Assalamualaikum / Good Day.....
Dah tiga hari aku di KB menghadiri Kursus PTK TK3 PP44 Kohort 4/2008. Aku rasa tension dah mula meningkat. Menghadiri kursus dari 5 - 12 April terasa begitu berat bagiku. Mengikut sukatan yang diberikan, banyak topik mengenai dasar dan pengurusan akan didedahkan. Bidang yang aku jarang alami. Namun, aku harap ianya akan memberi manfaat pada kami, peserta kursus.
Sepanjang hari menghadiri kuliah berkenaan pelbagai topik yang berkaitan dengan profesion dari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Nasib baik slot malam tak ada kuliah atau taklimat. Lega sikit. Boleh rehat dan tonton TV.
Malam dikhaskan untuk sesi perbincangan sesama peserta kursus bagi persiapan untuk pengucapan awam. Bahagian inilah ramai peserta kursus rasa amat tertekan kerana ianya mesti dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Muka masing-masing nampak gelisah dan tension saja.
'Talian hayat' atau bantuan dari rakan/kenalan diperlukan bagai mereka yang kurang yakin. Mesin fax di kaunter receptionist bekerja keras menerima fax/teks dari pelbagai lokasi.
Pengucapan Awam atau public speaking ialah sesi syarahan selama 10 minit berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan. Syarahan mestilah dalam Bahasa Inggeris dan tidak digalakkan membaca dari teks. Ramailah yang cuba menghafal teks yang diterima melalui fax dan e mel. Namun di hari sebenar ramai juga yang membaca atau merujuk terus dari teks yang disediakan.
Aku, Alhamdulillah...bolehlah juga melalui ujian ini dengan hati yang puas. Tajuk yang aku pilih ialah One House One Computer.
Selepas sesi ini, pada hari khamis kami akan membuat persembahan individu berdasarkan kertas tugasan selama 10 minit. Persembahan power point digunakan. Pelbagai gaya dan teknik digunakan oleh peserta-peserta kursus yang rata-rata berusia 45 tahun ke atas. Seronok juga tengok rakan-rakan membuat persembahan. Malang sekali kami tidak dibenarkan mengambil foto atau video.
Hari Jumaat persembahan kumpulan berdasarkan tajuk yang diberikan. Kami diberikan tajuk mengenai perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di organisasi kami. Kumpulan aku seramai 9 orang mempersembahkannya dalam bentuk forum. Berjaya dan berkesan.
Sabtu ialah hari terakhir dan penentuan kami. Ujian Akhir Kursus (UAK) selama dua setengah jam akan diadakan. Empat bahagian dan empat soalan perlu dijawab. Moga kami dapat mengharunginya dengan jaya.
Bersama teman dan kenalan
Hadi, Yaacob, Azmi, Yusof, Mohammad, Alias, Che Othaman, Adib, Salleh, Md Nong...
Beib harap semua kenalan akan lulus....
melepasi taha P
terus naik pangka T
sekurang-kurangnya jadi GP K
No comments:
Post a Comment