat membant U
menjalinkan semula siraturrahim yang era T

2 comments:

W@fA said...

SOKONG..

BEiB said...

apa yang disokong?
kosong jaaa..
hehehe....