Showing posts sorted by relevance for query batu karang. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query batu karang. Sort by date Show all posts

Monday, April 30, 2007

Ubat batu karang....?

Pandan laut...?

Assalamualaikum...
Aku sendiri tak tahu nama sebenar pokok/tumbuhan ini, tapi kenalanku KB Khoo, menyatakan bahawa ianya amat mujarab untuk mengawal/memulih/merawat atau lebih tepat lagi mengeluarkan 'batu karang' /kidney stone* dalam badan terutamanya dalam pundi kencing,hempedu atau buah pinggang.
(Kidney stones, or Renal calculi, are solid concretions (crystal aggregations) of dissolved minerals in urine; calculi typically form inside the kidneys or ureters. The terms nephrolithiasis and urolithiasis refer to the presence of calculi in the kidneys and urinary tract, respectively. Renal calculi can vary in size from as small as grains of sand to as large as grapefruit. Kidney stones typically leave the body by passage in the urine stream, and many stones are formed and passed without causing symptoms. If stones grow to sufficient size before passage -- on the order of at least 2-3 millimeters -- they can cause obstruction of the ureter. The resulting distention with urine can cause severe episodic pain, most commonly felt in the flank, lower abdomen and groin (a condition called renal colic). Renal colic can be associated with nausea and vomiting due to the embyrological association of the kidneys and the intestinal tract. Recurrence rates are estimated at about 10% per year) wiki
Cara penyediaannya mudah sahaja:
  • Cuci tumbuhan ini hingga bersih
  • Potong kecil-kecil
  • Masukkan ke dalam periok tanak (tembikar tanah liat) atau periok biasa
  • Penuhkan dengan air
  • Masukkan segenggam barli
  • Masak hingga mendidih
  • Biarkan air berkurangan sehingga dapat segelas (pati tumbuhan yang tinggal)
  • Minum
  • Tawakkal

Khoo yang memberikan tumbuhan ini menyatakan, ada beberapa kes di mana sipesakit yang akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat membatalkannya kerana 'batu karang' yang ada didalm tubuh mereka telah keluar melalui air kecil. Gambar x ray menunjukkan bahawa 'batu karang' tersebut sudah tiada.

Aku sebenarnya cuba mencari ubat untuk mak aku yang telah beberapa tahun menderita akibat penyakit 'batu karang' ni. Mak aku dah tiga kali menjalani pembedahan mengeluarkan benda ni yang bersarang di dalam buah pinggangnya. Aku berharap mak akan berjaya mengeluarkan batu karang (dengan izin ALLAH) bila minum air pandan laut ni.

Dah dua hari dia minum, aku masih lagi menunggu berita gembira dari beliau. Semoga ALLAH memakbulkan doaku untuk melihat mak aku sembuh dari penyakit ni...InsyaALLAH.

Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai tumbuhan ni dan khasiatnya, sila e mailkan padaku.

Terima kasih.

Beib berharap:

tumbuhan yang dijumpai dalam se MAK

ini akan berfung SI

dengan kuasa ALLA H

sebagaikan ub AT

Friday, May 30, 2008

Selamba tukar ang!

Assalamualaikum / Good Day.....
Aku terpaksa menarik diri dari menghadiri mesyuarat di Langkawi minggu ini kerana perlu memenuhi hasrat anak-anak untuk bercuti. Lagipun dah lama tak ke destinasi ni.
Menanti feri di jeti
Hampir 26 tahun tidak menjejakkan kaki di lokasi ini, aku terpegun dengan keindahan yang masih kekal walaupun ada perubahan yang besar dari segi infrastruktur. Kehijauan tumbuhan dan kebiruan laut amat mengujakan.
Berbaloi bersama famili mengharungi Laut China Selatan selama 1jam 20minit menaiki bot dari jeti Syahbandar, Kuala Terengganu ke destinasi ini. Perjalanan dengan bot "Sejahtera" yang didaftarkan di Kuching ini, selesa dan selamat. Cuaca yang baik serta laut yang agak tenang melancarkan perjalanan kami. Kalau dulu aku ke sana menaiki bot nelayan yang disewa dan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai, kini dengan tambang RM30.00 sehala kita boleh bersantai sambil menonton tayangan VCD di dalam bot yang berhawa dingin. Gelombang dan alunan ombak pun tak terasa, sedar-sedar dah pun sampai ke destinasi.


