Saturday, January 3, 2009

Cekal dan Cengal

Hj. Abdullah Muda - The Master Tradisional Boat Builder of Terengganu

Assalamualaikum / Good Day.....

Orang Terengganu memang mempunyai pertalian yang rapat dengan laut. Di sini, di mana bumi semenanjung bertemu dengan Laut China Selatan, terdapat hidupan marin yang kaya. Sebab itulah Terengganu dan jirannya, Kelantan masyhur dengan perdagangan ikan sejak dari zaman dahulu kala.

Seawal kurun ke 12, pedagang-pedagang ini belayar di antara negeri-negeri pantai timur ini yang dulunya diperintah oleh Siam(Thailand).

Kini perdagangan komersial ini agak hambar setelah Selat Melaka menjadi tumpuan kerana lebih selamat, teduh dan cuaca yang boleh diramalkan.

Mengikut catatan rekod purba China, di kurun ke 11, pelabuhan Kuala Terengganu (KT) dikatakan terletak di tengah-tengah pantai timur Semenanjung Malaysia yang menjadi laluan pedangang dari China ke Asia Tenggara.

Pada kurun ke 18, KT telah dikenali sebagai pusat komersial yang mengendalikan bahan-bahan seperti lada, emas, bijih timah, kapur barus (camphor) dan gula untuk di eksport.
Kapal-kapal dari negara China dan Indochina membawa masuk sutera yang cantik untuk dieksport semula ke barat oleh pedagang China dan Barat.

Fakta sejarah inilah yang mendorong aku untuk melihat sendiri pembinaan kapal dan bot tradisi di Pulau Duyong - sebuah pulau di muara sungai Terengganu yang kini popular kerana acara pertandingan perahu layar bertaraf dunia iaitu Monsoon Cup.

Replika perahu payang

Inilah tempat untuk kita menyaksikan sendiri bagaimana kapal dan bot dibina menggunakan teknologi tradisi.

"Saya belajar pertukangan kayu dan teknik membuat bot dari ayah saya dan dia belajar dari saudara-saudaranya tuanya. Semua diajarkan pada saya melalui lisan - tidak ada pelan atau catatan bertulis. Seingat saya sudah lima generasi dibuat begini," kata Haji Abdullah Muda,7o atau lebih mesra dengan panggilan Haji Lah.

Cengal untuk Perahu Payang

Menurutnya, pengalaman penting dalam memastikan bot dapat dibina dengan jayanya berdasarkan ingatan. Semasa muda, beliau ditugaskan membina semua bahagian bot dan akhirnya menjadi pakar dalam setiap inci bot.

Perahu Payang - perahu terbesar untuk menangkap ikan di perairan Terengganu

Haji Lah menjalankan perniagaan pembinaan bot dan kapal layar yang dikenali ramai terutamanya di kalangan rakyat asing. Salah satu sebab kejayaannya ialah penggunaan kayu cengal (Neobalanocarpus heimii) dalam setiap bahagian bot buatannya kecuali enjin dan metal fittings.

Sebagaimana yang kita tahu, kayu cengal memang boleh didapati di sepanjang negeri pantai timur hingga ke Thailand. Malah, pada tahun 1999, sebatang pokok cengal yang dianggarkan berusia 1,300 tahun dengan ketinggian 65 telah dijumpai di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Rujuk sini.

Kayu ini amat sesuai untuk pembinaan kapal atau bot kerana ia mempunyai resin atau bahan awet semulajadi yang melindungi kayu dari serangan anai-anai.

Haji Lah masih ingat di tahun 80an, ramai pelanggannya terdiri dari warga Alaska, Eropah, Amerika dan Australia. Semasa itu harga kayu cengal masih murah dan mudah didapati. Kini, harganya sangat mahal dan agak sukar untuk diperolehi. Namun, tempahan masih ada walaupun tidak sebanyak dulu.

"Harga kayu sudah tiga kali ganda mahal, tapi kita masih boleh buat bot dengan harga RM1 hingga RM2 juta berbanding dengan harga yang sama yang dibuat di luar negara tetapi dalam USD!," kata Haji Lah.

Bagi pembuat bot tradisi seperti Haji Lah, yang paling dirisaukan ialah tenaga mahir untuk membuat bot. Kebanyakkan pembuat bot bergantung kepada saudara mara kerana tidak ramai yang berminat dalam perusahaan ini.

Haji Lah sendiri bergantung kepada anak lelaki serta menantu beliau bagi memastikan kelangsungan perusahaan ini.
"Walaupun ramai anak muda tidak berminat dalam bidang ini, saya yakin bahawa permintaan terhadap bot akan tetap ada dan perusahaan ini akan berterusan sampai bila-bila."

Cg. Rosli, menantu Hj. Lah yang turut membantu perusahaan mentuanya

Aku sentiasa berdoa agar Haji Lah yang peramah dan mesra ini akan terus sihat meneruskan perjuangannya membina bot yang unik ini. Bot-bot buatannya telah, sedang dan akan melayari pelusuk dunia, menempuh gelombang dan badai.
Moga Haji Lah terus cekal seperti pelayar dan gagah seperti cengal.

Bagi yang berminat bolehlah datang ke Pulau Duyong dan saksikan sendiri kehebatan kerja tangan Haji Lah dan anak-anak buahnya.

Beib kagum dengan kehebatan Hj. Lah dalam membina...
kerjaya dan tradisi yang berada B
berilmu, berhemah tanpa eg O
moga kita turut mendapat manfaa T

5 comments:

Anonymous said...

walopon sy anak terengganu, tp sy mabuk laut bila naik kapal dan juga sy xreti berenang...oh malewwnya sy!

azza_irah said...

kemajuan dan kecanggihan teknologi memang memudah, melancar dan menjimatkan masa. namun yg lama dan yang tradisional tetap juga dicari oleh org2 yang tahu, menghargai dan memandang tinggi nilai warisan budaya sendiri.

insyaallah ..dengan bot hasil usaha hj Lah yg kini sudah gagah meredah samudera.. hj Lah akan tetap cekal dan kuat semangat untuk meneruskan perjuangan beliau.

p/s-terimbas kenangan Pulau Duyung zaman 80an dan 90an..

BEiB said...

zizo...
bahaya kalau mabuk tu...sbb ianya haram...heheheh
ambik la swimming class...swimming is a good exercise..
go do it zizo..

BEiB said...

azza...
memang yg lama tetap akan disanjung kerana jika tiada yg lama maka tentu tiada yg baru/moden.
Hj Lah adalah simbol pertembungan lama dan baru..

Unknown said...

Boleh tak saya dapatkan nombor telefon? Kerana saya berminat untuk memiliki replika perahu payang.