Friday, March 27, 2009

Kembara 4 bandaraya...

Dari kiri atas: Bangkok, Hanoi,
Vientiane,
Ho Chi Min City.
Assalamualaikum / Good Day.....

Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman.
Demi menyahut cabaran pengembaraan, aku menghadiri satu mesyuarat yang diadakan bagi mengenalpasti negara dan lokasi yang akan dilawati dalam rangka jelajah Indochina.
Mesyuarat Program Menjelajah Thailand, Laos dan China petang tadi memutuskan bahawa kami akan mengembara selama 6 hari dari 3 - 8 Jun 2009, menaiki pelbagai kenderaan menjejaki 4 buah negara dan bandaraya.
Cadangan asal ialah:
KT - Golok : van
Golok- Bangkok (Thailand): keretapi
Bangkok - Udong Thani / Nangkai : bas - 8 jam

Nangkai - Vientiane (Laos) : bas

Vientiane - Kunming (China) : bas

Kunming - Vientiane - Bangkok : bas

Bangkok - KL - KT : kapal terbang

Memandangkan perjalanan agak rumit di antara Vientiane - Kunming - Vientiane, kami mengambil keputusan untuk membatalkan sektor ini.
Ahli rombongan yang seramai lebih kurang 15 orang telah bersepakat untuk memilih option ketiga iaitu:

KT- LCCT- Ho Chi Min City (Vietnam)
HCMC - Hanoi
Hanoi - Vientiane (Laos)
Vientiane - Bangkok
Bangkok - Pulau Pinang
Pulau Pinang - KT


Perancangan logistik mula dan sedang diatur. Fakta dan data mula dikumpulkan.
Persediaan taktikal dan teknikal berjalan lancar dengan kerjasama berbagai agensi yang terlibat secara langsung.
Ahli rombongan yang datang dari pelbagai sektor/agensi kerajaan dan swasta menggembeleng tenaga serta fikiran bagi menjayakan ekspedisi ini.
Aku amat berharap agar pengalaman yang akan aku kutip nanti mampu menjadikan aku seorang manusia yang lebih tabah, prihatin, insaf serta bersyukur.
Perincian perjalanan akan diperhalusi dalam mesyuarat akan datang.
Sehingga itu, rasa teruja akan tetap kekal menantikan perkembangan selanjutnya.

Beib teringin merasakan kaki terjejak di ke empat-empat.....
bandaraya negara ASEA N
Bangkok, Ho Chi Min City, Hanoi, Vientian E
menikmati kehebatan masing-masin G
sambil menimba pengalaman dan menyaksikan buday A
menjadikan aku bertambah seda R
tanah air sebenarnya lebih seles A

Monday, March 23, 2009

Hajat

Aku dengan sejuta hajat...
Assalamualaikum / Good Day.....

Seperti insan lain, aku juga memang berhajat akan sesuatu. Kadang-kadang tercapai, adakalanya tidak.
Perancangan kita kemas, teratur dan tuntas namun kuasa dan iradat Allah melebihi segala sesuatu. Allah Al-Bari'.
Kemungkinan-kemungkinan di sepanjang kehidupan kita adalah sesuatu yang di luar jangka.
Rezeki masing-masing berbeza. Allah Ar-Razzaq.
Qada dan qadar tidak boleh disanggah.
Sebagaimana dengan penemuan dan pertemuan.
Tidak perasan?
Tidak beri perhatian?
Tetapi bila ianya berlaku, adakah ianya suratan atau kebetulan? Allah Al-'Alim. Maha Mengetahui.
Sesungguhnya, apa jua yang diberi, dipertemukan atau direzekikan olehNya, biar pun lewat, ia adalah yang terbaik buat kita dariNya.
Hakikat yang kita mesti terima biar pun pahit, pedih dan sakit.
Dalam rasa irihati (jealous) kita perlu bersyukur kerana itu juga dari Allah.
Irihati kerana terlalu kasih dan sayang bukan kerana dengki, dendam kesumat.
Moga sifat Mazmummah terhindar dari diri dan kekal sifat Mahmudah dalam jiwa Mutmainnah

Selesai mengerjakan solat hajat pembukaan kedai barangan pengantin dan sewaan alat kenduri anak saudara di Paloh Sungai Kiat, KT

Salah satu perkara atau kaedah yang boleh kita lakukan ialah dengan memohon kepadaNya melalui solat dan doa.
Bagi memastikan hajat kita dimakbulkan ianya perlu dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk.
Ini adalah salah satu kaedah yang ingin aku kongsi bersama. Moga bermanfaat pada kita semua.
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan atau untuk memperkuat cita-cita seseorang atau sekelompok orang.
Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah.
Solat hajat boleh dikerjakan siang maupun malam hari. Malam hari, waktu tengah malam, suasana lebih berkesan, lebih khusyuk, sunyi dari segala hingar bingar kehidupan. Ia boleh juga dikerjakan pada siang hari, istimewa bagi seseorang yang memang sedang memerlukan bantuan.

Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih sehingga ada yang melakukan sebanyak 12 rakaat.

Ini contoh Solat Sunat Hajat 2 rakaat.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

  1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
  2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
  3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Moga ianya menjadi amalanku dan kalian dalam menggapai hajat dalam hidup samada menghadapi pelbagai ujian atau naik rumah baru, memohon kebahagiaan atau diringankan beban.
Sesungguhnya, tiada yang mustahil bagi Allah.
Tawakal ialah hak kita dariNya.

Beib masih lagi menyimpan pelbagai....

.....impian dan hasrat yang belum musna H
berharap agar ia menjadi nyat A
berkat doa dan solat yang menjadi ta J
dalam amalan kepadaNy A
sambil bertawakkal penuh dipenuhi hasra T

Sunday, March 22, 2009

Rimbunan Kasih,Teduhan Rindu

Assalamualaikum / Good Day.....

Melintasi satu daerah yang rimbun dan nyaman dalam perjalanan pulang ke KT membuatkan aku rasa nostalgik. Lokasi yang pernah aku singgah ini, terasa begitu comfy dan cozy. Tenang dan hening.
Di sini, aku pernah beristirehat sambil menikmati haruman aroma serta kesegaran helaan nafas di suatu petang yang dingin.
Ianya meruntun kalbu dan jiwaku.
Rimbunan hijau dan segar umpama rimbunan kasih sayang yang bertaut dan terjalin di sepanjang jalan kenangan.
Teduhan ini, teduhan rindu.
Teduhan ini, teduhan syahdu.
Kenangan bernaung dibawah teduhan ini membuatkan aku sering merasa rindu dan sayu.
Yang pasti, aku akan melintasinya selagi ada kudrat untuk balik ke kampung.

Beib teruja dapat berteduh di pohon yang ....
.....hijau dan sega R
mencari erti dir I
melihat ke dala M
mengenalpasti punca, mencari seba B
melerai rasa, merungkai rind U
jadi memori sepanjang zama N

Saturday, March 21, 2009

AB-KT: Perjalanan penuh kenangan

Mak yang selalu dirindui.
Mak yang meruntun hati.
Mak yang tiada galang ganti.

Assalamualaikum / Good Day.....

Meninggalkan AB menuju KT adalah sesuatu yang amat berat di hati. Empat malam bersama mak, seolah-olah sekelip mata. Memang benar kata orang, "sesuatu yang indah nikmat itu sering berlalu dengan pantas". Terlalu singkat masanya. Keasyikan membuatkan masa mencemburui kita.
Episod-episod indah sepanjang perjalanan yang dilalui membuatkan minda terkenang dan hati teruja.
Pertemuan dengan yang disayangi amat menyenangkan.

Kesempatan untuk ke pusara Pak tak pernah dilepaskan. Surah Yaasin dan doa tahlil dipanjangkan untuknya.Pusara kaku yang diharumi bunga kemboja akan dikunjungi setiap kali aku balik kampung seperti diwaktu ini dan ini
Pak...moga kau dirahmati ALLAH dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan di Syurga Al Jannah.
Paksu Razak, sepupu arwah Pak, adalah antara insan yang sempat aku kunjungi. Bertanya khabar, berkongsi cerita. Dalam keuzuran ada senyuman yang membahagiakan. Setelah ditimpa stroke pada 12 Januari 2009 (rujuk sini), Paksu hampir tak kenal aku.
Pertemuan pada petang Khamis 19 Mac mengingatkan kembali kali terakhir aku mengunjungi beliau pada akhir Disember 2008. Hampir 3 bulan yang lalu. Waktu itu, beliau masih gagah bagi usianya yang mencecah 80'an dan ingatannya masih lagi kuat.
Dipertemuan itu, cerita-cerita mengenai arwah Pak disebutnya. Keakraban mereka bagaikan adik beradik. Malah rupa paras mereka juga seiras. Merenung Paksu mengingatkan aku pada arwah Pak.
Sebak rasanya.
Moga Paksu bertambah sihat dan diberkati sentiasa bersama Maksu Bedah.

