Wednesday, February 9, 2011

Pusat Seni: Lentur Sikap Perilaku

 Kanak-kanak dan hasil seni. Mereka sangat kreatif.

Assalamualaikum / Peace be upon you.....

Dalam menahan perasaan yang berbaur dan mengisi masa yang terluang jauh dari rutin biasa, aku ber blog walking (browsing). Aku terjumpa satu laman sesawang atau website yang menarik berkaitan dengan sebuah pusat seni di luar negara.
Pusat ini menarik bukan sahaja kerana ia berkaitan dengan seni tetapi apa yang dihasratkan dalam misinya.
Aku jadi sangat teruja. Perasaan ku membuak-buak. Teringin dan berminat rasanya untuk menubuhkan sebuah pusat pendidikan seni dalam pelbagai disiplin untuk kanak-kanak dan remaja.
Terbayang matlamat utama pusat seni ini untuk kanak-kanak dan remaja daripada kumpulan berpendapatan rendah di kawasan berisiko tinggi.
Penubuhan pusat seperti ini boleh mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka selepas waktu sekolah. Sekurang-kurangnya ada premis untuk mereka mengembangkan bakat dan kebolehan dalam pelbagai bidang seni. Selaras dengan itu, sikap dan perilaku mereka dapat dibentuk dan dimantapkan.
Pusat seperti ini mampu mengurangkan masalah sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja yang sering ditinggalkan oleh ibu bapa yang bekerja.
Sitar Arts Center,(SAC) di Washington adalah satu contoh yang baik. Sesuatu dari SAC perlu diambil sebagai model dan dijadikan landasan untuk memajukan seni di tanah air.
Kalaulah aku punya akses untuk membincangkan perkara itu dengan kerajaan atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai kaedah pelaksanaan pusat berkenaan, alangkah baiknya.
Untuk setakat ini, realiti mungkin agak lambat tetapi tidak mustahil.
Seperti hal-hal yang lain, its good to dream seperti kata  Oscar Hammerstein, If you don't have a dream, how are you going to make a dream come true?

Beib akan terus ber...
usaha untuk mencapai apa yang diida M
terutamanya yang berkaitan dengan sen I
juga yang melibatkan perasaan yang mendala M 
sambil berdoa dan menghara P
suatu hari nanti akan menjadi realit I

* its not wrong to dream and hope...

4 comments:

Rashid said...

beib satu idea yang sangat baik .. dapat bagi ruang kembangkan bakat. Kerna anak-anak ni sebenarnya lahir berbakat cuma tak dipupuk dan dikembangkan ..

BEiB said...

memang itu satu ruang dan peluang yg baik utk mencungkil dan mengasah bakat...Malaysia patutnya dah lama ada pusat sebegini...inilah salah satu punca knp anak-anak muda kita suka melepak dan terlibat dgn aktiviti kurang sihat sbb tiada tempat nak pupuk/kembang bakat yg ada.
terima kasih sbb setuju dg idea ni...setakat ini hanya boleh bercita..moga termakbul nanti..;-)

Sham said...

salam kenal tuan...

idea bernas...!tapi betullah,perkara sebegini perlukan sokongan pihak berkuasa/kerajaan/politik...

BEiB said...

Sdr Sham...
Salam kenal juga...terima kasih kerana kunjungan dan komentar sdr.
Keupayaan kita terhad tanpa pihak2 yg sdr nyatakan...harapan tetap tinggi..moga menjadi realiti...