Saturday, January 10, 2009

Warga Emas...

Papa nak beri hadiah apa?

Assalamualaikum / Good Day.....

Sekejap saja masa berlalu. Sudah beralih tahun lantas bertambah usia. Aku sendiri tak mau berceloteh panjang tentang sambutan hari lahir ini kerana jika panjang umur, hal yang sama akan dicoretkan pada tahun hadapan. Boring kan? Rujuk saja coretan lalu.

Hari ini, Kak Wan sudah masuk zon warga emas dan aku akan menyusul dalam masa 2 bulan 11 hari lagi.

Ni anak-anak punya kerja ler ni. Suruh posing.

Walaupun sambutan pada kali ini agar sederhana, namun ia tetap bermakna.
Acik dan Adeq seperti mana biasa kalau ada function, mesti nak raikan kat mana-mana. Kali ini hendakkan tempat yang pernah kami kunjungi sebelum ini.

Aku tak kisah, asalkan semua gembira. Dalam pada itu, teringat juga Abang dan Qaqaq yang berada di KL yang tidak dapat bersama meraikan ulangtahun Mama mereka ini. Hanya ucapan melalui sms sahaja yang dipanjangkan.

Perjalanan ke KT dalam seminggu dua ini bukan macam dulu lagi. Sibuk dan macetnya kadang-kadang melampaui KL. Gara-gara Pilihanraya kecil. Aku sendiri tak faham kenapa bila ada pilihanraya mesti begini. Bagi aku, pilihanraya ialah sesuatu yang demokratis. Apa perlu emosional?

Kebimbangan tentang kekacauan, rusuhan dan kucar kacir ada kalanya tidak berasas. Namun pihak berkuasa mungkin lebih mengetahui kedudukan sebenarnya. Dalam pada itu, aku berdoa agar keamanan serta kesejahteraan yang kami nikmati selama ini di KT akan terus terpelihara.

Oleh kerana restoran yang kami kunjungi sedia menjual kek, kami hanya menempah sejuring sebagai syarat. Makanan berat lain kami tempah sebagai pengalas perut.

Hadiah?...hmm..itu yang spoil tu.
Ingatkan tadi Adeq dah ambil sebab sebelum dia ke pusat tuisyen, dia telah siap membungkusnya. Rupanya Adeq tertinggal hadiah dalam bilik dia. Jadi, kami ke restoran tu tanpa hadiah la.
Walau bagaimanapun, hadiah tetap diberikan kemudian.
Sebagaimana biasa....ucapan HAPPY BIRTHDAY tetap diberikan bersama doa agar isteriku sentiasa sihat, selamat, sejahtera dan panjang umur di bawah lindungan ALLAH.

Balik rumah baru dapat hadiah.
Sebagai prelude, perfume dan sepasang kain Chinese Silk.
Nanti InsyaALLAH, akan sampai te yang sporty gitu.

Beib percaya kita akan menjadi lebih matang bersama ...
pengalaman dan ilm U
bertindak lebih wara S
saling faham dan mengert I
menjalani kehidupan yang lebih bahagi A

4 comments:

ILA said...

sampaikan salam pd kak wan ye...semoga umur yg bertambah , semakin murah rezeki kak wan & kluarga.

mmg cepat le masa berlalu...

azza_irah said...

tahniah..
moga sehat sejhatera tenang sentiasa..
moga sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya..

arsaili said...

salam..selamat hari lahir moga dikurniakan kesihatan yg baik dan di murah rezeki..ameen

DrSam said...

salam BEiB,

sampaikan salam dan selamat hari lahir kepada isteri tercinta. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bersama orang tersayang sokmo.