Sudah lama tak ketemu sepupu yang ini. Kali terakhir aku berjumpa dia ialah bila aku pulang, juga berseorangan, menziarahi arwah ayahnya, Hj. Ali bin Jusoh yang kembali ke rahmatullah pada 7 April 2007. Sedikit entrynya di sini.
Azizan (Zan- panggilan kami), guru di sebuah SM di Alor Setar adalah seorang penggemar bonsai. Sudah lama aku inginkan bonsai rekaannya, namun tak berkesempatan. Kali ini aku harus memiliki sekurangnya se pohon.Banyak yang telah dibeli oleh penggemar bonsai sekitar Kedah.
Pertemuan disuatu malam dirumahnya mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak dahulu.
Zan kini tidak lagi cergas seperti zaman remaja dahulu. Pembedahan jantung membataskan pergerakkannya.
Terkejut aku bila dimaklumkan mengenai masalah kesihatannya. Doaku agar sepupuku yang ini bertambah sihat dan cekal menjalani kehidupan seharian.
Berbonsailah lagi.
Ia adalah satu bentuk terapi kesihatan yang baik bagimu. Tenang dan terapiutik.
Aku akan kembali lagi untuk membawa pulang rekaanmu ke KT.
Bak kata Arnold Schwarzenegger dalam filem thriller sains fiksyen, The Terminator, 1984.....
"I'll be back"

Beib rasa teruja bila balik.....
....sesekali berjumpa Ma K
dapat lepaskan rindu di jiw A
yang selama ini terpenda M
kerana biasanya Mak menghara P
sentiasa menungg U
kepulangan dan kehadira N
anak lelakinya yang sulun G

21 Mac sejuta makna...ribuan memori...ratusan emosi...satu hati...

Assalamualaikum / Good Day.....
Orang sering menceritakan tentang sambutan ulang tahun hari lahir mereka, mengenai kek, hadiah,ucapan, keraian dan berbagai.
Cerita mengenai sambutan ulang tahun hari lahir sebenarnya menjadi rutin setiap tahun. Kadang-kadang klise.
Aku tidak mahu masukkan entry yang berjela dan mungkin hampir sama dengan tahun lepas yang boleh dibaca di sini .
Kali ini sambutan ulangtahun agak berbeza. Maklumlah bilangan tahun makin meningkat.
Sudah setengah abad.
Cukuplah menggambarkan sambutan simple yang sering aku rai dan diraikan.
Menceritakan mengenainya dengan penuh elaborasi kadang-kadang membuatkan kita sendiri jadi segan.
Lantaran itu, aku hanya mahu foto-foto ini menceritakannya dalam bentuk visual.
Yang paling penting bagiku ialah intipati sambutan bersama yang disayangi.
Hadiah yang terkesan ialah yang berbentuk perasaan dan emosi walaupun hanya sedetik di hati kerana ianya terlekat dan tersemat dalam kalbu hingga akhir hayat.
Perjalanan hidup ini umpama melalui lebuhraya yang berbagai kondisi.
Penuh dengan kenangan.
Kaya dengan ekspresi.
Padat dengan emosi.
Sendat dengan nostalgia.
Aku mau mengingatinya hingga akhir hayat nanti.
Biarkanlah foto-foto menceritakannya.

sambutan ala kadar tapi impak yang sangat besar

Beib bersyukur kerana dilanjutkan usia untuk menyambut ulang tahun hari...
bahagia sebelum tiba aja L
moga direstui ALLAH sentias A
dapat menyambut hari sejara H
dengan yang disayang I
dan segala musibah dapat dihinda R

Tuesday, March 17, 2009

Temu Muka...Tengok Mak yang disayangi...

TM - Tersenyum Mak selepas 3 bulan berpisah

Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi ini aku terlibat dengan PTK, bukan Pantai Teluk Ketapang tapi Penilaian Tahap Kecekapan.
Maklumatnya boleh dirujuk di sini. Tahun lepas pun terlibat juga, tapi dalam situasi yang berbeza. Rujuk di sini.
Tak payah lah bercerita panjang tentangnya.
Yang penting, petangnya aku berangkat pulang ke Anak Bukit. Kali ini berseorangan dengan ditemani 'te'. Semata-mata untuk TM.
Teruja juga bila dapat bergandingan dengannya. Maklumlah pertama kali.Perjalanan selama lebih kurang 7 jam tentu saja meletihkan. Walaupun memandu berseorangan, tidak akan membuatkan aku tertekan.
Sambil mendengar muzik dari Sinar FM yang menyiarkan lagu-lagu nostalgik seperti Sepanjang Jalan Kenangan, Suratan atau Kebetulan, Dara Pujaan dan koleksi Breory membuatkan perjalananku santai dan tenang.
Dari rumah melintasi Kubang Badak, Wakaf Tengah, Batu Rakit, Merang, Bari/Rhu Sepuluh, Saujana, Permaisuri, Jerteh dan menyelekoh di Wakaf Lichong menghala ke Machang, by pass Tanah Merah, Bukit Bunga, Jeli, Batu Melintang, memasuki Jalanraya Timur Barat sehingga ke Sungai Rui, Grik,Perak melintasi Kupang, Baling, Kuala Ketil, Sungai Petani dan menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan sehingga susur keluar Alor Setar Utara lalu mengambil Jalan Sultanah, membelok ke kanan di Jalan Alor Setar- Anak Bukit merupakan rutin perjalananku selama hampir 25 tahun.
Kata orang hampir setiap nooks and corners aku tahu disepanjang laluan ini.
Memandu berseorangan memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi. Tiada siapa di sisi yang dapat membantu atau menjadi mata ke empat dan kelima semasa kita memandu. Paling membimbangkan ialah rasa letih dan mengantuk. Banyak insiden kemalangan terjadi kerana faktor ini.
Jadi untuk menghindarkan dari rasa letih dan mengantuk aku berhenti di beberapa lokasi tertentu di sepanjang perjalanan.
Seketika, aku berteduh di bawah pohon kelat paya, bersebelahan kebun getah di laluan Machang-Tanah Merah- Bukit Bunga selepas Sungai Kelantan.
Melepaskan lelah dan menghelakan nafas sambil menikmati haruman dan kesegaran udara diwaktu hujan renyai di petang yang indah, aku terleka.
Sambil merehatkan minda dan melayan rasa, aku nikmati satu kepuasan yang mengujakan. Ianya tak terucap oleh kata-kata. Bertuah pada sesiapa yang dapat merasainya.
Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Kadang-kadang keindahan itu menjelma ditempat dan masa yang tak terduga.
Hampir 45 minit dibuai dan diulet mimpi indah.
Lalu lintas hampir tidak dipedulikan.
Pemanduan selama 4 jam tanpa henti selepas episod santai tadi tidak memenatkan.
Segalanya bagai sinergi baru. Sepanjang perjalanan, aku tiba-tiba dibuai kerinduan. Missingness.
Fikiran asyik melayang namun stereng tetap digenggaman.
Meninggalkan yang disayangi dan menuju pada yang dikasihi.
Kata Stephen Covey dalam bukunya, The Seven Habits of Highly Effective People:
Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision.
Menetapkan matlamat akhir berdasarkan kepada visi diri melalui personal mission statement.
Habit 4: Think Win/Win: Principles of Mutual Benefit.
Ianya menggambarkan sikap yang memberi kemenangan dan faedah kepada kedua-dua pihak.
To be precise it's a TEN TEN.
Itulah yang kita semua inginkan.
Kata orang "Jika sayang tinggal-tinggalkan". Masihkah relevan?
Bagi aku yang penting, kasih sayang tekal dan kekal .
17 Mac melakarkan TM yang bermakna selepas 3 bulan.
Yang dihajati tercapai walaupun singkat dan terpaksa hiatus sementara selepas itu.
Namun, aku percaya dan yakin bahawa ketentuan ALLAH itu sebaik perancangan. Hakikat perlu diterima!
Beib nak balik sokmo jumpa yang di.....
rindui walaupun sekila S
yang penting dapat bersu A
kata orang "where there's a will, there's a wa Y
hasrat dan niat tak boleh dipersi A
agar tidak terkila N
kerana gagal menggunakan ruang dan peluan G

*Terukir makna, terjalin mesra, terus membara...

Tersenyum Mak..