Inilah destinasinya. Pulau Redang, Taman Laut Malaysia yang dilindungi dan salah satu pulau paling popular di Malaysia untuk aktiviti snorkelling dan menyelam kerana banyak dan kayanya kepelbagaian terumbu karang (coral reefs) dan lain-lain hidupan marin.
Waktu cuti sekolah begini ramai pelancong dalam dan luar negara yang aku lihat berbondong-bondong ke pulau ini.
Setelah berehat, solat dan makan tengahari di Pusat Koku JPN Terengganu, kami dibawa ke satu lokasi dekat Tanjung Mak Cantik bersama jurulatih renang pada jam 3 petang untuk aktiviti water confidence. Aktiviti ini ialah bertujuan untuk memastikan kami berupaya
membenamkan kepala dalam air, terapung secara menelentang dan meniarap di atas air dengan menggunakan jaket keselamatan, terjun ke dalam air, berenang di laut dalam dan
menggunakan snorkel dengan betul
Latihan water confidence sangat membantu semasa snorkeling

Kami berlatih hampir 2 jam di dalam air. Banyak tenaga yang diperlukan untuk aktiviti ini. Betullah kata orang, berenang merupakan satu senaman yang baik untuk tubuh badan kita. Malah Nabi Muhammad SAW menuntut agar kita ajar anak-anak kita terutamanya yang lelaki untuk memanah, berenang dan menunggang kuda. Walaupun meletihkan namun, pengalaman ini amat berguna semasa snorkeling nanti.

Berbot mengelilingi pulau - island hopping

Mengelilingi pulau atau island hopping yang mengambil masa hampir 2 jam amat menarik sekali. Biar pun panas membakar kulit, namun semua di atas bot masih ceria menikmati keindahan alam.

Tempat yang tidak akan dilepaskan oleh semua pengunjung ke Pulau Redang ialah Taman Laut. Di sinilah kemahiran snorkeling dipraktikan untuk menikmati keindahan terumbu karang di dasar laut. Pelbagai spesis ikan, hidupan laut serta batu karang yang berwarna-warni dapat dilihat. Kata orang, jika ke Pulau Redang tapi tidak ke Taman Laut maka lawatan ke sini dianggap tidak sah! Memang hebat terumbu karang di sini. Malangnya aku tidak ada Nikon, Subal, Canon, Pentax atau Bonica untuk underwater photography. Yang aku ada hanya Olympus Mju400 digital, itu pun tanpa underwater housing. Maka, tidak dapatlah aku abadikan keindahan alam dasar laut Redang di sini hanya terpahat dalam kotak fikiranku sahaja.

Redang menawarkan satu pengalaman snorkeling yang selamat untuk seisi keluarga. Lautnya jernih dan tenang. Kanak-kanak, warga emas dan 'newbies' boleh melakukan snorkeling. Pakai sahaja lifejacket, mask & snorkel terus terjun ke dalam air. Memang asyik semasa berada di dalam air.

Bot biasanya tidak boleh mendarat di jeti ketika air cetek, maka terpaksalah kita turun dan mengharungi air untuk ke pantai.

Selepas 3 hari 2 malam di Redang kami pulang dengan pengalaman baru. Semasa dalam perjalanan pulang aku tertarik melihat plastik berwarna hitam yang digantung dari siling bot. Lama juga memikirkan apa kegunaannya. Kemudian aku tersedar bahawa itulah sebenarnya beg mabuk laut! Itu satu pengalaman yang aku harap tidak akan aku lalui. Keletihan membuatkan hampir semua penumpang bot tertidor. Aku juga terlelap sambil berkhayalkan tentang ikan duyung yang tidak kutemui semasa snorkeling semalam. Mungkin di lain kali kot?

Nak tau lebih lanjut tentang Redang sila ke sini

Beib gembira dapat pergi...

menjalankan aktiviti lua R
mungkin lain kali boleh belajar div E
berenang dan menyelam tanpa ha D
menjelajah dasar laut melihat keindahan ciptaan Yang Maha Kuas A
sambil mengambil iktibar dan pengalama N

dari memerhati ikan, tumbuhan serta batu karan G