Pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang lalu (baca di sini) aku hanya sebagai fasilitator yang memerhati dan menyanyi dari tepi pentas.
Kali ini aku turut bersama di atas pentas dengan 34 orang rakan yang lain, sama-sama bercerita, sama- sama menyanyi.
santai sebelum naik pentas
Biarlah ada dalam resume peribadi aku bahawa diusia setengah abad, aku mampu menyumbangkan suara dalam choralsical dan menjadi ahli kumpulan yang ter senior.
Moga menjadi inspirasi pada semua.
berbaris di belakang pentas penuh debaran
Persembahan Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu kali ini diadakan di Dewan Berlian, Kemaman.
Dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat pendidik, ia merupakan satu saluran mempamerkan entiti baru dalam bidang persembahan penceritaan.
menuju pentas penuh konfiden
Pelbagai isu dan perkara yang berkaitan dengan guru diperdengar dan dikisahkan secara melodious.
Reaksi spontan penonton membuatkan kami, ahli choralsical, teruja dan bersemangat.
Persembahan yang mantap dan dianggap berjaya ini membuka ruang pada kami untuk lebih kreatif.
Moga choralsical yang dipelopori oleh guru-guru Terengganu menjadi benchmark atau tanda aras dalam seni persembahan dan penceritaan berkumpulan kerana ia bukanlah seperti choral speaking yang biasa kita dengar yang ditaarifkan di sini sebagai:
recitation of poetry, dramatic pieces, etc. by a chorus of speakers.
Sebahagian penonton yang memenuhi ruang dewan untuk majlis tersebut. Mereka lah pemberi semangat yang gigih.
Bertepuk dan tersenyum mendengar cerita mengenai diri mereka dalam irama serta lenggok choralsical.
Aku harap entiti baru ini akan menjadi ikutan yang positif dalam bidang pendidikan.
Terima kasih kepada rakan dan teman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan bentuk baru penceritaan berkumpulan ini.
Memetik kata-kata seorang teman, "Kita harus cekal dan tekal". Ianya perlu dalam mempromosi entiti baru ini.
Ia bukan lagi impian. Ia adalah sesuatu yang indah dan menjadi halwa telinga jika kena gaya dan ekspresi.
Jom choralsical...!!
Beib percaya choralsical akan menjadi entiti yang....
...akan diberi peluan G
membuat persembahan merata-rat A
dengan pelbagai cerita, lagu dan kisa H
membuat persembahan merata-rat A
dengan pelbagai cerita, lagu dan kisa H
1 comment:
Saya editor di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya berminat utk mengetahui ttg SP Pendidikan Visual utk SS. Cadangnya nak pelawa siapa yg berminat dlm bidang ini utk menulis buku pendidikan seni visual yg boleh digunakan utk ss, guru ss/seni di sekolah biasa/institusi berkaitan yang lain. Mungkin Pak Bieb boleh beri maklumbalas. Tkasih.
Post a Comment