Sunday, March 15, 2009

Chorasical: Tugasan Nasional

Latihan untuk hari bersejarah
Assalamualaikum / Good Day.....
Sekali lagi satu tugasan besar dan berat terpaksa aku dan rakan-rakan pikul. Kali ini mengendalikan pasukan Chorasical yang menggabungkan persembahan Choral Speaking dan elemen musikal.
Persediaan awal merangka skrip telah kami buat di sini.
Ianya melibatkan seramai 50 orang guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri Terengganu.
Pasukan ini akan membuat persembahan pada Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada tanggal 16 Mei 2009.
Mengharapkan satu kelainan dari segi gaya dan teknik, persembahan kali ini merupakan sesuatu yang amat mencabar.
Its a tall order daripada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.
Persembahan ini akan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran serta peringkat tertinggi pengurusan KPM disamping warga pendidikan.
Ianya mesti menarik dan istimewa.
Permulaan untuk itu ialah di sini.
Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di BTPN, Marang untuk mengemaskini skrip, melatih vokal, mereka gaya, menghafal skrip serta merangka persembahan.
Kesepakatan dan semangat camaraderie dipupuk sebagai permulaan bagi satu misi yang sangat mencabar.
Aku berharap agar satu lagi resume tercatat dalam senarai tugas profesionalku.
Tugasan ini ialah tugasan bersama. Begitu jugalah kejayaannya nanti.
Tersemat dibenakku ialah : I have to be positive about this assignment.

Berbengkel memantapkan skrip NATION BUILDING yang berteraskan peranan guru secara khusus. Pep talk sesudah selesai sesi latihan memberikan keyakinan dan suntikan motivasi kepada ahli kumpulan.

Bersama memberikan input dalam menghasilkan skrip yang terbaik untuk persembahan yang terbaik juga.

Beib amat yakin dengan persembahan yang akan penuh dan sarat dengan.....
gaya, musik dan raga M
selain dari irama da suar A
khas buat warga pendidi K
agar menjadi telada N
moga difahami oleh semu A
* suara penting dalam Chorasical biarpun macam suara itek serati.

Penceramah patut ramah berhemah.....

Assalamualaikum / Good Day.....
Menerima jemputan sebagai penceramah motivasi merupakan sesuatu yang mengujakan. Telah lama diidamkan sebenarnya.
Dengan pengalaman yang sekelumit, aku cuba menghayati tajuk ceramah yang ditetapkan.
Pengucapan Awam atau Public Speaking.
Bagi pelajar-pelajar yang diangkat sebagai Pengawas Sekolah, ini merupakan satu kemahiran kendiri yang perlu dipelajari dan dipraktikkan.
Pengawas Sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.
Secara amnya, pengawas sekolah berperanan sebagai:
  • membantu guru mengawasi pelajar-pelajar.
Dalam sesi ini aku cuba menerangkan secara ringkas dan padat kaedah mudah menjadi seorang aprentis Public Speaker.
Sebenarnya, berucap di khalayak memerlukan pelbagai teknik yang khusus supaya ianya berkesan.
Istilah-istilah yang tepat dan mantap akan meyakinkan audiens/pendengar. Hujah dan fakta perlu kukuh dan berkesan agar orang di depan rostrum tidak lali atau mamai (mengantuk).

Aku sertakan beberapa tips yang mungkin dapat membantu dalam pengucapan awam. Gunakan lah jika perlu dan jika ia boleh membantu:
Pengucapan Awam perlu:
Cuba
Yakin
Petah
Kenalpasti audiens :
jumlah
umur
jantina
latar belakang
pendidikan
jangkaan audiens
tetapkan matlamat
Lakar peta minda:
kerangka ucapan
isi ucapan - senarai/susun
ringkas
guna kad kecil / cue card
Berlatih berucap:
depan cermin - elak segan/malu
depan rakan
dapatkan 'feedback'
- guna perakam suara / video
Guna bahasa berpengaruh:
bahasa bercakap - bukan bahasa tulisan / baca teks
Ciri bahasa:
istilah tepat
perkataan biasa / mudah difahami
elak singkatan
bahasa yang baik
bantu ingatan audiens
ringkaskan isi penting
Taktik Penarik Audiens:
Pantun /seloka
petikan buku
kata-kata tokoh (quotation)
teka teki
humor
gimik
cerita
Bahasa badan positif:
Berdiri tegap/tinggi
Postur badan positif
Gerak tangan sesuai
Elak:
Berpeluk tubuh
Seluk saku
Cekak pinggang
Gerak yang tidak sesuai
Hubungan mata / mimik muka:
pandang audiens
mimik muka yang sesuai
suara (audio) / wajah (visual)
muka kaku/dingin - audiens bosan
Bergerak dan tarik nafas:
Elak takut / gementar
Atur sesi ucapan / gerak
guna papan tulis
LCD
kertas mahjong
Penamat yang dikenang:
Tamatkan semasa seronok
Cerita
Seloka / pantun
Elak rasa bosan audiens
Jangan berpisah dalam bosan

Moga sedikit ilmu yang dikongsi ini bermanfaat.

Beib ingin melihat lebih ramai yang boleh membuat pengucapan awam dengan....
.....cara gaya yang berada B
menyampaikan maklumat dengan mesr A
padat dengan fakta, info dan is I
sehingga audiens terasa impa K
* Istilah yang tepat memberi seribu makna.
Umpama sebutir peluru mengenai sasaran.

Saturday, March 7, 2009

'Te' ke 'ter'?

'Te' ketiga - lengkap impian awal tahun 2009

Assalamualaikum / Good Day.....

Setelah sepuluh hari berkelana di Shah Alam aku kembali dengan sedikit rasa terkilan. Bukan kerana tugas gagal dilaksanakan. Juga tidak kerana amanah yang tidak dilangsaikan. Cuma emosi agak terganggu akibat dari situasi yang kurang menyenangkan.Biarlah ianya menjadi rahsia di hati.
Namun begitu, segalanya kembali normal dan pulih seperti sediakala bila menerima mesej dari seseorang.
Penantian selama hampir 3 bulan kini menjadi kenyataan. Proses yang sepatutnya mudah, menjadi rumit dan ruwet kerana ketidakcekapan pengurusan agen yang terbabit.
Kelembapannya menyebabkan banyak masa terbuang.
Kecemerkapannya menjadikan reputasinya juga tercalar.
Aku bukan seorang pemarah. Cuma aku perlu luahkan jika aku rasa ianya mempunyai kredibiliti dan justifikasi yang kuat.
Oh ya...
Syukur Alhamdulillah...hajat tercapai. Impian terlaksana.
'Te' yang dinantikan sudah sedia untuk diambil.
Jika sebelum ini dua 'te' sudah dimiliki sepertimana yang diceritakan di sini dan di sini, 'te' yang ini melengkapkan.

Adeq sering menyebut 206 dan kini ianya adalah kenyataan.

'Te' ini menggantikan yang telah diberikan kepada Abang seperti yang diceritakan di sini.
Ianya adalah satu self-fulfilment yang mengujakan.
Selama lebih 18 tahun, teknologi ini jugalah yang aku yakini. Kehadiran 'te' ini, adalah complement bagi Pug.

ICT dari Rhu 10, Setiu

Andai sesuatu yang dihajati tidak terlaksana atau tidak tergapai tentu sahaja ianya menjadi igauan. Lantas menimbulkan rasa terkilan.
Kadang-kadang kita terlewat.
Kadang-kadang kita terlepas.
Kadang-kadang kita tak perasan.
Kadang-kadang kita tak sangka.
Qada qadar Allah menentukan.
Hakikat tetap hakikat.
Yang sediada tetap disayangi, disanjungi.
Yang baru hadir disyukuri dan hargai.
Walaupun kadang-kadang kita keliru.
Ianya satu complement.
Pelengkap.
Yang pastinya ia juga dari Allah.

Beib bersyukur kerana hasrat ter....
...capai dan dimakbu L
walaupun menunggu agak lam A
dapat juga model kompa K
yang memberikan rasa pua S
memenuhi citaras A
setelah lama beranga N
memilikiny A

Going back to Trengganu

My companion during my trip back home

Assalamualaikum / Good Day.....
It was a hectic and fatigue week.
The meeting attended was a meaningful one. I am proud of being one of those few who were selected to ascertain the best for the nation's young.
Being selected as one of the panels, was a big compliment. My signature on the dotted lines of the final report was the prove of my involvement and commitment.
I could held my head high and say to myself that I've done my best in the interest of the Malaysian education.
Anyway, the final decision of the chosen reading materials will depend on the approval of the relevant authorities.
As part of the system, I contributed.
I have done my part. The best to my knowledge.
On my way home, I pondered.
Will that be the last?
I kept saying to myself that I want more.
It doesn't matter if I'm just a 'dot' in a 300 paged novel.
But equally satisfying is that, along the way I made friends and knowledge is shared.I'm going back home with Awang Goneng's in my hand which will be full in my head in days to come.

Beib contributed to the nation and feels very...

proud and fortunat E
to be selected as a pane L
among millions in Malaysi A
to complete an assignmen T
assessing specific volum E
of the materials that students will rea D