Assalamualaikum / Good Day.....
Dalam dunia globalisasi hari ini, penguasaan Bahasa Inggeris (BI) yang baik memberi banyak kelebihan dan menguntungkan. Keupayaan berkomunikasi dalam lingua franca ini memberi faedah dan kesan yang hebat kepada penuturnya, seperti mendapatkan kerja, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dan juga membuka ruang yang luas serta peluang perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
Mungkin kepada guru dan staf sokongan sekolah, kerjaya lain atau menceburi bidang perniagaan tidak relevan pada saat ini tetapi ia amat sesuai dipanjangkan kepada anak didik atau anak-anak di rumah. Walau bagaimana pun, tidak mustahil ada di antara mereka ini yang akan mengorak langkah menceburi bidang perniagaan kerjaya yang lain.
Untuk mencapai objektif ini, semua perlu berusaha dan mencari jalan untuk menguasai BI.
Para pendidik dan staf sokongan perlu ketepikan rasa malu untuk bertutur dalam BI, dan salah satu caranya ialah dengan membaca hasil penulisan serta rencana di buku, akhbar dan majalah.
Banyak membaca akan menjadikan semua lebih berani untuk bertutur dalam BI. Mereka boleh fasih berbahasa Inggeris dengan syarat kerap menuturkan bahasa itu. Program ini diharap akan membantu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penguasaan BI dikalangan semua staf.
Inilah yang aku sarankan dalam ceramah yang bertajuk The Importance of English di dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru- Guru dan Kakitangan sebuah sekolah menengah yang diadakan di Permai Inn, KT.
Ceramah selama 2 jam ini mengupas peri pentingnya berbahasa Inggeris, faedah serta kelebihan dalam dunia pendidikan, perniagaan, komunikasi serta mendapat maklumat dari ICT.
Peserta kursus juga dimaklumkan beberapa isu yang membantutkan penguasaan BI di kalangan orang Melayu, seperti:
1. Vocabulary - (Perbendaharaan Kata)
2. Grammar - (Nahu/ tatabahasa)
3. Tenses - (Tatabahasa - Masa)
4. Pronunciation - (Sebutan)
5. Direct Translation - (Terjemahan)
6. Lack of Confidence - (Kurang keyakinan - Malu, Segan, Takut).
Selain dari itu mereka didedahkan dengan 4 kemahiran asas dalam penguasaan BI, iaitu:
1. Listening 2. Speaking 3. Reading 4. Writing
dan dari sumber mana mereka boleh mendapatkan kemahiran tersebut.
Pendedahan ini diharap dapat membantu serta meyakinkan peserta kursus bahawa penguasaan BI adalah sesuatu yang boleh dicapai. Keinginan serta keyakinan yang tinggi, akan membuahkan hasil.
Aku yakin ceramah yang diberikan atas dasar berkongsi ilmu, dapat membuka minda dan menjentik rasa, supaya peserta kursus berinisiatif untuk mempelajari BI.
SMS dari teman:
"Dalam meneruskan perjalanan hidup ini,
Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri,
kadang cemerlang gagal dicapai,
kadang sakit yang mendatang.
Namun, itulah yang harus dihadapi.
Lumrah kehidupan".
Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri,
kadang cemerlang gagal dicapai,
kadang sakit yang mendatang.
Namun, itulah yang harus dihadapi.
Lumrah kehidupan".
Beib yakin ramai yang akan dapat menguasai...
...lingua franca, bahasa glo B
yang akan meningkatkan harga dir I
yang akan meningkatkan harga dir I
*ada teman yang suka gunakan BI : watever...kiut!
1 comment:
jiwa goyah menggapai angan
simpan di hati tak mampu diluah Permai bersantai cipta kenangan
anggun bergaya berseri merah..
**merah memang menyerlah..
tambah2 lagi jika sedondon..
**kadangkala tempatnya sama..cuma memory yg berbeza..pahit/manis..
Post a Comment