Monday, September 28, 2009

Aku Berusaha, Tuhan Menentukan....


Assalamualaikum / Good Day.....

Sudah hampir 30 tahun aku mengajar dan inilah kali pertama aku dipantau oleh seorang Nazir.
Minggu lepas aku telah dihubungi oleh seorang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Beliau meminta aku menghantar se salinan jadual waktu melalui fax.
Aku akur.

Jam 9.30 pagi tadi aku dihubungi oleh kerani sekolah yang memaklumkan bahawa ada seseorang yang hendak menemuiku.
Ketika itu aku berada di studio seni, mengemas dan membersihkan bilik bersama beberapa orang pelajar. Berdebar juga rasanya.
Mungkinkah itu pegawai dari JNJK?.

Aku kemudian mententeramkan hati dengan memikirkan yang positif. Menghilangkan gementar dengan mengimbau pengalaman berpidato, berucap, berbahas, mengacarakan majlis, membentangkan tugasan, menjadi moderator serta menyanyi di depan khalayak.

pengacara-penghibur

Patutkah aku berdebar bila diperhatikan sepasang mata Nazir ? Sedangkan aku pernah diperhatikan oleh ratusan pasang mata dari bawah pentas.
Apakah aku perlu risau kalau aku cukup bersedia? (aku sebenarnya belum bersedia.....hehehe..)
Bila tiba di pejabat, telahanku tepat.
Kehadiran pegawai JNJK ini adalah urusan rasmi. Mungkinkah berkaitan dengan kenaikan pangkat?

Duhulu kehadiran Nazir amat tidak disenangi oleh para pendidik. Salah tanggap dan prasangka buruk kini telah diatasi. Aku rasa teruja bila pegawai dari JNJK memaklumkan ingin memantau proses P & P aku. Sekurang-kurangnya, pihak JNJK akan dapat menilai P&P ku secara profesional. Aku juga inginkan feedback dari mereka agar aku dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam mengajar serta mendidik anak-anak bangsa. Aku ingin menjadi lebih berketrampilan.

hands on

Kami berbincang secara profesional selama lebih kurang 40 minit.
Bagaimana memartabatkan PSV di sekolah?
Cara mengatasi kekurang guru PSV?
Apakah PSV tidak membantu dalam hidup seharian?
Sesungguhnya, intellectual discouse itu memberi impak yang sangat bermakna.

Jam 10.30 pg. aku diberi peluang untuk bersiap sedia untuk dipantau. Kelas yang terlibat ialah kelas yang agak tercorot.
Berpeluh juga memikirkan set induksi, kaedah dan strategi yang sesuai untuk menawan hati pelajar yang agak restless ini.
10.40 pg. pelajar masuk ke studio seni. 18 orang kesemuanya.

Selesai memberi salam dan membaca doa, P&P dijalankan. Terkejut juga aku dengan respons dan partisipasi pelajar-pelajar yang selama ini aku anggap agak 'liat' untuk berkomunikasi. Entah dari mana datangnya kesungguhan mereka untuk belajar pagi ini. Aku jadi bersemangat.

Tajuk P&P: Catan mini (10sm.x 15sm). Ia merupakan pendedahan konsep catan yang berfokus kepada ton warna.
Penerangan tentang konsep, kaedah serta tunjuk cara diberi perhatian oleh pelajar-pelajar. Aku kagum dengan perubahan sikap mereka.
Kehadiran 'pemerhati' membuatkan kelas menjadi sopan dan taat.
Selama 2 jam aku pantau, diperhati dan dinilai.

12.40 tgh. selesai sesi pemantauan. Kami kembali berbincang secara profesional mengenai apa yang telah dijalankan dalam kelas tadi.
Alhamdulillah....respons dan penilaian Nazir amat memberangsangkan.
Setelah semua fail, surat-surat panggilan serta bahan ilmiah sumbanganku yang berkaitan dengan seni dibelek dan dikumpul semula, perasaan lega dan teruja kembali dalam diriku.
4 jam bersama Nazir membuatkan aku menjadi lebih matang.

Terima kasih kepada teman yang mengucapkan "Good Luck". Walaupun jauh di sebalik bukit, namun tetap dekat dihati.
Ucapan "Selamat" serta doa, memberikan keyakinan yang tinggi kepadaku untuk membuat yang terbaik.
InsyaALLAH, harap-harap adalah rezeki.

"Kita merancang, Tuhan yang menentukan".

Beib berharap dapat mengesan kelemahan diri bila di....
...buat pencerapan P & P
dari masa ke mas A
untuk memperbaiki kekuranga N
sewaktu memberi inpu T
kepada anak bangs A
agar mereka bertambah ilm U

No comments: