Friday, March 27, 2009

Kembara 4 bandaraya...

Dari kiri atas: Bangkok, Hanoi,
Vientiane,
Ho Chi Min City.
Assalamualaikum / Good Day.....

Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman.
Demi menyahut cabaran pengembaraan, aku menghadiri satu mesyuarat yang diadakan bagi mengenalpasti negara dan lokasi yang akan dilawati dalam rangka jelajah Indochina.
Mesyuarat Program Menjelajah Thailand, Laos dan China petang tadi memutuskan bahawa kami akan mengembara selama 6 hari dari 3 - 8 Jun 2009, menaiki pelbagai kenderaan menjejaki 4 buah negara dan bandaraya.
Cadangan asal ialah:
KT - Golok : van
Golok- Bangkok (Thailand): keretapi
Bangkok - Udong Thani / Nangkai : bas - 8 jam

Nangkai - Vientiane (Laos) : bas

Vientiane - Kunming (China) : bas

Kunming - Vientiane - Bangkok : bas

Bangkok - KL - KT : kapal terbang

Memandangkan perjalanan agak rumit di antara Vientiane - Kunming - Vientiane, kami mengambil keputusan untuk membatalkan sektor ini.
Ahli rombongan yang seramai lebih kurang 15 orang telah bersepakat untuk memilih option ketiga iaitu:

KT- LCCT- Ho Chi Min City (Vietnam)
HCMC - Hanoi
Hanoi - Vientiane (Laos)
Vientiane - Bangkok
Bangkok - Pulau Pinang
Pulau Pinang - KT


Perancangan logistik mula dan sedang diatur. Fakta dan data mula dikumpulkan.
Persediaan taktikal dan teknikal berjalan lancar dengan kerjasama berbagai agensi yang terlibat secara langsung.
Ahli rombongan yang datang dari pelbagai sektor/agensi kerajaan dan swasta menggembeleng tenaga serta fikiran bagi menjayakan ekspedisi ini.
Aku amat berharap agar pengalaman yang akan aku kutip nanti mampu menjadikan aku seorang manusia yang lebih tabah, prihatin, insaf serta bersyukur.
Perincian perjalanan akan diperhalusi dalam mesyuarat akan datang.
Sehingga itu, rasa teruja akan tetap kekal menantikan perkembangan selanjutnya.

Beib teringin merasakan kaki terjejak di ke empat-empat.....
bandaraya negara ASEA N
Bangkok, Ho Chi Min City, Hanoi, Vientian E
menikmati kehebatan masing-masin G
sambil menimba pengalaman dan menyaksikan buday A
menjadikan aku bertambah seda R
tanah air sebenarnya lebih seles A

1 comment:

zizo said...

thailand tgh bergolak ni...hati-hati cikgu...selamat berjalan..selamat pulang ke KT