Tuesday, December 25, 2007

Kenduri

Bersama anak saudara, Nur Fatirah, Mariani Hj Ishak pengantin perempuan(sepupu) dan adik bongsu aku Sony@ Habibullah
Assalamualaikum / Good Day.....
Letih memandu dari Anak Bukit, Kedah balik ke Gong Badak, KT tak hilang lagi. Dah beratus kali aku memandu selama 7 -8 jam berulang-alik dari kedua-dua destinasi tersebut. Ia umpama satu rutin yang tak akan berkehabisan selagi aku masih sayangkan kampungku.
Memandu berseorangan melalui lebuhraya timur barat memerlukan kudrat dan kekuatan mental yang agak tinggi.
Perjalanan selama 1jam 30 minit melintasi Banjaran Titiwangsa mengujakan tetapi merisaukan juga. Insiden-insiden yang tak terduga seperti yang pernah aku lalui dua bulan yang lalu turut menghantuiku. Minta dijauhkan ALLAH.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kali ini bebas dari situasi yang membimbangkan. Kalau ada pun, cuma jalanraya yang rosak serta berlubang bermula dari Macang, Kelantan hingga ke Sungai Lebey berhampiran Grik, Perak.
Ada juga kejadian tanah runtuh di beberapa tempat sepanjang lebuhraya tersebut tetapi sudah dibersihkan oleh pihak yang berwajib.
Sebenarnya, kepulangan aku adalah untuk meraikan mak dan pak saudaraku yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak mereka, Mariani pada Sabtu, 22 Disember 2007. Sepupu aku yang ini ialah anak bongsu mereka.
Majlis yang sederhana ini membolehkan aku menjalinkan silaturrahim dengan sanak saudara yang telah lama aku tinggalkan.
Seronok sebenarnya menghadiri majlis kenduri ni. Ramai kenalan dan taulan yang selama ini berjauhan dapat bersua muka jika mereka hadir.
Aku sebagai 'tukang menghidang' atau orang balai berada di khemah jemputan meraikan tetamu dan memastikan pinggan dan gelas minuman dikemaskan.
Kesempatan inilah membolehkan aku bertemu dengan tetamu yang hadir.

Dari kanan: tuan rumah Hj. Ishak @ pakcik Aq dan besannya

Penat juga melayan tetamu ni. Macam-macam karenah yang aku hadapi. Namun, muka mesti manis. Senyuman mesti diukir. Kan senyum itu sedekah?

Empat hari berada di kampung memang tidak puas. Masih banyak perkara yang tak sempat dibuat dan ramai saudara yang tak dapat diziarahi. Mungkin di lain masa.

Walau bagaimanapun, yang paling manis ialah dapat bertemu dengan satu famili yang sedang bercuti di Kedah buat pertama kalinya. Kunjungan mereka amat bermakna dalam merapatkan silaturrahim. Semoga mereka kembali dengan perasaan puas, gembira,bahagia serta membawa kenangan yang paling manis.

Beib turut....

merasa pua S
dapat meraikan tetam U
melayan dan berbora K
sambil menjamu seler A

2 comments:

mad.redo1 said...

kiranya Sony ialah bayangan wajah BEiB dedolu lah ya? memandu sensoorang nih memang seronok, especially kalau takde agenda yang hendak dikejar... dah lama mad redo1 tak memandu jauh sensorang...

BEiB said...

Heheheh...eh abang dia lebih ensem lagi...heheh..A'a..memandu sensorang boleh hilang tensen...melalak, menjerit,menyanyi sendiri. Ur in ur own world...Once a while would be nice..Go give it another try mad.redo1!