BPR (Bumiputera Rockers) sering mengingatkan aku pada lagu- lagu hits seperti Silaturrahim, Dari Sinar Mata , Air Mata Jernih, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Aku Hanya Serangga. Lagu-lagu Rock Kapak ini memang popular masa zaman aku menuntut kat U lagi. Bila dengar saja terus perasaan melayang ke zaman tersebut. Nostalgik!, tapi itu bukan topik utama entry ini. Ini hal BPR yang satu lagi, yang rasmi.
Sesiapa pun kalau ditakdirkan menerima surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menggigil. Begitu juga aku. Sebenarnya, BPR bukan lah nak menahan, menyiasat dan mendakwa aku. Mereka perlukan khidmat aku.
Sebagai seorang yang bersikap profesional, aku terima pelawaan untuk membantu mereka dalam program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR.
Lantikan sebagai Ketua Hakim Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah PraU BPR Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu adalah satu penghormatan padaku. Pernah juga aku menjadi hakim bagi pertandingan sebegini dan ianya amat mencabar. Lihat sini dan sini.
Sebagaimana tahun lepas, BPR menganjurkan pertandingan ini bagi memenuhi beberapa objektif utamanya:
1. Memberi pendedahan dan meningkatkan pengrtahuan pelajar mengenai kesalahan dan kesan negatif rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
2. Menanam sifat keyakinan dan jatidiri yang tinggi di kalangan peserta.
3. Membentuk kesedaran dan penghayatan terhadap peri pentingnya nilai-nilai integriti, moral dan etika dalam mencegah dan membanteras jenayah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
4. Menyampaikan mesej pencegahan rasuah dan tema-tema BPR seperti "Rasuah dihina Maruah Dibina", "Tingkatkan Integriti Hapuskan Rasuah" dan "Akhlak Mulia Kemegahan Negara".
5. Memupuk nilai-nilai murni dan hidup beretika di kalangan masyrakat khususnya golongan pelajar.
Dimaklumkan juga dapatan kajian oleh sebuah universiti tempatan yang mendapati bahawa 30.5% pelajar yang menjadi resonden kajian menyatakan bersetuju untuk menerima rasuah jika mereka berpeluang semasa memegang jawatan nanti.
Kajian pada tahun 2002 meliputi seramai lebih 7,500 orang responden mendapati bahawa 37.6% menganggap hadiah sebagai bukan rasuah, 27.5% sedia memberi rasuah dan 17.3% sedai memberi rasuah untuk memudahkan proses tertentu.
Ini satu fenomena yang menggerunkan.
Jadi, apakah tindakan kita sebagai orang awam yang boleh membantu mengatasi, mencegah atau membasmi gejala negatif ini?
Sebagai permulaan, aku telah menjadi hakim pertandingan ini dan cuba menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta melalui skor penghakiman. Anda bagaimana?
Panel Hakim
Dari kiri: Pn. Nor Fadhilahtu, Pn. Nor Hamimah, Yours truly, En. Ahmad Nizam (BPR) dan Zulkifli Hamzah
Dari kiri: Pn. Nor Fadhilahtu, Pn. Nor Hamimah, Yours truly, En. Ahmad Nizam (BPR) dan Zulkifli Hamzah
Beib juga anti...
sogok, tumbuk rusuk, under the counte R
penyelewengan serta salahguna kuas A
BPR perlu bertindak pantas dan kera S
agar negara tidak menjadi mal U
di mata antara bangs A
sebagai negara yang tiada marua H
3 comments:
cikgu beib..
rasa makin kagum...
azza_irah
TQ..apa yg mengkagumkan?
Insan biasa saja, mungkin cuba jadi luar biasa...
cuba jd luarbiasa-berani mencuba/satu kemajuan..
Post a Comment