Assalamualaikum / Good Day.....
Rabu lepas aku telah dihubungi oleh salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Seni Visual, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Sekali lagi tenagaku diperlukan untuk membantu menggubal kurikulum dan memurnikan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PSV bagi Sekolah Seni.
Kata orang tua-tua: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Sebagai seorang pendidik yang ingin memartabatkan PSV, tentu sahaja aku tidak mahu melepaskan peluang ini. Sekurang-kurangnya dapat menabur sedikit bakti melalui penggubalan kurikulum.
Bila aku belepas dari KT-KLIA pagi tadi, aku datang dengan penuh azam. Ingin membantu dalam transformasi kurikulum PSV khususnya.
Tempohari, bila Nazir memantau P&P aku, kami ada berbincang mengenai cara meningkat dan memartabatkan PSV. Aku rasa aku berada di landasan yang betul.
Menyumbangkan idea dalam mesyuarat ini merupakan salah satu kaedah yang amat berkesan dalam meningkatkan mutu kurikulum PSV selaras dengan keperluan semasa dan masa depan pendidikan negara.
..The curriculum is a goal or a set of values, which are activated through a development for students. The degree to which those experiences are a true representation of the envisioned goal or goals is a direct function of the effectiveness of the curriculum development efforts.
J.Wiles & J.Bondi (1989)Kurikulum mempunyai sasaran dan matlamat yang sangat jelas. Bagaimana ia dirangka dan digubal adalah berdasarkan apa yang terdapat di dalam lingkungan sekolah. Kurikulum menunjangi proses pembelajaran di sekolah.
Apa lagi yang aku inginkan? Aku kini menjadi salah seorang dari panel yang akan bertanggungjawab memeta apa yang akan dipelajari oleh murid di sekolah.
Amat besar tanggungjawab dan amanah ini. Saluran yang tepat dalam perjuangan memartabatkan PSV.
Mampukah aku?
Kata teman baik melalui smsnya:
"Dalam meneruskan perjalanan hidup ini,
Allah hadiahkan sebuah perjuangan
yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus berdiri teguh,
kadang cemerlang gagal dicapai,
kadang sakit yang mendatang...
namun itulah yang harus dihadapi....
lumrah kehidupan...
Terima kasih teman.Allah hadiahkan sebuah perjuangan
yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus berdiri teguh,
kadang cemerlang gagal dicapai,
kadang sakit yang mendatang...
namun itulah yang harus dihadapi....
lumrah kehidupan...
Kau hebat dengan ayat yang sarat dengan makna. Sokonganmu memacu kehebatan diri.
Kepada Allah jua aku memohon segalanya. Moga aku diberi hidayah untuk melaksanakan amanah yang berat ini.
Beib bangga kerana dapat berbakti untuk memperkasakan Pendidikan...
... dalam negara melalui tuga S
mempertingkatkan idealism E
kurikulum PSV kebangsaa N
dengan menganggotai panel Transformas I
mempertingkatkan idealism E
kurikulum PSV kebangsaa N
dengan menganggotai panel Transformas I
No comments:
Post a Comment