Thursday, January 29, 2009

Acik: dah ok....

kembali ceria...
Assalamualaikum / Good Day.....

Seperti yang dijanjikan, aku membawa Acik semula ke klinik tempohari. Dah 5 hari tumitnya berjahit. Sila rujuk sini.
Berdasarkan pengamatan mata kasar, lukanya nampak sudah sembuh. Jalannya pun sudah tidak hencot lagi. Dah boleh pakai kasut sekolah.

Menanti giliran dari jam 5.10 hingga 6.20 petang amat memenatkan. Bukan kerana terlalu ramai pesakit tetapi kerana keramahan doktor. Hampir setiap pesakit akan ditegur, tanya bual seolah-olah tiada pesakit lain yang menanti di luar bilik rawatan. Sikap caring dan ambil cakna (ambil berat/tahu) beliau memang dihargai, cuma kadang-kadang kasihan dengan pesakit yang lama menunggu untuk menerima rawatan.

Setelah diteliti, doktor mengesahkan bahawa luka Acik dah semakin pulih. Alhamdulillah...
Tiada kerosakan atau kecatatan pada achilles tendon atau calcaneal tendon seperti mana yang dinyatakan oleh doktor yang merawatnya hari Sabtu lepas.


Setelah berbaring di atas examination couch yang perbuat dari mild steel framework, tumit Acik diperiksa oleh doktor. Bekas dan benang jahitan jelas kelihatan. Kulit sudah bertangkup. Luka juga sudah kering dan bersih. Tiada swelling around the wound. Semua nampak kemas.

Bekas luka dicuci dengan kain gauze yang dicelup dengan antiseptic oinment. Dengan menggunakan dressing forceps, untaian tali dikepit dan digunting.

Lebihan benang jahitan dikepit dengan forceps dan dicabut. Ini dilakukan dengan berhati-hati agar bekas luka tidak tercedera dan berdarah kembali.

Benang yang digunting dicabut dan kelihatan parut luka yang telah mula sembuh. Jahitan atau stitches biasanya melibatkan luka yang sedalam lebih dari suku inci atau 0.8 cm.
Stitches membantu memegang tempat luka supaya ia bertangkup dan sembuh dengan baik. Ia biasanya dibuka selepas 3 hingga 14 hari dijahit bergantung pada bahagian mana yang luka.

Akhirnya, segalanya selesai dan Acik kembali ceria.
Luka sudah mulai sembuh. Diharap parut juga akan hilang nanti.
Alhamdulillah...

Beib berdoa agar cepat sembuh dari.....
cedera dan segala ara L
harap lebih berhati bila buka pint U
kerana kemalangan sukar diela K
oleh itu, mesti waspad A

6 comments:

azza_irah said...

salam cikgu beib..
alhamdulillah segalanya telah pulih..

kadangkala musibah/kelukaan sukar dielak. namun sekali terkena kita pastikan beringat selalu, agar kelukaan/musibah yang sama tidak berulang. belajar dari pengalaman kan..

aliadijamina said...

yeay.... dah ok... boleh ler bergerak dengan bebas...
bertuah dapat ayah yang secaring cikgu...

BEiB said...

azza
Terima kasih...
Pengalaman mematangkan kita.
Musibah ialah kafarah. Kita terima hakikat dan belajar darinya..

BEiB said...

alia...
Ya..alhamdulillah...
Terima kasih..Itu memang tanggungjawab ayah dan mesti dilaksanakan. harap-harap nanti bila ayah tua, anak-anak pula jaga ayah ibu...heheh

Ibu Alin said...

Assalamualaikum Abg Beib,

Memang menjdi harapan anak utk menjaga ayah ketika ayah memerlukan. Namun dalam keadaan abah sekarang dan juga situasi semasa, abah hanya dapat dijenguk seketika sahaja. Sedih dan terkilan hati... Hanya mengharapkan abg dan kakak berbanding diri sendiri. Huhuhu

BEiB said...

Wkmsalam....Ibu Alin,
Teghima kasih singgah mai sini. Tegejut jugak.
Walau dok tang mana, kalau takdan nak jumpa/jaga Mak dan Pak, hantaqla doa pi kat depa..
Kita kadang-kadang dok ligan hat dunia lupa Pak Mak kita.
Ada masa kita celapak balik tengok depa..
* Moga Paksu bertambah sehat dijaga oleh anak-anak (tak khigha laa sapa, asai anak-anak)