Sudah agak lama laman blog ini tidak diaktifkan.
Kekangan masa dan tumpuan yang terarah ke subject matter yang lain, melumpuhkan laman blog. Komitmen yang selama ini padu menjadi kendur dan tak bermakna. Tapi sampai bila ia harus begini?
Aku bangunkan blog bukan kerana dipengaruhi oleh sesuatu atau seseorang, jadi kenapa harus sesuatu dan seseorang itu menjadi penghalang atau penyebab blog ini dormant?
Ini catatan mengenai perjalanan hidupku, sedih, riang, suka, ceria, bangga, teruja dan segala emosi yang tersembul dalam diriku. Inilah satu-satunya avenue untuk aku luahkan rasahati sebagai dokumentasi hidup.
Facebook atau FB, satu laman sosial yang hebat dan popular, juga tidak mampu menyimpan dokumentasi sepadat dan semantap begini.
Segala catatan dalam FB adalah rentetan harian yang akan tenggelam bila dimasukkan status baru dan sukar untuk di korek semula. Ianya bagai aliran air yang mengalir terus tanpa henti.
Di saat-saat yang sukar ini, curahan rasa hati dan emosi perlu diluahkan. Ada kalanya kita punya soul mate untuk berkongsi segalanya dan di waktu yang lain catatan di diari adalah tempat pelepas rasa.
Jika kedua-duanya tiada, bloglah satu-satunya yang terbaik.
Aku perlu gagah hadapi situasi ini.
Aku tidak mahu jadi pelara.
Life has to go on...
Beib terasa lebih yakin untuk ber...
...karya dan tidak mahu isu lain jadi penyeba B
hingga catatan perjalanan hidup sendiri jadi tertingga L
akibat dari mengikut emosi dan temp O
yang adakalanya kosong dan terbuan G
*...segalanya bagai angin lalu...
No comments:
Post a Comment