Bersendirian kadang-kadang mengundang nostalgia. Teringat dan teringin untuk kembali ke saat-saat manis yang telah dilalui.
Kenangan di Sawahlunto sentiasa menjelma.
Yang ditinggalkan.
Yang dilalui.
Yang dialami.
Semuanya terpahat di hati.
Makan Bajamba ialah salah satu tradisi adat Minangkabau di Sumatera Barat (Sumbar) yang dilaksanakan dlam Upacara Adat, Pesta Adat dan pertemuan-pertemuan penting lain.
Majlis ini dipenuhi dengan petatah petitih oleh pemuka adat (Datuak) serta dihadiri oleh seluruh lapisan masyarakat.
Makan Bajamba adalah prosesi makan secara bersama. Secara harafiah Makan Bajamba di alam Minangkabau mengandungi makna yang sangat dalam. Prosesi atau perarakan bersama ini menzahirkan rasa kebersamaan tanpa melihat status seseorang dalam masyarakat.
Biasanya Makan Bajamba dianggotai oleh 6 orang bagi setiap jamba ( wadah/talam) yang diisi dengan pelbagai menu makanan khas Minangkabau.
Walaupun makan secara bersama, semasa persiapan tidak dibenarkan berbicara, tidak boleh nasi berserakan, tidak boleh berebut dan makan secara gelojoh.
Ketertiban harus dijaga. Kesopanan diawasi.
Di Kota Sawahlunto, Makan Bajamba sudah menjadi acara tahunan dalam rangka merayakan Hari Ulang Tahun (HUT) Kota Sawahlunto yang jatuh pada tanggal 1 Disember.
Ia telah menjadi satu ikon Kota Sawahlunto di mana seluruh lapisan masyarakat, tamu serta pelancong dalam dan luar negeri bersama-sama meraikannya. Uniknya ialah keberagaman suku yang terlibat dan dilaksanakan secara multi-culture.
Pada tahun 2006, sempena HUT Kota Sawahlunto ke 118 acara ini telah dianugerahkan rekod MURI ( Museum Rekor Dunia Indonesia) bagi kategori makan bersama terbanyak serta terpanjang.
16,123 orang, 10 nagari (Kerapatan Adat Nagari), 37 Kelurahan serta 4 Kecamatan, 65 Sekolah Dasar, 9 SLTP serta 8 SLTA terlibat secara langsung dengan mengenakan busana tradisional yang beraneka ragam dari pelbagai suku yang multi-ethnic.
Inilah yang menarik.
Masyarakat yang beragam suku etnik hidup harmonis, saling menghargai biarpun berbeza latar belakang dan suku. Semuanya bergembira meraya serta memeriahkan HUT tersebut.
Bertepatan dengan motto Kota Sawahlunto " Walaupun berbeda suku dan budaya tetapi satu dalam membangun Sawahlunto menuju Kota Wisata Tambang yang Berbudaya".
Sesungguhnya, pengalaman meraikan HUT ini amat terkesan. Apatah lagi mewakili warga Terengganu sekaligus Malaysia.
Layanan VIP yang diberikan adalah sesuatu yang takkan luput dari ingatan.
Buat anda, lawatlah Sawahlunto pada tanggal 1 Disember, ia takkan mengecewakan.
Beib terkesan dengan acara Makan Bajamba di...
bawah tenda @ khema H
sambil dilayan bagai raja dan rat U
membuatkan kami rasa kage T
sambil dilayan bagai raja dan rat U
membuatkan kami rasa kage T
2 comments:
salam cikgu beib..
terpancar kegirangan dan keriangan di setiap riak wajah..memang membahagiakan bukan bila diri dirai sebegitu rupa. terselit bangga kerana bukan sj membawa diri tetapi membawa nama negeri dan negara dalam satu pakej.
biarkan nostalgia itu hidup dlm hati ...nostalgia utk dikenang dan sebagai terapi jiwa kerana smpai bila2 takkan ada sesiapa yg dapat merampasnya dari kita..
Memang betul. Layanan hebat kerana tanggungjawab yg dibawa juga berat.
Nostalgia adalah jurnal hidup dalam minda yg kekal selagi tiada amnesia.
Yaa...xkan ada sesiapa yg dpt merampasnya...
Post a Comment