Tuesday, August 14, 2007

Susahnya jatuh hukum

Sebagai Chief Judge pertandingan pidato
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan ketangkasan bekerja.
Aku kena cepat bergerak dan pantas melaksanakan aktiviti supaya masa tak terbuang dan perlaksanaan mengikut perancangan.
Pagi, bawa pelajar ke Kilang Batik NOZI menerusi Lawatan Sambil Belajar (LASBELA). 79 orang pelajar diangkut dengan empat buah coaster ke kilang yang terletak lebih kurang 10 km dari tempat kami. Banyak yang dipelajari dari Abang Lan, Penyelia Kilang yang bertungkus lumus menerang dan membuat demonstrasi kepada kami. Pengalaman hands-on yang kami dapati dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang amat bernilai.
Terima kasih kepada Tn Hj. Shafie, Pemilik Nozi Batik, Bt 12 Jalan Kelantan, Kuala Terengganu yang sudi menerima kunjungan kami.
Jam 2.30ptg, aku terpaksa bergegas ke satu lokasi lain kerana menerima undangan sebagai Chief Judge untuk Pre University English Language Oratory Competition yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Badan Pencegah Rasuah. Pertandingan ini adalah sempena THE PREVENTION OF CORRUPTION YEAR 2007.
Sepuluh peserta mengambil bahagian dan antara tajuk yang disyarahkan ialah:
1. Good values as a shield against the acts of corruption
2. Combating corruption is a collective responsibility
3. The core of respectable society is integrity
4. Good as a catalyst towards creating an excellent society
5. Integrity is the foundation towards excellence
Menarik juga melihat bakat-bakat muda yang akan bersemangat menyampaikan pidato dengan pelbagai gaya. Ada gaya debat, public speaking, ala story telling dsb. Oratory atau Pidato sebenarnya berbeza dengan apa yang disebutkan tadi. Gaya dan persembahan ada sedikit kelainan. Suara, intonasi, diksi, gesture, sebutan ialah antara aspek penting yang diambil kira.
Mungkin kalau nak memulakan pidato boleh lah menyertai Toastmaster dulu.
Letih juga nak menghakimi pertandingan seperti ini. Namun, pengalaman sebegini amat berguna dan bermakna. Bukan senang nak menjatuhkan hukum...
Beib kata...
ramai yang boleh bercaka P
tetapi ada juga yang tidak beris I
pidato pun ada ha D
cakap mesti ada fakt A
tak boleh sembarang keluarkan pendapa T
isu sensitif is a NO N O!

4 comments:

Unknown said...

Salam Beib... apa khabar? Nak komen pasal entri ni. OD ingat lagi masa OD di Uitm (ITM dolu-dolu). OD ambil Art & Design, majoring in fashion. Jadi, bila Kolej Delima Tiga buat pertandingan fesyen inter-level, OD dipanggil jadi salah seorang pengadil. OD tak tahu, people sama level dengan OD were counting on me to give our rep a high mark. OD ingat, as a judge, I have to give fair marks to every one tapi rupanya, mereka marah dengan OD... ekekekekekee... kira masa tu dah belajar kehidupan sebenar dunia luar.

mad redo1 said...

True, it is very difficult to pass judgment on something that is subjective, furthermore if it requires you being impartial to someone you know, still it is a valuable experience nonetheless.

Anonymous said...

ske dgr org pidato..da lama gak chii x tgk org berpidato...

BEiB said...

takkan dengar org je...? Chii kena juga berpidato..baik untuk kesihatan mental...heheh