Assalamualaikum / Good Day.....
Ada juga kawasan yang kotor terbiar dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa-sisa bahan binaan.
Mungkin pihak yang berwajib lebih arif tentang kesan atau impak pada alam bila hutan dan lereng bukit di tebang tarah sebegini.
Beberapa kawasan seolah-olah digondolkan tanpa perancangan yang teliti.
Sukar untuk dimengertikan.
Cameron Highlands yang aku kunjungi selama 3 hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari telah membuka mataku tentang satu lagi erti nilai kehidupan.
Sepanjang perjalanan dari KT ke Gua Musang dan terus melalui Lojing hingga ke Tanah Rata mendedahkan aku kepada nilai-nilai hidup yang kian tercabar.
Pemandangan melalui tingkap hotel
Banyak kawasan telah ditebang tarah untuk dijadikan kawasan pertanian. Terkilan juga bila melihat banyak tempat yang mengalami tanah runtuh dan hakisan.Ada juga kawasan yang kotor terbiar dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa-sisa bahan binaan.
Mungkin pihak yang berwajib lebih arif tentang kesan atau impak pada alam bila hutan dan lereng bukit di tebang tarah sebegini.
Beberapa kawasan seolah-olah digondolkan tanpa perancangan yang teliti.
Sukar untuk dimengertikan.
Buat anda yang belum pernah melintasi daerah ini, cubalah jenguk-jenguk untuk melihat kerakusan manusia mencapai matlamat memunggah imbuhan kewangan tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada alam sejadi.
Maaf, kerana foto terhad akibat masalah teknikal.
Perbalahan antara parti-parti siasah, JAS, BPR dan agensi berkaitan tidak bermakna kalau tindakan yang sewajarnya tidak diambil kerana penerima akibatnya secara langsung ialah kita semua.Sistem ekologi, saliran, cuaca, iklim, habitat, alam sekitar dan landskap terganggu dan menjadi huru-hara. Kesannya akan melangkaui zaman kita. Bencana mungkin berlarutan.
Oleh itu, satu pendekatan yang bijak patut dicari agar ianya tidak terus parah..
Beib berharap semua akan terus mencintai....
dan menghargai khazanah alam yang berharg A
tahu menilai haram hala L
tidak dimusnahkan alam semest A
yang akan mengganggu cuaca dan ikli M
tahu menilai haram hala L
tidak dimusnahkan alam semest A
yang akan mengganggu cuaca dan ikli M
4 comments:
itulah kan, rasa stress bila tengok permukaan bukit-bukau yang sepatutnya dibiarkan menghijau sudah dilitupi dengan binaan-binaan yang mencacatkan pandangan.
benar agaknya, wang menjadi punca kemusnahan alam...
sakit jiwa rasanya kan?...ingatkan nak lari dari tengok binaan, rupanya kat hutan pun ada jugookk..
wang adalah segala galanya bagi sebahagian org..
mesti ada shoot yang menarik kat sana, yang tidak menyakitkan atii
Cabai Burung
itu la idham...
kamera ada masalah teknikal...
guna HP tak berapa menjadi..
memang ada tempat menarik. Lawatan terhad,sesi perbengkelan banyak. Tak dan nak keluar shoot.
Post a Comment