Sekarang ini heboh pasal bukit. Orang politik tentu sahaja tak lekang menyebut tentang bukit-bukit yang terlibat.
Selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antara Bangsa pada 7 Disember 2008, kita digemparkan dengan runtuhnya kerajaan negeri Perak yang turut melibatkan Bukit Chandan.
Ini diikuti dengan situasi di Bukit Gantang , Perak dan Bukit Selambau, Kedah di mana PRK akan diadakan pada 7 April 2009.
Terbaru ialah isu Ahli Parlimen Bukit Lanjan.
Aku tak mahu komen tentang isu-isu ini. Banyak yang telah diperkata dan dibahaskan oleh ahli politik, pemerhati politik serta penulis-penulis blog.
Aku hanya tertarik dengan perhatian yang diberikan oleh semua terhadap bukit-bukit yang terlibat.
Aku berharap sangat agar kampungku, ANAK BUKIT tidak menjadi limelight yang tidak sewajarnya. Aku sayangkannya.
Biarlah Anak Bukit tetap kekal aman, santai seperti dahulu.Begitu juga dengan penduduk di bukit-bukit lain yang berselerakan di serata negara.
Moga tenang dan selesa.
Beib sentiasa ingat akan kampung halaman di .....
....mana tinggalnya ibu dan (arwah) bap A
sebuah daerah yang tenteram dan ama N
walaupun ditinggalkan sewaktu remaj A
masih terkenang zaman kanak-kana K
di mana tidak ada bebanan tanggungjawa B
bermain, mengaji, belajar bersama kawan dan sepup U
ke dusun, ke bendang, ke sungai dan ke dalam sema K
bergaul, berjiran, mematangkan dir I
tanpa mengira usia dan pangka T
sebuah daerah yang tenteram dan ama N
walaupun ditinggalkan sewaktu remaj A
masih terkenang zaman kanak-kana K
di mana tidak ada bebanan tanggungjawa B
bermain, mengaji, belajar bersama kawan dan sepup U
ke dusun, ke bendang, ke sungai dan ke dalam sema K
bergaul, berjiran, mematangkan dir I
tanpa mengira usia dan pangka T
*Seronok dan istimewa sebenarnya tinggal di bukit...
11 comments:
Bukit yang akan di tawan
salam..
*Seronok dan istimewa sebenarnya tinggal di bukit...
jika dilihat pd foto yang diambil, jelas tergambar ketenangan dan keheningan kampung cikgu. sesiapa yang memandang hati pasti kan rasa tenang dan damai...terlerai segala kekusutan ..kata orang..MASALAH pun boleh lari..
psstt..
sy pun tinggal di bukit...termasuk senarai bukit yang tenang dan selesa ke...hehee..
Bukit pun ada hati dan perasaan. Jangan main tarah sesuka hati aje... tak gitu, Beib.
lawoonya gambo senja tuh...
Tenang dan nampak cool je cikgu beib.. setenang laman bendang yang menghijau.
PakKaramu...
Terima kasih kerana singgah.
Kalah sudah tentu, menang belum tahu...
azza...
Kampung yang tenang dan hening sentiasa menggamit kita pulang.
Biar dimana kita berada jejak-jejak di tanah yang merah sentiasa akan kita kenangi.
* biar bukit mana sekali pun moga tenang dan selesa.
Opah De..
Bukit dan gunung adalah pasak bumi..umpama jantung/hati kita..
Kalau kerap ditarah..lama-lama taraaaak..
zizo..
terima kasih...
masih boleh dinikmati sehingga hari ini..
Cg Rashid...
Sdr pun apa kurangnya...cool dan steady..
"hati tenang.jiwa tenteram. penyakit jauhi"
uwaaaaaaa.........rindunyaaaaaaa,
bila nak boleh balik nih....
pi pekan ahad pun best...
Post a Comment