Setelah sepuluh hari berkelana di Shah Alam aku kembali dengan sedikit rasa terkilan. Bukan kerana tugas gagal dilaksanakan. Juga tidak kerana amanah yang tidak dilangsaikan. Cuma emosi agak terganggu akibat dari situasi yang kurang menyenangkan.Biarlah ianya menjadi rahsia di hati.
Namun begitu, segalanya kembali normal dan pulih seperti sediakala bila menerima mesej dari seseorang.
Penantian selama hampir 3 bulan kini menjadi kenyataan. Proses yang sepatutnya mudah, menjadi rumit dan ruwet kerana ketidakcekapan pengurusan agen yang terbabit.
Kelembapannya menyebabkan banyak masa terbuang.
Kecemerkapannya menjadikan reputasinya juga tercalar.
Aku bukan seorang pemarah. Cuma aku perlu luahkan jika aku rasa ianya mempunyai kredibiliti dan justifikasi yang kuat.
Oh ya...
Syukur Alhamdulillah...hajat tercapai. Impian terlaksana.
'Te' yang dinantikan sudah sedia untuk diambil.
Jika sebelum ini dua 'te' sudah dimiliki sepertimana yang diceritakan di sini dan di sini, 'te' yang ini melengkapkan.
'Te' ini menggantikan yang telah diberikan kepada Abang seperti yang diceritakan di sini.
Ianya adalah satu self-fulfilment yang mengujakan.
Selama lebih 18 tahun, teknologi ini jugalah yang aku yakini. Kehadiran 'te' ini, adalah complement bagi Pug.
ICT dari Rhu 10, Setiu
Andai sesuatu yang dihajati tidak terlaksana atau tidak tergapai tentu sahaja ianya menjadi igauan. Lantas menimbulkan rasa terkilan.Kadang-kadang kita terlewat.
Kadang-kadang kita terlepas.
Kadang-kadang kita tak perasan.
Kadang-kadang kita tak sangka.
Qada qadar Allah menentukan.
Hakikat tetap hakikat.
Yang sediada tetap disayangi, disanjungi.
Yang baru hadir disyukuri dan hargai.
Walaupun kadang-kadang kita keliru.
Ianya satu complement.
Pelengkap.
Yang pastinya ia juga dari Allah.
Beib bersyukur kerana hasrat ter....
...capai dan dimakbu L
walaupun menunggu agak lam A
dapat juga model kompa K
yang memberikan rasa pua S
memenuhi citaras A
setelah lama beranga N
memilikiny A
walaupun menunggu agak lam A
dapat juga model kompa K
yang memberikan rasa pua S
memenuhi citaras A
setelah lama beranga N
memilikiny A
3 comments:
Tahniah kerana tercapai satu Te lagi untuk tahun ini.
Wah cantik dan penuh bergaya Te tuu. Beib berapa harga satu tu?
Tahniah....
Post a Comment