Jemputan dan tawaran ini sudah seminggu. Waktu itu aku masih berada di KL menghadiri mesyuarat kurikulum PSV. Aku memberi pengakuan untuk turut serta. Sudah 5 tahun aku mengikuti pertandingan pidato ini termasuk tahun lepas. Baca sini dan sini.
Usaha murni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), menganjurkan Pidato sebegini amat disanjung. Kolaborasi SPRM dan JPNT/KPM ini memberi manfaat yang besar kepada bakal mahasiswa. Bakat baru orator dapat dicungkil. Anak-anak muda remaja didedahkan dengan situasi yang mencabar dalam menyampaikan hujah dan fakta. Oratory skills dapat digilap.
Sejak beberapa tahun ini, Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah PraU BPR (SPRM) Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya mencungkil pemidato yang berbakat. Malah, tahun lalu pemidato yang mewakili Terengganu, Cheng Kin Song (SMK Sultan Ismail, Kemaman) telah berjaya menjadi juara peringkat kebangsaan yang diadakan di Johor Baharu.
Pertandingan ini merupakan satu usaha SPRM menjadikan pelajar sebagai golongan sasar untuk didekati bagi melahirkan masyarakat yang bebas daripada rasuah.
Peringkat sekolah menengah merupakan sebuah institusi pendidikan yang penting bagi membentuk dan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi dan membenci jenayah rasuah.
Ini juga merupakan salah usaha yang cuba dilaksanakan oleh SPRM dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan generasi muda dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai aspek pencegahan rasuah.
Tajuk-tajuk pidato kali ini menarik dan bermakna. Semuanya berkaitan langsung dengan rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan akibatnya.
Tajuk pidato Bahasa Melayu:
1. Peranan Sekolah Dalam Pencegahan Rasuah.
2. Penyelesaian Rasuah Terletak Di tangan Masyarakat.
3. Rasuah Dipuja Hidup Merana.
4. Pemimpin Bersih Asas Negara Cemerlang.
Tajuk Bahasa Inggeris:
1. The Role of Schools in Combating Corruption.
2. Role of Community in Eradicating Corruption.
3. Condone Corruption Live in Misery.
4. Good Leadership is a Basis for an Excellent Nation
Seronok melihat pemidato-pemidato menggunakan masa 8 minit yang diberikan untuk menyampaikan hujah dan isi pidato masing-masing.
Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat. Ada gaya debat, public speaking dan bercerita. Penuh dengan mimik muka, intonasi suara dan pergerakan tangan.
Aku berharap agar ada di antara mereka nanti yang akan mengasah bakat dan terus menjadi pemidato yang hebat. Bukan itu sahaja, mereka juga diharap akan memperjuangkan gerakan anti-rasuah dan mengembalikan integriti serta maruah agama, bangsa dan negara.
Firman Allah Swt,
"Dan janganlah kalian memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil. Dan jangan pulalah kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 188).
Sesekali bila melihat aksi dan pidato mereka ini, aku teringat seorang teman yang hebat berhujah jika di provoke mengenai sesuatu isu. Ayat-ayatnya bernas dan menusuk. Pintasan dan bidasan membuatkan aku kelu. Kelu bukan kalah, kelu kerana tidak mahu memanjangkan isu.
Kau hebat! Aku hormat.
Kita bahas terbuka sekali....nak?
Hehehe...
Beib benci sangat-sangat orang yang makan...
... harta orang lain secara halu S
meminta suapan untuk melaksanakan sesuat U
tanpa suapan, urusan tergendal A
dasar syaitan bertopengkan manusia....sungguh biada P
meminta suapan untuk melaksanakan sesuat U
tanpa suapan, urusan tergendal A
dasar syaitan bertopengkan manusia....sungguh biada P
* ada orang yg. amat berharap nak makan bersuap...
No comments:
Post a Comment