Friday, February 18, 2011

Pendidik: Penghargaan Sekian Lama...


Assalamualaikum / Peace be upon you...
Petikan berita dari Sinar Harian tanggal 15 Feb 2011.
Lebih 800 guru di Terengganu terima e- book
KUALA TERENGGANU - Lebih 800 guru di negeri ini menerima e-book sebagai alat bantu mengajar secara percuma daripada kerajaan negeri.

Pemberian e-Book itu merupakan pertama kali diagihkan kepada guru khususnya mereka yang terbabit dalam pasukan Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM), bidang penyelidikan dan e-pantau di negeri ini.

Menteri Besar Datuk, Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis penyerahan e-Book itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal dekat sini semalam berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM2 juta bagi membekalkan e-Book kepada guru berkenaan.

"Kerajaan amat berterima kasih kerana dengan usaha guru-guru ini (AKRAM), Terengganu berjaya mengekalkan tempat teratas selama 10 tahun dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua tahun dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan menghantar seramai 50 guru besar dan 30 pengetua ke luar negara pertengahan tahun ini dalam program lawatan sambil belajar bagi menghargai usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah masing-masing dalam UPSR dan PMR tahun lalu. - Bernama


Nah! inilah salah satu penghargaan yang aku terima selama berkhidmat dan membantu dalam penyediaan bahan ujian serta peperiksaan di peringkat negeri Terengganu. Sebuah komputer riba atau laptop berukuran 14inci pemasangan tempatan sebagai 'a token of appreciation'
Sesetengah orang mengatakan bahawa ini adalah ' a long overdue appreciation'.
Aku menganggapnya sebagai satu penghargaan yang setimpal bagi mereka, termasuk aku, yang bertungkus lumus memerah idea dan keringat dalam mempastikan kejayaan melestarikan pendidikan di peringkat negeri.
Sumbangan aku hanya sekelumit sahaja bermula dengan penglibatan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM dan kemudian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di peringkat SPM dan STPM.
Banyak masa dan tenaga digunakan untuk berbincang, berbengkel serta bermesyuarah dalam menghasilkan bahan ujian/peperiksaan yang standard serta menepati Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Kami, Guru AKRAM, sedia maklum bahawa bahan-bahan ujian kami sentiasa mendapat tempat di kalangan pendidik di negeri lain kerana ianya menepati kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Inilah satu-satu keistimewaan bahan yang dihasilkan oleh guru-guru AKRAM. Antara plus factor ialah semangat camaraderie yang terjalin semasa bertugas yang membantu penghasilan bahan yang bermutu.
Tetapi dalam keterujaan menerima hadiah atau sumbangan itu, aku turut rasa terkilan kerana ada dua orang sahabat yang sama-sama bertungkus lumus 'terlepas' dari menikmati anugerah ini.
Tidak siapa pun dari kalangan Guru AKRAM, terutamanya dari kelompok PSV, yang akan mempertikaikan sumbangan mereka selama ini. Komitmen dan khidmat bakti mereka sukar ditandingi. Malah aku berani katakan bahawa ada di antara yang menganggotai kelompok PSV ini bagai 'jauh panggang dari api' dari segi kemahiran, kepakaran dan keterlibatan.
Mark my word, ada yang aku klasifikasikan sebagai passengger, menjadi liabiliti pada kelompok PSV. Maaf, aku mungkin celupar, tetapi I will not apologise for that matter.
Terusik hati bila mereka seolah terpinggir. Kalau dijumlahkan dari segi tahun pengalaman, mereka sudah terlibat hampir 40 tahun. Bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Mungkin mereka boleh ditaarifkan sebagai 'terlepas kapal' kerana memilih untuk tidak bersara pada usia 58 tetapi pada umur 55. Seorang bersara pada akhir bulan November 2010 dan seorang lagi di awal Januari 2011.
Kalau tidak kerana selisih hanya beberapa hari, sudah tentu mereka akan sama-sama merasa puas dan menikmati habuan berbaloi dari sumbangan iklas dan murni mereka.
Aku mendoakan agar mereka mendapat yang lebih bermakna dari Allah SWT. Kalau tiada sesiapa yang menghargai dan menyanjung sumbangan mereka, biarlah aku yang melakukannya. Syabas dan tahniah!

 
 Bersama Hj. Mohd Zukifli (Zolphin) dan Hj.Suib Senin, sahabat AKRAM PSV

Amat bertuah kerana ada di antara kita mendapat kepuasan diri bila dihargai. Malah sesiapa juga akan merasakan begitu. Segalanya terpampang dan diuar-uarkan dengan meriah. Menjadi bahan bualan dan tatapan kenalan dan teman. Puas dan teruja.
Walaupun dua orang sahabatku ini yang sentiasa rendah diri serta tidak memerlu dan mendapat publisiti, namun aku tahu mereka akan tetap dikenang sebagai penyumbang aktif dalam kelompok kami.
Aku sangat yakin yang tertanam dijiwa mereka juga sebagaimana yang aku terapkan dalam jiwa dan mindaku, akronim AKRAM itu sendiri - Angkatan Kerja Rajin dan Mulia.
Semoga Allah merahmati mereka diwaktu bersara mereka ini.
Syukur dan Terima Kasih kerana segala khidmat dan kerjabuat aku, yang tidak pun sebesar hama, diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri Terengganu dan JPNT.
Hadiah laptop ini sangat bermakna.
Laptop yang selama ini menghidup serta menceriakan seharianku.
Moga ia akan menjadi satu katalis untuk aku berbakti sebaik mungkin pada anak bangsa. Walaupun sumber inspirasi yang 'galak' dan bersemangat dari laptop seolah pudar dan hambar, aku yakin laptop ini tetap akan menjadi sahabat yang paling akrab sampai bila-bila.
Mungkin suatu hari nanti skrin laptop ini akan kembali berseri dengan bunga-bunga inspirasi. 
Akan ku nanti hingga ke hujung nyawa.


Beib akan terus berbakti dan menghayati semangat...
 ...murni dan muli A
sebagai seorang pendidi K
yang tugasnya juga mengaja R
menulis...mengira...membac A
sehingga anak-anak didik tahu dan faha M

* teringat kata-kata kenalan "kalau budak2 ini boleh melakukan suatu perubahan dalam masa 3 bulan, itu merupakan kejayaan yang sangat besar dan hebat"

4 comments:

cbm.. said...

Tahniah sekali lagi..
anda menerima nya kerana anda layak.

yang terlepas pandang..bukan tidak dihargai..mungkin bukan rezeki mereka..

sesuatu yg kita lakukan/buat..tidak mengharapkan pujian..tetapi ia sbg satu cara kita berbakti..kejayaan peribadi..kepuasan..
jika org perasan..terpandang...org hargai dan puji..itu satu kelebihan jua anugerah bukan..?

BEiB said...

cbm: terima kasih atas komentar dan inspirasi.
mungkin juga bukan rezeki mereka sbgmana sesetengah org lain..kuasa Tuhan tidak sesiapa dapat menafikan.
Benar... keikhlasan dalam kerjabuat bukan meminta dipuji atau balasan. Kepuasan datang dgn sendiri bila kita tahu kita telah buat yg terbaik utk org lain dan diri sendiri.
Itulah ANUGERAH yg sebenar.

Sham said...

wah bestnya...syabbas cikgu...hai kerajaan pahang tak nak bagi ke...?

BEiB said...

Sham...Alhamdulillah...terima kasih.
Kena gesakan sikit kerajaan Pahang melalui JPNP. Apa kata kalau cg Sham yg mulakan dulu..? ;-)