Monday, October 26, 2009

Aku...Lagu...Muzik...Ayam?

Koir KOMSTAR...a class of its own

Assalamualaikum / Good Day.....

Aku sebenarnya tidak terlibat dengan persembahan koir ini secara langsung. Aku hanya diminta untuk membantu peserta koir dari segi moral dan semangat. Aku sanggup kerana aku yakin dapat memberi sumbangan walaupun sedikit. Aku keluar menjalankan tugas dengan kebenaran. Tolong jangan salah anggap.

Muzik dan nyanyian sebenarnya ada dalam jiwaku. Sebagai seorang yang terlibat dalam seni visual, aku juga meminati seni persembahan, seni lakon, fotografi dan muzik.

sesekali petik juga gitar tua

Kehadiranku diharap sekurang-kurangnya dapat memberikan semangat kepada ahli koir untuk membuat persembahan terbaik dalam Pertandingan Koir SM dan SR Peringkat Negeri Terengganu - Lagu Sekolah dan Lagu Tema "Negeri Bersih, Rakyat Sihat" yang diadakan di Laman Budaya, Kuala Ibai, KT.

Aku: barisan belakang, 4 dari kanan

Ini mengingatkan aku kepada persembahan yang aku sertai beberapa bulan lalu iaitu, Choralsical. Persembahan yang mengujakan Menteri-Menteri Pendidikan serta delegasi dari negara-negara Commonwealth. Baca di sini, sini dan sini.

Penyertaan pasukan dari 8 buah daerah di negeri Terengganu membuktikan bahawa koir sudah mendapat tempat di hati pelajar dan pendidik.

Latihan berbulan-bulan dibawah kelolaan En. Azlan Selamat dan dibantu oleh Pn. Hjh. Noraini Muda dan Pn. Latifah Mohammad, menampakkan tahap keyakinan yang tinggi di kalangan ahli koir. Syabas kepada semua.

Sebelum ini, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan muzik dan kesenian agak kontrovesial bagi sesetengah orang. Walaupun seni nyanyian ini merupakan salah satu cara menzahirkan bakat dan mengukuhkan disiplin, ada juga orang yang berpemikiran jumud serta sempit menganggap ianya membuang masa.

Malah di tempat aku bertugas ada juga suara-suara sumbang dan tidak kurang yang mencebik bila isu muzik timbul. Bagi aku, mereka ini adalah dari golongan orang yang pertumbuhan serta perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial yang tidak seimbang. Cukuplah dengan ayat itu untuk mereka. Marilah kita kembali bercakap tentang muzik dan koir.

Koir ialah a musical ensemble of singers who perform together, samada dengan iringan muzik atau pun tidak.

Koir merupakan satu kemahiran menyanyi dalam ensemble vokal secara unison. Ahli kumpulan akan menyanyi secara berharmoni dalam lapisan suara atau vokal soprano, alto,tenor dan bass. Bacaan lanjut di sini.

Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Kesefahaman, setiakawan dan kerjasama yang utuh selain dari vokal yang mantap.

Bila bercakap tentang koir, kita sekurang-kurangnya perlu mengetahui serba sedikit mengenai muzik.

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan kita yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia seolah kosong. Muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Sesiapa juga akan memberi respons kepada muzik mengikut emosi samada ceria atau muram. Mereka akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik.

Konsep muzik yang merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi perlu difahami. Ia akan memberi keyakinan kepada kita bila bercakap tentang muzik.

Sebagai guru seni, aku juga berperanan memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan kecerdasan sebagaimana yang disarankan oleh Howard Gardner melalui Multiple Intelligences atau Kecerdasan Pelbagai terutamanya musical dan visual spartial.

menikmati persembahan koir

Kefahaman seni menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreatif. Kefahaman seni yang mendalam itu akan membantu seseorang individu untuk mencipta dan menjana perkembangan ilmu ke arah yang lebih berkesan .
(Lois Fichner-Rathus, 1994)

Walaupun kumpulan koir ini tidak menjadi juara dalam pertandingan ini, mereka telah membuktikan sesuatu. Mewakili daerah KT ke pertandingan peringkat negeri adalah pencapaian yang hebat. Mereka bukanlah kumpulan koir 'Cap Ayam', gelaran yang diberikan kepada mereka oleh orang yang buta seni dan muzik. Pada aku, orang yang melabelkan mereka itulah sebenarnya Cap Ayam!.
Apakah sebenarnya sumbangan pelabel cap ayam?

Istilah 'cap ayam' adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.

Aku telah menjalankan tugasku sebaik mungkin. Memberi sokongan moral dan motivasi kepada ahli koir. Juri menghakimi pertandingan. Keputusan terletak di tangan mereka.
Kalah menang adat pertandingan. Kalah untuk mendapatkan tempat tetapi menang dari segi moral dan komitmen.

Aku tertarik dengan kata-kata seorang teman yang menegaskan bahawa dia kini berada sebuah pulau peranginan kerana menjalankan tugas dan bukan untuk 'bercuti'. Satu pernyataan yang tulus. Aku kagum.

Selepas ini, aku akan keluar lagi. Menjalankan tugas juga. Ke Kota Bharu dan Langkawi. Aku nak jadi macam temanku itu, komited!

Beib sering teruja mendengar alunan lagu...
... berharmoni walaupun tanpa muzi K
berkumpulan atau sol O
kerana ia melibatkan kreativiti dan ekspresi dir I
terasa: nikmat dan sega R

4 comments:

azza_irah said...

Orang tetap akan berkata tanpa henti, namun yang sedar dan tahu bakat kita akan menghargai. sebab itulah kita pastikan dipanggil untuk menyertai itu ini atau pergi sebagai penaik semangat kerana kehadiran kita sebenarnya sangat bererti.

bertugas dan bersantai dua perkara yang berbeza. namun kebijaksanaan mengendali mampu membuatkan keduanya berjalan seiring. tugas tetap komited dan tidak terabai, bersantai mereda ketegangan sambil mencari erti diri..

LieZa said...

disebabkan kalah,2hari adik tak pergi sekolah..bersemangat walaupun ada jugak cikgu2 yang menyindir dia..

BEiB said...

Azza:
Biarlah apa yang nak dikatakan org kerana ada setengahnya itulah sahaja kebolehan/kemahiran yang dia ada. Bakatnya terserlah di situ .."MENGATA". Luncai dengan labu-labunya.

Hanya org yg bijak akan menggunakan peluang "bussiness cum pleasure".
Tugas..beres! Santai? bonus..
beruntung manusia yg dapat peluang dan manfaatkan situasi begitu.
Adakah anda antara orangnya?

BEiB said...

LieZa:
Kesian adik...
jangan biarkan semangatnya luntur...
"Kalah bukan hakiki".
Pada org yang menyindir..Itu mungkin kemahiran mereka...biarkanlah, sebab mereka sebenarnya tak tahu pun apa itu koir dan takder bakat sikit pun...
Kuatkan semangat...cuba lagi di lain kali..