Sekali lagi aku dijemput ke Tanah Tinggi Cameron @ Cameron Highlands (CH) - dari 1 - 3 Okt. Kali ini, sebagai imbuhan kerana menjayakan Choralsical sempena Hari Guru 2009 dan CCEM.
dari kamar A21 Rossa Pasadena
Sepanjang perjalanan, tayangan video dan perbualan telefon menghilangkan kebosanan.
Kiri kanan jalan sudah hilang serinya. Banyak kawasan di sepanjang Kg. Terla, Lojing dan Tringkap berubah bentuk muka buminya. Tiada lagi kehijauan.
Gunung dan bukit digondolkan untuk dijalankan aktiviti pertanian. Karung plastik baja dan racun bertebaran di sepanjang jalan.
Yang jelas, pekerja-pekerja dari Bangladesh telah memonopoli kawasan pergunungan ini.Muka-muka orang tempatan hanya terlihat sesekali. Orang Asli masih juga ketinggalan.
Menyedihkan bila isu yang dipaparkan di sini masih berleluasa.
Aku berdoa agar pihak yang berwajib menyelesaikan isu ini dengan cepat dan berkesan agar alam yang kita huni ini tidak terjejas teruk.
Untuk malam ini, cuma ada program housekeeping sahaja. Aku berharap agar cepat tamat supaya aku boleh berehat di bilik.
Hujan sangat lebat diluar. Daripada merayau di sekitar pekan Brincang, lebih baik aku berehat dan online. Teman sudah lama menanti. Katanya rela sampai pagi.
Aku...?
Boleh aja!
Jom!
Beib rindukan suasana CH yang...
...kehijauan, bukan tumbuhannya ditebang tanpa ha D
hingga suhu naik tingg I
hilang suasana sejuk dan nyama N
Kalau dilihat alam sekelilin G
banyak kawasan telah cuc I
hingga hilang kawasan tadahaN
hingga suhu naik tingg I
hilang suasana sejuk dan nyama N
Kalau dilihat alam sekelilin G
banyak kawasan telah cuc I
hingga hilang kawasan tadahaN
No comments:
Post a Comment