Seperti insan lain, aku juga memang berhajat akan sesuatu. Kadang-kadang tercapai, adakalanya tidak.
Perancangan kita kemas, teratur dan tuntas namun kuasa dan iradat Allah melebihi segala sesuatu. Allah Al-Bari'.
Kemungkinan-kemungkinan di sepanjang kehidupan kita adalah sesuatu yang di luar jangka.
Rezeki masing-masing berbeza. Allah Ar-Razzaq.
Qada dan qadar tidak boleh disanggah.
Sebagaimana dengan penemuan dan pertemuan.
Tidak perasan?
Tidak beri perhatian?
Tetapi bila ianya berlaku, adakah ianya suratan atau kebetulan? Allah Al-'Alim. Maha Mengetahui.
Sesungguhnya, apa jua yang diberi, dipertemukan atau direzekikan olehNya, biar pun lewat, ia adalah yang terbaik buat kita dariNya.
Hakikat yang kita mesti terima biar pun pahit, pedih dan sakit.
Dalam rasa irihati (jealous) kita perlu bersyukur kerana itu juga dari Allah.
Irihati kerana terlalu kasih dan sayang bukan kerana dengki, dendam kesumat.
Moga sifat Mazmummah terhindar dari diri dan kekal sifat Mahmudah dalam jiwa Mutmainnah
Selesai mengerjakan solat hajat pembukaan kedai barangan pengantin dan sewaan alat kenduri anak saudara di Paloh Sungai Kiat, KT
Salah satu perkara atau kaedah yang boleh kita lakukan ialah dengan memohon kepadaNya melalui solat dan doa.Bagi memastikan hajat kita dimakbulkan ianya perlu dilakukan dengan ikhlas dan khusyuk.
Ini adalah salah satu kaedah yang ingin aku kongsi bersama. Moga bermanfaat pada kita semua.
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan atau untuk memperkuat cita-cita seseorang atau sekelompok orang.
Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah.
Solat hajat boleh dikerjakan siang maupun malam hari. Malam hari, waktu tengah malam, suasana lebih berkesan, lebih khusyuk, sunyi dari segala hingar bingar kehidupan. Ia boleh juga dikerjakan pada siang hari, istimewa bagi seseorang yang memang sedang memerlukan bantuan.
Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih sehingga ada yang melakukan sebanyak 12 rakaat.
Ini contoh Solat Sunat Hajat 2 rakaat.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
- Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
- Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Sesungguhnya, tiada yang mustahil bagi Allah.
Tawakal ialah hak kita dariNya.
Beib masih lagi menyimpan pelbagai....
.....impian dan hasrat yang belum musna H
berharap agar ia menjadi nyat A
berkat doa dan solat yang menjadi ta J
dalam amalan kepadaNy A
sambil bertawakkal penuh dipenuhi hasra T
berharap agar ia menjadi nyat A
berkat doa dan solat yang menjadi ta J
dalam amalan kepadaNy A
sambil bertawakkal penuh dipenuhi hasra T
No comments:
Post a Comment